Ole Gunnar Solskjaer menghentam pemain pemain United pada hari ini dengan perkataan yang agak keras.
Di mana pengurus legenda di hati peminat lawan itu telah mendedahkan pemain Manchester United hari ini cepat koyak dan hati tisu.
Mereka tidak akan mampu terselamat di bilik persalinan semasa karier Ole masih bermain dulu. Kata pengurus yang berwaja comel itu
Kerana dulu mereka malah sering bergaduh sesama sendiri di bilik persalinan ketika mereka kalah atau beraksi pada tahap tak memuaskan.
Namun karakter pemain era Ole dulu kuat.
Ianya tidak menghairankan memandangkan sejak pasca Alex Ferguson, ramai pemain Man United berlagak diva dan cepat emosi atas apa jua keadaan.
Membuatkan peminat Man United sendiri rasa sangat menyampah dengan pemain pemain ini.
Ole Gunnar Solskjaer, 50, dipecat daripada jawatannya sebagai bos United pada November 2021 selepas keputusan yang mengerikan dan kekalahan 4-1 di Watford.
Terdapat sedikit kekecewaan daripada penyokong United apabila Solskjaer dipecat, terutamanya selepas dia membuktikan dirinya sebagai legenda kelab sebagai pemain.
Pemain Norway itu menjaringkan 126 gol dalam 366 penampilan untuk United dan merupakan sebahagian daripada pasukan yang memenangi Treble pada tahun 1999.
Pasukan Red Devils yang dikendalikannya benar-benar berbeza dan tidak memenangi trofi selama enam tahun sebelum Erik ten Hag masuk – dan Solskjaer telah membandingkan dua bilik persalinan itu.
Bilik persalinan era Ole sangat keras. Dan penuh dengan caci maki. Walaupun tetap ada pelawak di dalamnya.
Ole Gunnar Solskjaer merindui atmosfera seperti itu berlaku lagi di Manchester United. Malangnya dia tidak mampu mengembalikan suasana itu ketika dia bergelar pengurus.
“Pemain pemain di bilik persalinan kami dulu benar-benar hebat. Keano adalah ketua, yang dipandang hormat semua orang,” katanya pada acara Soal Jawab, menerusi The Athletic.
“David May adalah pelawak, badut. Gary (Neville) masih paling sibuk ketika itu juga. Nicky (Butt) dan Giggsy (Ryan Giggs) adalah penghibur.”
“Ia hanya bilik persalinan yang hebat. Pemenang, yang tidak suka kalah. Mereka mempunyai beberapa pergaduhan, seperti yang anda patut lakukan, selepas perlawanan yang buruk.”
Solskjaer tidak dapat membayangkan apa akan berlaku kepada pemain pada hari ini, jika perkara seperti itu berlaku.
Dia yakin ada pemain yang manja merengek menghubungi terus ibu bapa atau ejen mereka. Kerana menurut Ole, generasi Man United pada hari ini lembik dan cepat koyak.
Ole Gunnar Solskjaer menambah: “Era kami dulu, kamu terpaksa goncang satu sama lain. Jika kamu berbuat demikian kepada pemain lelaki sekarang, maka mereka akan menghubungi ayah mereka, atau ibu mereka, atau ejen mereka, mengadu… mereka generasi serpihan salji (snowflake) yang cepat koyak.”
“Tidak ramai daripada ramai hari ini akan terselamat di bilik persalinan itu.”
Solskjaer belum kembali ke pengurusan sejak pemergiannya dari United 18 bulan lalu. Dia telah membimbing hampir 500 perlawanan sepanjang berada di ruang istirahat dan menghabiskan masa di Cardiff dan Molde sebelum berpindah ke United.
Man United berada dalam fasa revolusi di bawah Erik Ten Hag. Yang mahu mengembalikan kegemilangan kelab itu.
Man United kini dalam kedudukan terbaik untuk kembali semula ke Liga Juara Juara Eropah musim hadapan.
Dan berpeluang menamatkan musim ini dengan kejayaan domestik berganda. Ini kerana mereka sudah memenangi piala agung Carabao Cup dan masih ada 1 lagi final, menentang Man City dalam perebutan Piala FA.
Adakah Man United akan menamatkan musim ini dengan 2 piala?