Pemain Man Utd Dominasi Senarai Penerima Gaji Tertinggi Premier League

Senarai gaji para pemain Manchester United telah didedahkan hari ini selepas tularnya laporan yang menyatakan empat dari pemain mereka merupakan lima penerima gaji tertinggi dalam saingan Premier League.

Pada awal minggu ini, L’Equipe melaporkan yang para pemain Paris Saint Germain mendominasi sepenuhnya carta penerima gaji terbanyak dalam saingan Ligue 1.

18 dari 20 penerima gaji tertinggi dalam saingan liga bola sepak Perancis itu merupakan pemain yang bermain bersama PSG.

Pendahulu senarai penerima gaji terbanyak merupakan Neymar yang menerima lebih dari €4 juta sebulan dengan Lionel Messi dan Kylian Mbappe berada di kedudukan kedua dan ketiga senarai.

Walau bagaimanapun, bukan hanya gaji pemain PSG sahaja yang didedahkan oleh L’Equipe dengan media Perancis itu turut mendedahkan yang pemain Manchester United juga sedang mendominasi carta penerima gaji tertinggi Premier League.

Hanya Kevin De Bruyne sahaja yang berjaya menempatkan diri di kedudukan lima teratas, dengan empat lagi tempat diisi oleh pemain setan merah.

Cristiano Ronaldo, David De Gea, Jadon Sancho dan Raphael Varane menduduki kedudukan pertama, ketiga, keempat dan kelima dalam senarai tersebut.

Nampaknya laporan dari media Perancis itu sukar untuk dinafikan dengan Spotrac mengesahkan yang Ronaldo menerima £510,000 seminggu sama seperti nilai €2.63 juta sebulan yang dilaporkan oleh L’Equipe itu.

De Gea pula membawa pulang £375 ribu seminggu, sementara Jadon Sancho menerima £350,000 seminggu.

Raphael Varane membawa pulang £340, 000 seminggu sementara pemain midfield, Paul Pogba pula kini dilaporkan menerima £290,000 seminggu.

Kontrak Pogba akan tamat pada musim panas ini, dan beliau dijangka akan meninggalkan kelab sebagai pemain bebas ejen.

Seandainya beliau benar-benar meninggalkan kelab sebagai pemain free ejen, ia bermaksud ini kali kedua beliau melakukan hal yang sama di Old Trafford.

Walaupun hal itu masih belum boleh disahkan lagi, namun rata-rata peminat yakin dan percaya hal itu sememangnya akan berlaku.

Terbaru, Newcastle United dan Aston Villa dilaporkan sangat berminat untuk mendapatkan khidmat Paul Pogba, dan bintang Perancis itu berpotensi untuk ke Saint James Park.

Bruno Fernandes menerima £180,000 seminggu dan dijangka beliau akan menerima kontrak baru dengan tawaran menaikkan gaji.

Bekas bintang Sporting CP itu dilaporkan bakal menerima tawaran bernilai £240,000 seminggu.

Peminat Manchester United bingung memikirkan berapa sebenarnya gaji yang diterima oleh pemain seperti Juan Mata dan Nemanja Matic, dengan mereka ketika ini menerima £100,000 seminggu.

Kesemua penunggu kedudukan lima teratas dalam senarai penerima gaji tertinggi itu akan berubah tidak lama lagi, selepas Mohamed Salah menandatangani kontrak baru bersama kelab.

Selain itu, seandainya Manchester City benar-benar berjaya mendapatkan Erling Haaland, sudah tentu senarai penerima gaji tertinggi itu juga akan berubah.

Skuad setan merah tak akan begitu memperdulikan soal gaji pemain pada musim panas nanti, dengan mereka lebih bingung memikirkan untuk mencari pengurus tetap.

Pengurus Ajax, Erik Ten Hag dikatakan calon paling hangat yang dikaitkan dengan Manchester United pada ketika ini, namun masih belum dapat disahkan adakah dakwaan itu benar atau tidak.

Selain Ten Hag, Man Utd juga turut dikaitkan dengan beberapa pengurus ternama yang lain seperti Mauricio Pochettino.

Walau kini sudah hampir memasukki penghujung musim, namun setan merah masih belum lagi mendedahkan siapa pengurus yang menjadi pilihan mereka untuk menggantikan Ralf Rangnick.

Siapa agaknya yang bakal dilantik sebagai pengurus baru United? Adakah kekal Ralf Rangnick? Atau akan ada nama baru yang dipanggil? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Old Trafford Tak Sesuai, Legenda Anfield Gesa Liverpool Segera Pikat Southgate