Odegaard Menghasilkan Assists Yang Sungguh Menakjubkan Untuk Bukayo Saka

Dua perlawanan permulaan Arsenal dalam saingan Premier League musim 2021/22 ini dianggap antara yang paling teruk dalam sejarah penubuhan kelab.

The Gunners memulakan kempen saingan liga musim ini dengan mencatatkan kekalahan 2-0 di tangan Brentford, sebelum mereka tewas dengan keputusan yang sama ketika bertemu Chelsea minggu lalu.

Arteta menegaskan yang persembahan buruk dalam dua perlawanan awal itu sebenarnya berpunca dari kehilangan pemain utama beliau.

Beliau akhirnya berjaya menurunkan skuad terbaiknya ketika aksi bertemu West Brom dalam saingan Carabao Cup awal pagi tadi.

Dengan memiliki barisan terbaiknya, Arsenal berjaya mendominasi perlawanan tersebut, dan berjaya menewaskan pasukan dari Championship itu dengan kemenangan 6-0 di Hawthorns.

Pierre-Emerick Aubameyang berjaya meledak dua gol dan Nicolas Pepe menjaringkan satu gol untuk Arsenal mendahului perlawanan 3-0 pada aksi babak pertama permainan.

Bukayo Saka kemudiannya berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan ini, dengan beliau merobek gawang West Brom pada minit ke-50 permainan, hasil hantaran cantik dari Odegaard.

Pemain sayap England itu bermain satu dua dengan Odegaard, sebelum beliau berjaya menyudahkan hantaran cantik dari pemain kebangsaan Norway itu untuk meletakkan Arsenal 4 gol dihadapan.

Gerakan yang sungguh cantik dari kedua-dua pemain itu, dan assists yang sememangnya sempurna dari Odegaard untuk Saka.

Sentuhan yang sangat bijak dan ia jelas membuktikan tentang mengapa Arsenal begitu terdesak untuk mendapatkan semula khidmatnya dari Real Madrid pada musim panas ini.

Odegaard tidak berada di atas padang dalam tempoh yang begitu lama dengan tempatnya digantikan oleh Ainsley Maitland-Niles pada minit ke-61 permainan.

Arsenal telah membuktikan yang mereka sememangnya sebuah pasukan yang perlu diberi perhatian andai dapat menurunkan barisan pemain terbaik yang mereka miliki.

Selepas Odegaard meninggalkan padang, Gunners berjaya menambah dua lagi gol untuk melengkapkan kemenangan bergaya 6-0 menewaskan West Brom.

Aubameyang melengkapkan hat-trick pada minit ke-62 permainan dengan satu jaringan yang sangat cantik sebelum Alexandre Lacazette menjaringkan gol keenam untuk Gunners.

Gol jaringan Lacazette telah memberi kepuasan yang teramat sangat untuk penyokong Arsenal yang akhirnya berjaya melihat kelab kesayangan mereka mencatatkan kemenangan.

Selepas mengharungi awal musim yang menyedihkan, Arsenal akhirnya berjaya mencatat kemenangan, seterusnya mendapatkan semula kepercayaan dari para peminat.

Mereka tentunya mahu mencuri setidak-tidaknya satu mata ketika beraksi bertemu Manchester City pada minggu ini dalam saingan Premier League.

Tidak dinafikan dua perlawanan awal mereka berakhir dengan kedukaan kerana Arsenal dibelenggu masalah kehilangan pemain dari skuad utama.

Sembilan pemain termasuk Aubameyang, Thomas Partey, Ben White, Alexandre Lacazette, Hector Bellerin dan beberapa lagi pemain utama terpaksa diketepikan kerana masalah kecederaan dan sakit.

Oleh yang demikian, wajar untuk Arteta memberi alasan yang beliau gagal mencatat kemenangan sebelum ini kerana tidak mampu menurunkan skuad terbaiknya.

Kini dengan kebanyakkan pemain dari skuad utama sudah boleh diturunkan, maka tidak hairan Arsenal akan kembali menemui rentak kemenangan, dan mendaki semula kedudukan liga untuk berada setidak-tidaknya di kelompok enam teratas.

Sumber: GMS

BACA:  Arteta Didapati Tidak Bersalah Kritik Pengadil Selepas Tampil Pembelaan Guna Bahasa Sepanyol