Newcastle United dilaporkan sedang berunding dengan calon penandatanganan pertama mereka, Philippe Coutinho selepas proses pengambilalihan kelab dari Mike Ashley kepada Syarikat Konsortium Arab Saudi berjaya.
Pada Khamis lalu, ribuan penyokong Newcastle berkumpul di perkarangan St James Park untuk meraikan hari perpisahan dengan Mike Ashley yang telah menjual kelab kepada Syarikat Konsortium Arab Saudi.
Ia merupakan berita paling menggembirakan untuk para penyokong Newcastle selepas 14 tahun mereka tersiksa dengan pemerintahan Mike Ashley.
Newcastle 'will look to make Philippe Coutinho one of their first signings under new Saudi owners in January https://t.co/JiNFuH31rI
— MailOnline Sport (@MailSport) October 8, 2021
Dengan memiliki pemilik baru yang kaya raya, Newcastle ketika ini bolehlah dianggap sebagai kelab terkaya dalam dunia bola sepak.
Dan kerana itu juga, jelas sekali mereka akan mempunyai dana yang cukup besar untuk menandatangani pemain-pemain berbakat serta yang terhebat di dunia.
Menurut sumber laporan dari SPORT, wakil Newcastle telah melakukan rundingan dengan wakil kepada pemain midfield Barcelona, Coutinho pada musim panas lalu.
Philippe Coutinho's reps 'hold talks' over Newcastle's first post-takeover transfer https://t.co/pMKtaVWdTl pic.twitter.com/mZNyVajnXD
— Mirror Football (@MirrorFootball) October 8, 2021
Memandangkan urusan pengambilalihan kelab tertangguh, maka rundingan tersebut gagal untuk dimuktamadkan.
Bekas bintang Liverpool itu walau bagaimanapun dikatakan masih berminat untuk kembali beraksi dalam saingan Premier League.
Philippe Coutinho's name already sounds strong for Newcastle United. The new Saudi owners of the English club prepare a multi-million dollar investment and a few months ago they already spoke with the Brazilian's environment to convince him. [sport]
— barcacentre (@barcacentre) October 8, 2021
Walaupun persembahan Coutinho sedikit merosot sejak kebelakangan ini, namun seandainya Newcastle dapat memiliki beliau, dan diuruskan dengan pengurus yang betul, ia akan jadi penandatanganan yang sangat berbaloi untuk kelab.
Ia juga boleh dianggap sebagai salah satu langkah bijak untuk Newcastle memulakan perjalanan mereka sebagai calon kuasa besar dalam dunia bola sepak.
Barcelona menandatangani Coutinho dengan yuran perpindahan memecah rekod bernilai £142 juta dari Liverpool pada Januari 2018 yang lalu.
Nilai semasa bintang kebangsaan Brazil itu pada ketika ini dilaporkan bernilai £42.4 juta sahaja dan ia jelas bukan masalah untuk Newcastle di bawah pemilik baharu ini.
📰 [SPORT – Lluís Miguelsanz] | Newcastle’s purchase by the Saudi Arabian Public Investment Fund has led to many rumours about them hoping to make a lot of transfers in January
One of the names on the table is Philippe Coutinho, who Barça has valued at €50 million pic.twitter.com/kKzYO04MPH
— BarçaTimes (@BarcaTimes) October 8, 2021
Bintang Barcelona itu juga beberapa kali sudah diletakkan dalam senarai pemain untuk dilepaskan, namun masih belum ada kelab yang betul-betul berminat untuk menandatanganinya.
Beliau setakat awal musim ini, telah tiga kali diturunkan dalam kesebelasan utama Barcelona dalam aksi saingan La Liga.
Ahli perniagaan Britain, Amanda Staveley yang menjadi individu terpenting dalam menjayakan rundingan pengambilalihan Newcastle, baru-baru ini telah bercakap tentang kebarangkalian memperkuatkan skuad sedia ada.
“Kita sudah memiliki skuad yang sangat hebat.”
Jelas ahli perniagaan yang kini berusia 48 tahun itu.
“Saya ada perbincangan yang menarik dengan ketua pasukan, Jamaal Lascelles. Kami sangat teruja untuk berbincang berkait memperkuatkan skuad, tapi kita perlu memastikan kelab tidak melanggar peraturan Financial Fair Play dan memastikan semua rundingan untuk jangka masa panjang.”
Philippe Coutinho? Antonio Conte?@CJSmith91 looks at just how much change might be in store for Newcastle United. 🔄
— Squawka Football (@Squawka) October 8, 2021
“Tapi kamu perlu yakin dan percaya yang kami mahu melabur untuk setiap peringkat. Kami mahu dapatkan skuad terbaik semampu kami.”
“Semua orang bercakap tentang itu (penandatanganan besar) tapi apa yang kamu perlukan adalah sebuah pasukan yang boleh bekerjasama dengan baik. Itu juga merupakan hal yang sangat penting.”
Dalam temu bual berasingan, Staveley turut bercakap tentang aspirasi mahu memenangi gelaran Premier League dalam tempoh 10 tahun, sementara chairman kelab, Yasir Al-Rumayyan turut memasang cita-cita untuk melihat The Magpies menjadi kuasa besar dalam saingan bola sepak Inggeris.
Pengurus kelab Steve Bruce juga tidak begitu gembira pada ketika ini, memandangkan masa depan beliau turut menjadi samar-samar selepas pengambilalihan kelab berjaya.
Philippe Coutinho has been identified as a key transfer target for Newcastle United. The new Saudi owners of the English club want to make a multi-million statement signing and a few months ago they already spoke with the Brazilian's entourage to convince him to join. [sport] pic.twitter.com/vdwgH0vZdl
— Transfer News (@TransfersLlVE) October 8, 2021
Pemilik baru dilaporkan tidak mahu menggunakan khidmat Steve Bruce, dan lebih tertarik untuk mendapatkan bekas pengurus Chelsea, Juventus dan Inter Milan, Antonio Conte.
Conte jelas sekali sangat meminati projek seperti ini, dan beliau antara calon terbaik untuk Newcastle gunakan dalam usaha mereka untuk menjadi kuasa besar dalam dunia bola sepak.
Sumber: SPORTbible