Penyerang Real Madrid Retak Tulang Kaki Selepas Terciduk Ketika Lockdown

Nasib malang Luka Jovic bersama Real Madrid beterusan, malah semakin teruk apabila beliau mengalami patah tulang kaki ketika lockdown.

Los Blancos memuat naik satu kenyataan rasmi mengesahkan kecederaan Jovic, dipercayai berlaku ketika beliau melakukan latihan bersendirian di rumah.

“Selepas ujian dilakukan pada hari ini, pemain kami Luka Jovic disahka telah mengalami retak tulang kaki kanan. Evaluasi lanjut dinanti.

La Liga berharap saingan dapat bersambung semula untuk menghabiskan baku 11 perlawanan pada bulan hadapan. Namun sekarang ia hampir pasti Hovic tidak akan terlibat akibat kecederaan ini.

Ia adalah mimpi ngeri buat Jovic sejak menyertai Real Madrid dengan nilai perpindahan £54 juta dari Benfica. Jovic sebelum itu meledak 36 gol dari 75 perlawanan ketika beraksi secara pinjaman untuk Eintracht Frankfurt.

Musim ini Jovic tampil dalam 24 perlawanan. 8 daripadanya adalah dari permulaan, dan beliau hanya menamatkan saingan selama 90 minit dalam dua perlawanan sepanjang musim ini.

Penyerang berusia 22 tahun itu lebih kerap dilihat sebagai pilihan kedua di belakang Karim Benzema, dan setakat ini hanya menghasilkan dua gol sebaga pemain Real Madrid.

Musim lalu beliau adalah penjaring kedua terbanyak dalam saingan Liga Europa dengan 10 gol yang menyaksikan penyerang Chelsea, Olivier Giroud menggunguli senarai dengan 11 gol.

Pada usia muda, beliau telah menikmati lapan kejuaraan sepanjang kariernya di Serbia, Portugal dan Jerman

BACA:  Ejen FIFA Dedah Liverpool Sedia Tawarkan €300 Juta Untuk Mbappe Ke Anfield