Pada tahun 2020 ketika masih bersama Tottetham Hotspurs, Jose Mourinho yang berjaya menewaskan Arsenal telah memuji kemampuan Mikel Arteta dan meramalkan pengurus itu akan memacu Arsenal kembali menjadi Arsenal sekali lagi.
Kembali menjadi Arsenal yang dimaksudkan oleh Jose Mourinho itu adalah menjadi Arsenal di zaman Tun Arsene Wenger walaupun seteruk mana pun nombor empat dalam tangan.
Mikel Arteta telah dilantik menggantikan Unai Emery pada tahun 2019, Arsenal pada ketika itu melaungkan bahawa mereka mahu membina kembali pasukan, perlantikan Arteta pada ketika itu membuatkan peminat dan pakar bola sepak menjadi bingung.
Kini Mikel Arteta menjawab kebingungan itu dengan prestasi di padang dan juga kedudukan di carta Premier League. Memasuki separuh musim Arsenal 8 mata di depan Manchester City.
Jose Mourinho was ahead of the curve about Mikel Arteta.
No wonder he’s the Special One.pic.twitter.com/umh4ZVONLC
— Sean™ (@ArtOfMikel) November 16, 2022
Musim 2020/21 merupakan musim debut penuh Arteta bersama Arsenal dan tidak berakhir dengan begitu baik dan agak buruk apabila menyamai musim pencapaian musim sebelumnya di tangga ke-8.
Arsenal juga tewas kepada Tottenham Hotspur 2-0 yang ketika itu dibimbing Jose Mourinho dalam North London Derby di Stadium Tottetham Hotspur.
Selepas perlawanan, Jose Mourinho telah memuji akan kemampuan yang dimiliki oleh Mikel Arteta yang ketika itu berada dalam pertimbangan untuk ditendang keluar.
“Saya mahu memberi pujian dan ucapan tahniah kepada Mikel Arteta kerana telah memberikan kami satu kesukaran yang amat dalam perlawanan.”
“Secara taktikal mereka sangat bagus, mereka sangat tersusun. Mereka membina gerakan dengan 4 pemain dan bertahan dengan 5 pemain. Pada separuh masa kedua mereka cuba mencari segitiga di sisi dan mereka mula memberikan kami masalah, masalah yang kami berjaya selesaikan kerana pemain pada masa ini mempunyai budaya taktikal yang baik.”
Jose Mourinho could see what Mikel Arteta was building at @Arsenal back in December 2020 🧠 pic.twitter.com/MVCe5gYbEe
— Hayters TV (@HaytersTV) January 17, 2023
Mourinho menyatakan media pada waktu itu hanya akan membicarakan tentang kedudukan Arsenal dan tidak nampak akan potensi permainan mereka dan Mourinho percaya Arteta kan menjadikan Arsenal kembali hebat.
“Dan di atas itu, mereka mempunyai semangat yang luar biasa, tetapi mereka memberi kami masalah kerana mereka adalah pasukan yang bagus dan dia (Arteta) adalah jurulatih yang baik.
“Tetapi kami berhak untuk menang, saya rasa, kerana dua gol yang menakjubkan. Saya boleh bayangkan esok di sana, bahawa berita utama adalah mengenai mereka tidak berada dalam kedudukan yang baik di carta.”
“Tetapi saya percaya dengan pemain ini, dengan Mikel, Arsenal akan menjadi Arsenal semula.”
"With Mikel, Arsenal will be Arsenal again."
📅 Throwback to 2020 after Tottenham won the north London derby, Jose Mourinho had this to say about Mikel Arteta pic.twitter.com/QXPiP4sYy2
— Football Daily (@footballdaily) January 16, 2023
Warganegara Sepanyol itu tidak pernah menjadi pengurus mana pasukan selepas bersara sebagai pemain dan hanya mempunyai pengalaman menjadi pembantu Pep Guardiola di Manchester City selama tiga tahun.
Dengan pengalaman yang cetek dan singkat itu sudah pasti ramai yang mempertikaikan kerana Arsenal merupakan sebuah kelab yang besar dan mempunyai projek masa hadapan membina pasukan.
Mikel Arteta berjaya menutup mulut pengkritik pada musim debut dengan menjulang Piala FA tetap ke Eropah walaupun tempat ke-8, Arsenal membuka musim baru dengan memenangi Charity Shield.
Untuk musim penuhnya 2020/21, Arteta telah membawa Arsenal menamatkan musim di tangga ke-8. Menamatkan aksi mereka di kejohanan Eropah yang berterusan selama 25 tahun.
EXCLUSIVE CLIP
After losing their first three league games of 2021/22, Mikel Arteta delivered this emotional and powerful pre-match speech to his players 🗣
All or Nothing: Arsenal, coming to Prime Video on 4 Aug 📺 #AONArsenal pic.twitter.com/Y6mj3RpHOI
— Amazon Prime Video Sport (@primevideosport) July 27, 2022
Musim 2021/22 Arsenal bermula buruk apabila tewas tiga perlawanan awal kepada Brentford, Chelsea dan Manchester City namun kembali bangkit dengan bergaya tetapi kehilangan mata dipenghujung saingan dan menamatkan musim ditangga kelima.
Musim 2022/23 Arsenal mempamerkan aksi kemas dan padu amat apabila menjadi pendahulu liga, ramai memperlekehkan Arsenal bahawa mereka tidak akan lama di puncak.
‘Bulan 10 jatuh la tu.’ ‘Tahun baru hilang la dari top 4.’ Itu semua tidak terjadi Arsenal masih dipuncak dengan kelebihan 8 mata. Namun haters terus menyatakan tengok la bulan 3-4 nanti.
Jika Arsenal gagal menjadi juara sekalipun apa yang dikatakan Mourinho itu benar kerana dia dapat melihat potensi Arteta dan pemain yang dibimbingnya. Perjalanan masih jauh dan dengan kelebihan sekarang tidak salah untuk Arsenal memasang impian menjadi juara.