Ole: Tak Main UCL Pun Beratur Pemain Nak Datang Sertai Manchester United

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menyatakan beliau tidak pernah meragui kehebatan Man United dalam menjadi magnet kepada bintang bola sepak.

Sebelum ini dia pernah menyatakan bahawa ramai pemain yang mengetuk pintu untuk menyertai Manchester United walaupun ia akan beraksi di Liga Juara- Juara Eropah.

Sehinggakan mereka terpaksa melakukan analisis orang yang sangat teliti tentang siapa yang layak untuk menyertai mereka (Manchester United).

Ole Gunnar Solskjaer merasakan UCL bukanlah perkara yang terlalu penting bagi kelab seperti United untuk menarik pemain.

Buktinya mereka berjaya mendapatkan pemain seperti Harry Maguire dan Bruno Fernandes, Odion Ighalo.

Solskjaer mengakui bahawa UCL memberikan banyak wang kepada kelab dan juga kejohanan yang berprestij. Namun ia bukanlah segalanya.

Oleh itu, Ole Gunnar Solskjaer ditanya apakah beliau tidak risau jika gagal layak ke Liga Juara Juara Eropah musim hadapan akan memberikan impak jendela perancangan mereka kepada segala perpindahan akan datang.

Ini selepas Ed Wooward mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan lebih komited kepada jendela perpindahan yang akan datang.

Ole Gunnar Solskjaer dijanjikan dengan dana perpindahan yang besar.

Menurut Wooward jadual perpindahan tersebut sangat penting untuk menentukan hala tuju Manchester United selepas ini.

Beberapa pemain sudah berusia untuk digantikan.

Namun Ole merasakan kegagalan ke UCL tidak akan menjejaskan perancangan mereka.

Ole dengan yakin dan bergaya berkata: “Liga Juara Juara Eropah memberikan kelab satu sumber penting. Ia memberikan banyak wang, itulah dia.”

“Ianya pertandingan yang berprestij untuk semua pasukan mahu sertainya.”

Ole berkata, ada cara lain untuk menyakinkan pemain yang mereka mahukan untuk datang.

“Jika kita bermain baik pada baki musim ini dan pemain yang kita mahukan kagum dengan cara kita beraksi, maka ianya menjadi lebih mudah untuk meyakinkan mereka untuk menyertai kita.”

“Musim ini kita beraksi di Europa League, dan jika musim hadapan kita gagal itu Liga juara-juara Eropah, saya tidak rasa itu akan menjadi pengakhiran kepada pemain enggan datang ke sini.”

Ole Gunnar Solskjaer juga tidak menutup peluang kepada Ighalo untuk menjadi pemain tetap di Man United selepas tamat tempoh pinjaman.

Ole berkata: “Apabila kamu ada berada di sini, bermakna kamu diberikan peluang. Jika kamu meyakinkan kami sebagai seorang pemain dan manusia, membantu kumpulan di sini meningkat, sudah tentu ada harapan untuk kami akan cuba untuk melanjutkan khidmat kamu.”

Manchester United akan berdepan dengan Chelsea pada awal pagi esok waktu Malaysia.

Chelsea kini berada di tangga keempat. Manakala Manchester United berada di tangga kesembilan. Dibezakan hanya empat mata daripada pasukan di tangga keenam.

Man United sebelum ini membelasah Chelsea dalam perlawanan pertama liga mereka bertemu untuk musim 2019/20.

BACA:  Rahsia Liverpool Tiada Dalam Poket Ole, Salah Bukan Sembang Kari