Ramai pemain-pemain bola sepak profesional yang menolak untuk menerima suntikan vaksin dan ada juga antara mereka yang masih belum bersedia untuk melakukan hal tersebut.
Mo Salah merupakan antara pemain yang menyokong untuk masyarakat menerima vaksin dengan kenyataan beliau berkait vaksin juga sangat menarik untuk dibincangkan.
Pemain kebangsaan Egypt itu baru-baru ini telah ditemu bual oleh media negaranya, dengan beliau telah ditanya tentang reaksi rakan sepasukannya ketika mengetahui yang beliau pernah positif walau sudah divaksin.
Mo Salah has spoken out on his thoughts about COVID vaccines and how his teammates reacted to him testing positive last year 💉 #LFC https://t.co/UJsfyxKe43
— Empire of the Kop (@empireofthekop) December 8, 2021
Salah sememangnya tidak dinafikan memiliki aura yang tersendiri dan beliau sering mengeluarkan jawapan yang bakal membuatkan ramai teruja ketika ditanya soalan berkait hal serious seperti ini.
Bercakap tentang reaksi skuadnya, beliau menjelaskan bahawa:
“Bukan satu masalah pun, tapi mereka komen tentang saya pergi ke kenduri perkahwinan itu. Mereka terima kerana itu kenduri abang saya dan dia tidak akan kahwin setiap hari, saya juga harap dia tak kahwin hari-hari.”
“Mereka tak keterlaluan tentang hal ini, benda ni memang ada dalam bilik persalinan tapi saya tak boleh bercakap tentang mereka, tapi saya pasti ia bukan bencana yang besar.”
Vaccine @MoSalah
“They are doctors who have been working and studying medicine for years. If I said this is wrong, then I'll be like anyone in the street who tells me how to play football. Doctors and the World Health Organisation said it is right, so we need to follow them”. pic.twitter.com/FKhfNY8Qy7— IG ‘Trust In KLOPP’ (@imran_IGG) December 9, 2021
Pemain berusia 29 tahun itu turut ditanya jika beliau menyokong vaksin dan beliau menjawab:
“Ya saya, mereka semua doktor dan orang-orang yang sudah bekerja dalam dunia perubatan sejak lama dahulu, mereka sudah bertahun-tahun bekerja untuk itu, dan jika saya kata benda tu salah, saya sebenarnya sama saja seperti orang lain di jalanan yang cuba beritahu saya yang saya pass bola tak betul.”
“WHO (World Health Organisation) kata begitu, jadi kita perlu ikut mereka, ini pandangan peribadi saya.”
Walau ramai orang mempunyai pandangan berbeza-beza tentang vaksin, namun Salah patut diberi pujian kerana berani bersuara berkait hal vaksin dan pandangan peribadinya.
Tell ya ma, Mo Salah took the vaccine and mutated into the best footballer in the world https://t.co/Wb7G9vYT2m
— Jonathon Reid (@mrjblade) December 8, 2021
Penggunaan Anfield sebagai pusat pemberian vaksin sepertinya membawa kesan baik kepada kem Liverpool, dengan Jurgen Klopp sendiri pernah menyatakan yang kesemua anak buahnya sudah menerima suntikan vaksin.
Jika Salah dan Jurgen Klopp ada pandangan positif tentang vaksin dan percaya kewujudan C0V-19, bekas pemain Liverpool, Dejan Lovren pula mempunyai kepercayaan sebaliknya.
Lovren percaya C0V-19 merupakan teori konspirasi
Bekas pemain pertahanan Liverpool, Dejan Lovren, sepertinya menyokong teori konspirasi yang menyatakan wabak C0V-19 adalah tipu daya untuk memaksa masyarakat umum melakukan vaksinasi.
Mo Salah on the COVID-19 vaccine:
“They are doctors who have been working and studying medicine for years. If I said this is wrong, then I'll be like anyone in the street [who] said pass this ball here instead of this.” #awlive [mbc] pic.twitter.com/RR9ClRLbu0
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) December 8, 2021
Menurut laporan dari Daily Mail, Lovren telah meninggalkan satu komen yang panas di laman Instagram milik Bill Gates sebelum ini.
Billionaire terkenal, Bill Gates telah memuat naik status di Instagramnya untuk mengucapkan terima kasih kepada semua petugas kesihatan yang bertungkus lumus memerangi wabak C0V-19.
Liverpool star Dejan Lovren outs himself as a massive coronavirus conspiracy theorist – and backs claims the virus is a myth to force vaccines on the public https://t.co/RMKtzLV1R9
— MailOnline Sport (@MailSport) May 4, 2020
Lovren telah masuk komen kedalam posting tersebut dengan menyatakan:
“Semuanya dah tamat Bill. Manusia bukan buta.”
Lovren juga sering memuat naik story dilaman Instagramnya dengan merujuk serta menyokong teori konspirasi dari David Icke.
Dejan Lovren the coronavirus conspiracy theorist⁉️
This is how the Croatian reacted to an Instagram post from Bill Gates of a sign saying 'thank you, health care workers' 😬
The Liverpool man has since promoted conspiracy theorist David Icke with a number of posts on his story. pic.twitter.com/HOoOWpzblu
— Optus Sport (@OptusSport) May 4, 2020
Icke telah mencetuskan dakwaan kontroversi tentang wabak ini sejak dari mula C0V-19 melanda dunia, termasuk dakwaan tidak sahih yang mengaitkan Coronavirus dengan talian 5G.
Channel Youtube miliknya yang sudah mempunyai lebih dari 1 juta subscriber telah di padam dari website minggu lalu kerana mahu menghalang beliau dari terus menyebar berita palsu.
Sementara itu, Lovren telah mempromosikan karya masa depan Icke di laman Instagram miliknya dengan menulis :
“Kami tidak akan disensor dan kami tidak akan berdiam diri.”
Pemain berusia 31 itu turut menganggap bahawa dirinya sebahagian dari pejuang.
Lovren turut meninggalkan komen emoji tangan yang seakan berdoa dalam posting kontroversi dari salah seorang ahli politik Croatia, Ivan Pernar.
🗣️ 'No-one will ever silence me'
Liverpool defender Dejan Lovren responds after fans hit out about coronavirus conspiracy claimshttps://t.co/Rz2DvrVZYV
— RT Sport (@RTSportNews) May 4, 2020
Pernar memuat naik posting yang meletakkan gambar Bill Gates memegang jarum suntikan dengan menyatakan:
“Tubuh anda adalah pilihan saya.”
Beliau kemudian mengeluarkan satu lagi kenyataan dengan menyatakan:
“Sebenarnya mesti ada jalan untuk bebas membuat pilihan dan menentang pengunaan vaksin secara mandatori. Itulah sebabnya saya menjadi duri di mata semua media arus perdana dan penaja mereka.”
Ketika masih bersama Liverpool, Lovren turut pernah bercakap kepada media Croatia, Sportske Novosti dan menerangkan bahawa beliau sangat tertekan dengan kesan dari lockdown.
“Ia bukan hal yang mudah setelah kita berada dalam perintah berkurung dirumah selama hampir 46 hari sekarang.”
“Aspek psikologi adalah yang paling sukar untuk diatasi. Saya bersenam sebanyak mungkin, saya juga meluangkan masa bermain bola dengan anak saya di halaman kami, tetapi latihan dengan pasukan [Liverpool] sama sekali berbeza.”
“Saya cuba untuk memotivasikan diri semampu saya. Saya bangun pagi dan cakap pada diri sendiri bahawa ‘saya akan menjalani latihan hari ini dan setidak-tidaknya saya mampu untuk mengurangkan berat badan saya.”
“Tapi saya agak kehilangan kemampuan dari segi fitness dan kemampuan kaki saya, berlatih dirumah tak sama dengan beraksi 90 minit.”
Sumber: Empire Of The kop