Nainggolan Yakin Mampu Singkirkan Liverpool Seperti Mereka Lakukan Ketika Menentang Barcelona

Pemain tengah AS Roma, Radja Nainggolan mengambil aspirasi daripada pencapaian menakjubkan mereka menyingkirkan Barceona yang diketuai Lionel Messi dan Luis Saurez untuk mengatasi kelebihan 3 gol yang dimiliki Liverpool.

Kedua-dua pasukan akan turun berjuang dalam perlawanan timbal balik yang bakal berlangsung di Stadium Olimpico awal pagi Khamis nanti bagi merebut tempat di perlawanan akhir.

Kalau Barcelona kami boleh makan, apatah lagi kelab ayam macam Liverpool

Dalam perlawanan pertama di Anfield minggu lalu, Liverpool pada satu ketika berjaya mendahului perlawanan dengan 5-0, tetapi Roma berjaya merapatkan jurang pada lewat permainan dengan menjaringkan dua gol melalui Edin Dzeko dan Diego Perotti.

Dua gol tersebut nyata memberikan semangat kepada pemain Roma untuk mengulangi pencapaian mereka menyingkirkan Barcelona dari kejohanan tersebut di peringkat suku akhir. Roma tumpas 4-1 dalam perlawanan pertama di Nou Camp tetapi bangkit di tempat sendiri dengan mencatatkan kemenangan 3-0 sekaligus mengejutkan ramai pihak.

Untuk perlawanan timbal balik menentang Liverpool kali ini, Roma tahu kemenangan 3-0 bakal membawa mereka melangkah ke perlawanan akhir dan Nainggolan sedar mereka mampu mengulangi pencapaian tersebut sekali lagi.

Penalti Diego Perotti memberi sinar harapan kepada AS Roma

“Kami berjaya melakukannya ketika menentang Barcelona yang memiliki pemain seperti Lionel Messi dan Luis Suarez. Barcelona hampir tidak melakukan sebarang percubaan dalam perlawanan timbal balik di Itali.”

“Kami akan cuba sekali lagi untuk mencipta sejarah, sama seperti perlawanan Barcelona tempoh hari. Ia menunjukkan segalanya boleh berlaku.”

“Kami semua berasa sedih di bilik persalinan selepas tamat perlawanan di Liverpool minggu lalu tetapi jurulatih berkata kepada kami keesokan harinnya, ‘Kami perlu percaya yang kami mampu melakukannya’. Itu sahaja yang perlu kami lakukan nanti.”

“Kekalahan tersebut amat sukar untuk ditelan. Ia merupakan pengalaman kali pertama bermain di  separuh akhir Liga Juara-Juara buat kebanyakan pemain, jadi untuk kalah 5-2 adalah sesuatu yang cukup sukar.”

“Pemain Liverpool sangat pantas di bahagian serangan dan kami berdepan banyak kesukaran untuk menangani ancaman tersebut. Kami mengalami kesukaran menentang Liverpool kerana pemain mereka amat aggresif. Mereka menekan kami dari atas dan berlari laju seperti binatang.”

“Mereka masih lagi berlari walaupun masa sudah memasuki minit ke-94. Saya tidak rasa permainan Liverpool boleh dikategorikan sebagai ‘fluid’, tetapi mereka bijak menggunakan ruang kosong di atas padang. Kami melakukan banyak kesilapan dengan meninggalkan ruang kepada mereka.”

Perlawanan timbal balik itu juga bakal menyaksikan Mohamed Salah pulang ke Roma buat kali pertama sejak menyertai Liverpool pada jendela perpindahan musim panas lepas dengan yuran perpindahan sekitar £34.3juta. Nainggolan dan pemain Roma yang lain sudah tentu menyedari ancaman yang dibawa oleh bekas rakan sepasukannya itu.

BACA:  Nas Daily Buat Orang Marah Lagi, Kali Ini Bantu Liverpool Dalam Program 1 Minit