Mourinho Beritahu Pemain Supaya Duduk Di Rumah Sahaja Jika Tidak Mahu Hadapi Tekanan

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho memberitahu pemainnya supaya ‘duduk’ sahaja di rumah jika mereka tidak mahu berhadapan dengan tekanan apabila menyarung jersi Manchester United.

Walaupun jauh ditinggalkan Manchester City dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris, kempen Eropah United musim ini berjalan dengan agak baik. Jika keputusan memihak kepada Manchester United awal pagi esok, mereka boleh melayakkan diri ke pusingan kalah mati.

Balik duduk rumah je la kalau x pandai hadapi tekanan. Tough love from Mourinho

Tambah menarik, United merupakan satu-satunya pasukan yang belum menjaringkan gol ketika beraksi di tempat sendiri dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Manchester United akan layak ke peringkat kalah mati sekiranya mereka berjaya menewaskan Young Boys dan Valencia gagal menewaskan Juventus di Turin.

Namun begitu, perlawanan ini datang beberapa hari selepas mereka sekadar mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan menentang Crystal Palace di Old Trafford. Keputusan tersebut menyebabkan United ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu, Manchester City dan menyebabkan Mourinho mengeluarkan kenyataan mempersoalkan hati para pemainnya.

Musim ini menyaksikan Red Devils hanya mampu meraih 3 kemenangan dari 9 perlawanan di tempat sendiri dalam semua pertandingan.

Antara pemain yang sering menjadi mangsa kritikan Mourinho

Walaupun memiliki rekod tempat lawan yang lebih baik, Mourinho berkata peminat United tidak menunjukkan rasa hormat terhadap pasukan sekiranya mereka lebih suka melihat pasukan beraksi di gelanggang lawan.

“Jika pemain merasakan tekanan apabila bermain di ‘rumah’, rumah yang saya maksudkan di sini bukan stadium, tapi rumah betul. Baik duduk di rumah saja dan tengok tv.”

“Jika anda merasakan tekanan apabila bermain di tempat sendiri, dimana akan ada peminat yang datang untuk memberikan sokongan… come on.”

“Saya tidak pernah berasa tertekan apabila beraksi di tempat sendiri.”

Mourinho juga berkata beliau berharap akan dapat melihat reaksi dari pemainnya apabila mereka turun beraksi menentang Young Boys awal pagi nanti. Mourinho sebelum ini mendakwa pemainnya tidak menunjukkan keinginan untuk menang apabila sekadar seri menentang Crystal Palace hujung minggu lalu.

“Situasi ini sangat mengecewakan kerana apa yang saya mahu dari pasukan adalah mereka bermula garang terhadap pasukan lawan. Bukannya menunggu dan bermain secara reactive. Saya mahu proaktif.”

Alexis Sanchez mungkin boleh duduk rumah sebab noob sangat musim ini

“Itu sebenarnya yang saya mahu lihat berlaku pada pasukan saya. Tapi mungkin kamu [pihak media] atau peminat yang percaya, ‘Oh mungkin Jose beritahu pemain supaya bermula dengan perlahan. Jose beritahu pemain supaya bermain dengan lembut dan tunggu apa yang akan berlaku’. Atau pon tunggu pasukan ketinggalan terlebih dahulu sebelum memberikan reaksi.”

“Perkara sebaliknya yang saya mahukan sebenarnya. Saya mahu pasukan saya bermula dengan garang. Saya mahu pasukan saya terus menyerang seawal yang mungkin dan situasi yang kami hadapi sekarang ini agak mengecewakan buat saya.”

BACA:  Adebayor Nyatakan Kebenciannya Terhadap Wenger, Puji Kejujuran Mourinho