Niat Asal Mahu Membeli Twitter, Namun Elon Musk Dipaksa Beli Manchester United

Penyokong Manchester United mendesak, merayu dan memohon supaya Elon Musk membeli Manchester United dari Glazers.

Selepas CEO Tesla itu memuat naik status mahu membeli Twitter, penyokong Man Utd tampil mendesak beliau supaya mempertimbangkan untuk membeli setan merah.

Musk yang kini berusia 50 tahun telah mendedahkan yang beliau sudah membuat tawaran luar biasa lumayan bernilai $43 billion untuk mendapatkan syarikat media sosial terkenal itu.

Elon Musk yang turut mempunyai 9.2% pegangan di Twitter telah mengesahkan yang tawaran beliau itu akan memperlihatkan bagaimana beliau boleh membeli Twitter dengan nilai $54.20 setiap saham.

Selepas melihat Elon Musk memuat naik status tersebut, para penyokong Manchester United tampil mendesak billionaire itu supaya melupakan Twitter dan berusaha mendapatkan Setan merah.

Jelas sekali penyokong Man Utd sememangnya tidak suka dengan pimpinan kelab dan sudah lama mendesak agar Glazer menjual sahaja kelab.

Mereka bahkan turut menganggap Gazers merupakan punca kejatuhan Manchester United sekarang walaupun pemilik kelab mereka itu telah mengeluarkan dana yang terlalu banyak untuk mendapatkan pemain terbaik.

Penyokong mereka di twitter mula mendesak Elon Musk supaya membeli Man Utd dan turut mencadangkan agar CEO Tesla itu mengeluarkan dana besar untuk membeli pemain bintang dalam usaha untuk menaikkan kelab.

“Beli Manchester United (Elon Musk) dan laburkan $2billion untuk tandatangani barisan pemain muda terhebat dunia. Percaya pada saya, kamu akan dapat hasilnya nanti dan lepas itu hebahkan hal itu di twitter. Jangan beli Twitter.”

“Saya sangat yakin Glazers akan bersetuju untuk menjual Manchester United kepada Elon Musk kerana dia tahu dia akan dapat duit yang banyak.”

“Elon Musk, berminat mahu memiliki kelab bola sepak sendiri? Beli lah Manchester United, kamu tak akan menyesal bro.”

“Elon Musk merupakan kehidupan sebenar Iron Man. Tolonglah beli Manchester United dan lakukan hal-hal gila. Tolonglah.”

“Saya merayu bantu kami naikkan semula kelab kami, Tuan Elon Musk boleh beli kelab dan siapkan dana untuk beli pemain-pemain terhebat dunia.”

Elon Musk sementara itu sangat yakin yang beliau akan mampu membeli Twitter dengan lembaga pengarah syarikat media sosial itu tidak akan pernah menolak tawaran dari beliau.

Sepertinya tidak ada sesiapa yang boleh menghalang beliau dari meneruskan hasratnya itu dan sehingga kini beliau sepertinya masih belum tertarik untuk membeli Manchester United.

Sudah tentu beliau terdesak mahu membeli Twitter kerana beliau ada tujuan serta sasarannya yang tersendiri dan kerana itulah beliau berusaha bersungguh-sungguh mahu meyakinkan syarikat supaya menerima tawaran darinya.

Penyokong Manchester United sementara itu masih lagi meneruskan kempen anti Glazers dengan mereka kini menyalahkan billionaire itu sebagai punca kejatuhan kelab.

Mereka bahkan turut pernah membuat rusuhan dan pernah mengganggu perjalanan perlawanan dalam usaha mereka mahu menunjukkan rasa tak puas hati.

Glazers sementara itu tetap menolak untuk menjual Manchester United dengan beliau sepertinya terlalu sayangkan kelab dan mahu terus memiliki kelab hingga akhir hayatnya.

Seandainya Elon Musk benar-benar membuat tawaran rasmi untuk membeli Manchester United, masih belum tentu sama ada Glazer mahu atau tidak melepaskan kelab kesayangannya itu.

United pada musim ini sekali lagi melalui musim yang mengecewakan dengan mereka sudah pasti akan mengakhiri kempen musim ini tanpa memenangi sebarang Piala.

Skuad setan merah sudah tersingkir dari semua pertandingan yang mereka sertai, dengan mereka kini sedang bersaing untuk merebut kedudukan empat teratas, dalam usaha untuk layak ke saingan Champions League musim hadapan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Peminat Teruja Melihat Ketegasan Ten Hag Ketika Sesi Latihan Bersama Skuad United