Ousmane Dembele akhirnya membuka mulut sebab utama dirinya memilih untuk meninggalkan Barcelona dan menyertai Paris Saint-Germain (PSG) pada jendela perpindahan musim panas ini.
Kontrak Dembele berbaki semusim sahaja lagi dan pemain itu dilaporkan enggan memperbaharui kontrak tersebut untuk kekal bersama kelab Catalan itu, menyebabkan Barcelona tiada pilihan melainkan melepaskan pemain sayap itu.
Pemain sayap antarabangsa Perancis itu kemudiannya menandatangani kontrak selama lima tahun bersama PSG, kembali beraksi di Ligue 1 buat pertama kali sejak meninggalkan Rennes untuk menyertai Borussia Dortmund pada 2016.
Ousmane Dembele officially inherits Neymar's No.10 shirt at PSG 🔟 pic.twitter.com/zRTyl2msEm
— GOAL (@goal) August 17, 2023
Dembele melakukan penampilan pertamanya bersama kelab baharunya pada hujung minggu lalu membantu PSG mengikat Toulouse 1-1 – selepas tampil daripada bangku pemain simpanan dan beraksi cemerlang sepanjang 40 minit terakhir perlawanan.
Bercakap kepada media Ligue 1 yang disiarkan di laman sesawang liga itu, Dembele sempat berkongsi mengenai sebab dirinya berhijrah ke Parc des Princes.
“Saya mahu memenangi trofi! Untuk membuat penyokong dan bandar ini rasa bangga.
“Ia [perpindahan] yang mengujakan dan saya berharap kami mampu melakukan perkara hebat bersama. Saya perlu sentiasa bersedia dan bermula dengan baik.
“Saya sudah tidak sabar. Saya berharap akan memenangi trofi pertama bersama PSG secepat mungkin,” katanya.
Dembele turut menyifatkan kehadiran Luis Enrique yang melatih PSG pada musim ini turut memainkan peranan penting dalam keputusannya.
Dembele to wear no 10 jersey at PSG ⚽
Get more updates only on @technosports_in#dembele #messi #fcbarcelona #barcelona #football #a #barca #griezmann #campnou #laliga #terstegen #fcb #dejong #blaugrana #coutinho #ansufati #pique #suarez #leomessi #neymar #championsleague… pic.twitter.com/VbLaxAk5pE
— TechnoSports (@TechnoSports_in) August 17, 2023
“Ia penting untuk pemain bola sepak memiliki kepercayaan seorang jurulatih [seperti Luis Enriqie].
“Saya bercakap dengan presiden [Nasser al-Khelaifi] dan pengarah sukan Luis Campos dan yakin dengan projek yang mereka sedang lakukan di sini.
“Saya sukakan corak permainan pasukan. Kita semua tahu Luis Enrique sukakan corak permainan menyerang berasaskan penguasaan bola. Ia begitu sesuai dengan saya.
“Sebagai warga Perancis saya membesar di Ecreux berhampiran Paris. Saya sentiasa bercakap mengenai PSG dan memutuskan kini masa yang tepat untuk kembali di sini dan bermain bola sepak di tempat asal saya.”
Pada masa ini Dembele sudah pasti berharap akan berada di dalam kesebelasan utama untuk perlawanan pada Sabtu hadapan menentang Lens.
Lens juga bukan calang-calang lawan kerana merupakan pencabar terdekat PSG untuk kejuaraan Ligue 1 selepas muncul naib juara pada musim lalu.