Patson Daka Sangat Berminat Sertai Liverpool Dan Rundingan Berkait Perpindahannya Sedang Berjalan

Menurut sumber laporan Football Insider, penyerang RB Salzburg, Patson Daka sangat berminat untuk menyertai Liverpool pada musim panas ini.

Laporan sama turut menyatakan yang Liverpool sendiri sudah memulakan rundingan mereka untuk mendapatkan penyerang Salzburg itu.

Menurut Football Insider, pemain centre-foward itu sangat berminat untuk menyertai Liverpool, dan Liverpool sendiri sudah memulakan rundingan untuk menandatangani bintang berusia 22 tahun itu pada musim panas ini.

Laporan sama turut menyatakan yang yuran perpindahan untuk mendapatkan pemain kebangsaan Zambia itu dianggarkan bernilai sekitar £17 juta.

Patson Daka dikatakan bakal meninggalkan Juara saingan liga Austria itu pada musim panas ini selepas beliau mengharungi satu lagi musim yang luar biasa menakjubkan pada musim lalu.

Football Insider dalam laporan sama turut mendedahkan yang bintang berusia 22 tahun itu sebenarnya turut berjaya menarik minat beberapa kelab lain seperti West Ham United untuk mendapatkan khidmatnya.

Patson Daka juga dilaporkan telah menolak tawaran dari The Hammers kerana beliau mahu memilih kelab yang akan bermain dalam saingan Champions League.

Beliau ketika ini sedang dipantau oleh beberapa kelab terkemuka dunia seperti Chelsea, Borussia Dortmund, Barcelona, Bayern Munich, RB Leipzig dan Liverpool.

Sejak Erling Haaland meninggalkan Salzburg untuk menyertai Borussia Dortmund pada jendela perpindahan Januari, Daka terus menjadi penyerang utama kelab dan beliau turut mempamerkan rentak permainan yang sungguh menakjubkan.

Menurut data dari Transfermarkt, pemain berusia 22 tahun itu telah berjaya terlibat dengan 46 gol dari 42 penampilan bersama Salzburg musim lalu.

Beliau juga berjaya menjaringkan 34 gol dari semua pertandingan yang beliau sertai musim lalu, tiga gol melebihi rekod jaringan Mo Salah bersama The Reds sepanjang musim lalu.

Pemain kebangsaan Zambia itu juga telah berjaya memenangi pelbagai kejuaraan bersama Salzburg dengan menjulang empat kejuaraan liga dan tiga Austrian Cup sejak 2017 yang lalu.

Walaupun beliau tidak mungkin akan terus diserap sebagai kesebelasan utama untuk Liverpool, namun beliau tentunya akan ada tempat dalam skuad memandangkan Jurgen Klopp sentiasa memberi ruang kepada pemain muda untuk menunjukkan bakat mereka.

Klopp sememangnya individu paling tepat yang boleh mengendalikan dan menaikkan pemain seperti Daka dan keputusan beliau untuk sertai Liverpool adalah keputusan yang bijak.

Liverpool mempunyai jentera serangan yang hebat seperti Mohamed Salah, Sadio Mane, Roberto Firmino dan Diogo Jota. Namun pemain simpanan di posisi tersebut ketika ini sedang dibelenggu dengan masalah kemerosotan prestasi.

Daka mungkin boleh jadi pemain terbaik untuk mengisi kekosongan dalam skuad depth Liverpool yang ketika ini dilihat sangat lemah terutama di posisi serangan.

Liverpool jelas bergantung kepada Divock Origi dan Xherdan Shaqiri sebagai pemain gantian di posisi tersebut, namun kedua-dua mereka langsung tidak menjaringkan gol ketika musim 2020/21 yang lalu.

Di usia 22 tahun, Daka masih mempunyai masa yang panjang untuk terus berkembang dan statistik yang beliau cipta di Austria membuktikan kemampuan sebenar pemain muda itu.

Beliau mempunyai kualiti penyudah yang tajam dan mampu untuk memberi masalah kepada pemain pertahanan dengan gerakkan berbahaya yang sering beliau cetuskan.

Liverpool sudah menghantar wakil untuk berunding dengan Salzburg, dan Patson Daka sendiri sememangnya berminat untuk ke Anfield.

Jika rundingan ini berhasil, Liverpool sememangnya beruntung kerana berjaya mendapatkan pemain muda yang berbakat dan hebat dengan nilai pasaran yang rendah.

Adakah Patson Daka sesuai dengan sistem Liverpool? Atau beliau akan menerima nasib yang sama seperti Takumi Minamino? Bincangkan di ruangan komen.

BACA:  Patson Daka Jaringkan 4 Gol Bantu Leicester Benam Spartak Moscow