Dua legenda Manchester United, Gary Neville dan Roy Keane telah memberi sokongan penuh kepada protes yang dilakukan oleh penunjuk perasaan bagi menentang keluarga Glazer yang dibenci ramai.
Ketika kenyataan dibuat oleh Gary Neville dan Roy Keane dibuat protes berlangsung secara aman dan masa perlawanan telah ditangguhkan sebelum situasi menjadi liar dan tidak terkawal.
Penyokong Manchester United telah berkumpul beramai-ramai dan dilaporkan akan dihadiri oleh 10,000 orang bagi menunjukkan sokongan kepada anti Glazer.
π£ Gary Neville: "There is a general distrust and dislike of the owners, but they weren't protesting two or three weeks ago."
π£ Roy Keane: βIt has reached a tipping point. They have had enough."The Manchester United legends have NOT held back. πhttps://t.co/PAfoxCKiuB
β SPORTbible (@sportbible) May 2, 2021
Penunjuk perasaan yang pada mulanya aman bertukar menjadi perusuh dan telah merempuh penghadang keselamatan dan para pengawal keselamatan untuk masuk ke Old Trafford.
Akhirnya perusuh berjaya menjejak kaki ke padang dan keadaan mula tidak terkawal dan perlawanan ditangguhkan dari masa sebenar.
Ketika perlawanan ditangguhkan, Roy Keane dan Gary Neville yang merupakan pengulas Sky Sports telah berbicara mengenai apa yang terjadi.
Gary Neville, Roy Keane, Micah Richards and Jamie Carragher ALL maintaining that the protests inside Old Trafford were peaceful.
Expected criticism from Souness but good to see Sky Sports pundits refusing to put the boot in. They understand where this anger comes from.
β Red Voices (@RedVoicesMUFC) May 2, 2021
Roy Keane tanpa berselindung lagi telah menyatakan sokongan dengan apa yang dilakukan oleh penyokong.
βAku berasa simpati dengan penyokong, 100 peratus. Ini merupakan titik tolak bagi mereka. Ia berlangsung dengan aman. Satu atau dua botol telah dibaling dan juga beberapa suar.β
βAku rasa balingan itu ditujukan kepada Jamie secara jujurnya. Itu sudah cukup.β
Roy Keane βwas a peaceful protest, I think the flares and bottles was thrown at Jamie carragherβ πππ #MANLIV #protest #roykeane pic.twitter.com/E3QCY2R1VF
β BALLY STOCK & SPORTS (@BallyStock) May 2, 2021
Bagi Roy Keane ini merupakan titik tolak dari kesabaran yang telah lama dipendamkan penyokong Setan Merah.
βIni merupakan titik tolak kepada penyokong Manchester United, mereka sudah cukup untuk bersabar. Manchester United mempunyai penyokong yang terbaik di dunia.β
βKita telah lihat hari ini mereka fikir sudah cukup cukuo sudah cukup sampai di sini saja dengan pemilik kelab.β
Gary Neville at Old Trafford today.
Give this man a knighthood. He speaks not just for Manchester United fans, but for all football fans everywhere. @GNev2 πππ pic.twitter.com/VofkAnDvDC
β Rory Haczewski (@RoryHaczewski) May 2, 2021
Gary Neville jelas bersetuju dengan Roy Keane dan Neville menganggap ini adalah akibat daripada keputusan pemilik Manchester United yang mahu menyertai pembentukan European Super League.
βIni adalah akibat daripada tindakan pemilik Manchester United dua minggu yang lalu.β
βTerdapat ketidakpercayaan dan ketidaksukaan orang ramai terhadap pemilik, tetapi mereka tidak memprotes dua atau tiga minggu yang lalu.β
βDia [Joel Glazer] mengatakan bahawa dia ingin membina semula kepercayaan [para peminat] β dia tidak pernah memiliki kepercayaan itu.β
Gary Neville on the Glazers, today's protests, club ownership and need for reforms. #GlazersOut pic.twitter.com/vD0TgCh45V
β United Update (@UnitedsUpdate) May 2, 2021
Protes yang pada mulanya aman seperti tanggapan Gary Neville dan juga Roy Keane bertukar menjadi rusuhan melibatkan kerosakkan di dalam stadium.
Perlawanan terpaksa ditangguhkan ke waktu dan tarikh yang akan diberitahu kemudian atas faktor keselamatan dan adakah Gary Neville dan Roy Keane akan menyokong tindakan penyokong ini?
Perlawanan Man Utd vs Liverpool Ditangguhkan
Perlawanan tumpuan minggu ini antara Manchester United menentang Liverpool yang dijadualkan berlangsung pada 2 Mei 2021 jam 11:30 malam waktu Malaysia terpaksa ditangguhkan.
Penangguhan ini dilakukan kerana isu perlanggaran keselamatan yang dilakukan oleh penyokong Manchester United yang menceroboh masuk ke Old Trafford.
Pihak Premier League telah mengeluarkan kenyataan penangguhan ini melalui laman sesawang mereka premierleague.com dan tidak di war-warkan di media sosial kerana pemboikotan dijalankan.
Keputusan ini diambil secara bersama dari pihak polis, kedua-dua kelab, Premier League dan pihak berkuasa tempatan.
BREAKING: Manchester United vs. Liverpool has been postponed amid safety concerns following fan protests at Old Trafford. pic.twitter.com/wgyNdt9gkE
β B/R Football (@brfootball) May 2, 2021
Dalam kenyataan yang dikeluar Premier League telah menyebut:
Keselamatan semua orang di Old Trafford sangat penting. Kami memahami dan menghormati penunjuk perasaan tetapi mengutuk semua tindakan keganasan, kerosakan jenayah dan pecerobohan, terutamanya berkenaan pelanggaran berkaitan COVID-19.
β
Peminat mempunyai banyak saluran untuk meluahkan pandangan mereka tetapi tindakan minoriti yang dilihat hari ini tidak mempunyai alasan yang kukuh.
β
Kami bersimpati dengan polis dan pengawal yang harus menghadapi situasi berbahaya yang semestinya tidak mempunyai tempat dalam bola sepak.
β
Penyusunan semula jadual perlawanan akan diumumkan kemudian.
Tunjuk perasaan tanda protes kepada keluarga Glazer telah menjadi tidak terkawal yang sepatutnya berlangsung secara aman menyaksikan perlawanan sedap minggu ini ditunda.
Protes Anti Glazer Telah Jadi Huru-hara
Penyokong Manchester United telah melakukan protes menentang keluarga Glazer yang merupakan pemilik kelab berhampiran bas pasukan yang diletakkan diperkarangan Hotel Lowry.
Manchester United akan menanti kunjungan musuh zaman berzaman yang juga pasukan penyandang juara yang kecundang, Liverpool di Old Trafford.
Perlawanan ini penting bagi Liverpool untuk memburu slot ke Eropah dan kemenangan diperlukan Manchester United untuk menagguhkan kejuaraan Manchester City.
Protesters at Utdβs hotel have broken out of the police cordon.
Front and back entrances are currently blocked off.
Players are looking on from the upstairs windows.
β Red Issue (@RedIssue) May 2, 2021
Jika Manchester United kalah dalam perlawanan ini secara automatik Manchester City akan bergelar juara secara rasmi.
Semua itu tidak diambil peduli oleh penyokong Setan Merah yang membara kebencian mereka kepada keluarga Glazer kerana keputusan perlawanan tidak akan memberi kesan kepada Manchester United.
Lambat laun Machester City akan tetap bergelar juara dan tempat kedua serta perlawanan akhir Europa League juga sudah hampir dalam genggaman.
βGlazers gonna d**β π₯β #GlazersOut π’π‘ pic.twitter.com/l0arJFmGtF
β United Update (@UnitedsUpdate) May 2, 2021
Protes besar-besaran diadakan dan jumlah mereka yang hadir dijangka akan mencecah 10,000 ribu orang menjelang perlawanan.
Minggu lalu protes ini telah dilangsungkan juga di mana bendera Amerika Syarikat yang merupakan tanah kelahiran keluar Glazer telah dibakar dan sepanduk anti-Glazer dinaikkan.
Pada hari ini satu lagi himpunan dilakukan sebagai tanda bantahan yang boleh dikatakan agak ekstrem di mana suar dibakar secara bersar-besaran di perkarangan Hotel Lowry.
βWe want Glazers out!β #GlazersOut βπ₯
(@DeanMarsland) pic.twitter.com/NYMuNCTFbW
β United Update (@UnitedsUpdate) May 2, 2021
Hotel Lowry menjadi tempat penginapan Manchester United pada hari perlawanan yang berlangsung di Old Trafford.
Hotel Lowry dipenuhi asap merah dari pembakaran suar dan ada yang dilakukan betul-betul di tepi bas pasukan Manchester United sambil lagu dinyanyikan beramai-ramai.
Jika situasi ini berterusan dan bas tidak akan dapat bergerak mungkin akan menggangu jadual perjalanan kerana jalan masuk dan keluar telah terkepung.
Thousands of football fans storm the barriers at Old Trafford in protest against the Glazerβs ownership of #Manutd. Despite the breakaway plans, collapsing anger amongst fans is still present, and now they demand change. #Manchester, UK #glazerout @theutdjournal @MENnewsdesk pic.twitter.com/gRyKjBvS8e
β Andy Barton (@Andybartonphoto) May 2, 2021
Old Trafford anti Glazer protest pic.twitter.com/4LyMaC9mMN
β CryptoandKushUK (@CryptoandKushUK) May 2, 2021
Terkini dilaporkan peserta protes anti-Glazer ini telah berjaya menceroboh masuk ke padang Old Trafford di mana perlawanan akan berlangsung sebentar lagi.
Dari perkarangan Hotel Lowry penyokong telah melimpah ke Old Traffor lalu dengan jumlah mereka yang ramai tiada masalah untuk mereka menceroboh masuk ke padang melepasi penghadang.
Adakah perlawanan Manchester United menentang Liverpool akan ditangguhkan?
One of the protesters outside Manchester United stadium Old Trafford says the protest "isn't just about the European Super League", adding that the Glazer family, which has controlled the club since 2005, "need to go".
Read more here: https://t.co/yjfNpetpic pic.twitter.com/bOLj2sRpqE
β Sky News (@SkyNews) May 2, 2021
Sejak Glazer mengambil alih pemilikan kelab pada 2005 kebencian terus hadir kerana keluarga Glazer memperoleh pemilikan kelab secara licik dan keji.
Sejak menjadi pemilik Machester United keluarga Glazer telah mengambil duit kelab lebih daripada Β£1 bilion dan kelab terpaksa menanggung hutang yang tidak berkesudahan.
Agak berbeza dengan pemilik kelab yang lain yang tidak menyentuh duit kelab dan digunakan untuk membayar hutang serta membentuk pasukan menjadi lebih mantap.
Well done @ManUtd fans ππΌππΌ #MUFC π΄ pic.twitter.com/fnpD7onO19
β Football Cvlture (@FootballCVLTURE) April 24, 2021
Apa yang dilakukan oleh keluarga Glazer tidak salah sebenarnya kerana kelab milik mereka dan itulah yang tidak disukai penyokong.
Selepas bersaranya Sir Alex Ferguson, Glazer gagal untuk mengekalkan status Manchester United sebagai kelab yang digeruni di Eropah dan terperosok ke Europa League.
Kemuncak kebencian ini selepas Manchester United telah bersetuju menyertai liga haram, European Super League dan menjadi founding club (lebih kurang pengasas).
π¨ | Β£4 billion is the price to get the Glazers out of the #MUFC
[@lauriewhitwell, Talk of the Devils]β UtdXclusive π° (@UtdXclusive) April 21, 2021
Keputusan ini merupakan keputusan 100 peratus dari keluarga Glazer yang tidak diketahui oleh pemain, pengurus atau penaja.
Semua yang berada di kelab hanya mengetahui penyertaan Setan Merah hanya melalui media, namun Manchester United telah menarik diri dua hari kemudian.
Joel Glazer meminta maaf dan mengakui ini semua keputusan beliau seorang, Ed Woodward meletakkan jawatan dan kegembiraan buat penyokong Setan Merah.
Namun keluarga Glazer perlu keluar dan Glazer dilaporkan mahu menjual kelab dengan harga Β£4 bilion.
Manchester United fan groups organised a plane banner in protest against the Glazer family's ownership, which flew over Elland Road todayβ¦ π¬π
β Sky Sports (@SkySports) April 25, 2021
Hutang ini bermula apabila hartawan Amerika Syarikat, Malcolm Glazer membeli kelab ini melalui satu pinjaman bank sebanyak Β£800juta pada 2003.
Dengan jumlah faedah sebanyak Β£60juta setahun, Selepas 17 tahun, kelab Manchester ini masih tenang membayar hutang dengan pendapatan purata sebanyak lebih USD500 juta setahun.
Dah la hutang tak habis tenang keluarga Glazer rembat tahun demi tahun hingga mencecah lebih Β£1 bilion