Ketua Penyiasat Kes Penipuan Manchester City Adalah Peminat Tegar Arsenal

Man City dan Liga Perdana bakal berdepan dengan prosiding berkaitan dakwaan pelanggaran peraturan kewangan sepanjang tempoh sembilan musim oleh kelab milik Pak Arab itu.

Pelanggaran itu dikatakan berlaku antara musim 2009/10 dan musim 2017/18, dengan penyandang juara Liga Perdana itu bertegas bahawa mereka bebas daripada sebarang salah laku seperti yang dinyatakan.

Prosiding undang-undang – yang mungkin akan dilanjutkan dalam beberapa bulan lagi – dan akan diawasi oleh Murray Rosen KC, ketua Panel Kehakiman Liga Perdana Inggeris, yang juga peminat setia Arsenal dan ahli kelab.

Sebagai ketua panel, terpulang kepada Rosen untuk memutuskan siapa yang akan menyertainya dalam suruhanjaya itu yang akhirnya akan memutuskan sama ada Manchester City bersalah atas sebarang salah laku dan seterusnya, mengaitkan sebarang hukuman retrospektif kepada kelab tersebut di atas kesalahan lampau.

Apakan pertuduhan yang dibuat ke atas Manchester City?

Man City telah didakwa oleh Liga Perdana sebagai melakukan ‘banyak pelanggaran’ peraturan kewangan. Tuduhan itu dibuat selepas siasatan empat tahun oleh Liga Perdana.

Di mana City melakukan tak kurang 100 kesalahan berkaitan pengurusan kewangan dan kecurangan.

Tuduhan tuduhan itu berkaitan dengan pelanggaran peraturan kewangan dalam tempoh sembilan tahun. Kelab itu dituduh gagal memberikan maklumat kewangan yang tepat berkaitan hasil tajaan, kos operasi, pembayaran gaji, serta beberapa salah laku kewangan yang lain.

Apakah sekatan yang boleh dikenakan kepada kelab tersebut?

Jika Rosen dan Co menganggap Manchester City bersalah atas kesalahan tersebut, maka pelbagai sekatan boleh dikenakan ke atas kelab itu.

Sekatan yang mungkin melibatkan penggantungan daripada bersaing dalam perlawanan EPL, kepada potensi penyingkiran kepada Liga Perdana.

Lembaga juga boleh mengesyorkan bahawa perlawanan liga perlu dimainkan semula – dan ini nampaknya sukar untuk dilaksanakan kerana liga musim ini sudah jauh dah berjalan.

Selain itu, suruhanjaya juga boleh mengarahkan pembayaran pampasan atau memotong mata daripada Citizens.

Perlu diingat bahawa sebarang pemotongan mata, jika dibuat, ianya akan dikenakan pada musim semasa pada masa keputusan itu diambil.

Manchester City sudah mengeluarkan kenyataan rasmi mereka tentang perkara tersebut.

Di mana kelab itu tenang dan kekal dengan pendirian bahawa mereka akan sentiasa bersedia mempertahankan diri dan membuktikan diri tidak bersalah.

City menegaskan bahawa mereka ada segala bukti yang kukuh dan tidak boleh disangkal.

Cuma mereka kecewa kerana terpaksa berdepan dengan pertuduhan sekali lagi. Dan berharap selepas ini, pertuduhan sedemikian akan ditamatkan serta merta.

Pada Februari 2020, Man City disabitkan dengan kesalahan yang serupa oleh jawatankuasa audit UEFA.

Kesannya mereka digantung 2 musim daripada pertandingan UCL dan didenda €30 juta.

Namun Man City berjaya mencabar keputusan mahkamah itu di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dan akhirnya menang dalam rayuan mereka.

Akhirnya CAS membatalkan hukuman penggantungan itu kerana menganggap ada beberapa tuduhan dibuat sudah terlalu lama tempohnya.

CAS turut mengarahkan Man City hanya perlu membayar €10 juta sahaja denda sebagai hukuman kepada tingkahlaku mereka yang dianggap kurang memberikan kerjasama ketika siasatan dibuat.

Manchester City akan cuba melawan sekali lagi tuduhan ke atas mereka.

Cuma kali ini, dalam peraturan Liga Perdana, kelab yang dikenakan hukuman oleh Premier League tidak boleh mencabar keputusan itu di CAS.

Mereka hanya boleh mengadu dan merayu pada satu lagi suruhanjaya bebas di UK.

Adakah Manchester City akan dikenakan hukuman berat selepas ini? Kerana sebelum ini sudah beberapa kali mereka berjaya dalam perjuangan mereka.

BACA:  Premier League 2020/21: Arsenal 0-1 Burnley