Peguam Barcelona Mahu Gagalkan Usaha PSG Untuk Menandatangani Lionel Messi

Peguam Barcelona dengan sedaya upaya mereka sedang berusaha untuk menggagalkan usaha Paris Saint Germain untuk menandatangani Lionel Messi.

Pelbagai usaha dan helah yang terpaksa digunakan oleh pihak peguam Barcelona untuk memastikan Paris Saint Germain tidak akan berjaya untuk menandatangani legenda Nou Camp itu.

Messi yang ketika ini sudah berusia 34 tahun telah sah meninggalkan Barcelona dengan beliau telah mengumumkan hal tersebut dalam satu sidang media perpisahan di Nou Camp baru-baru ini.

Sebaik berita Messi tidak akan beraksi bersama Barca tular, PSG segera memulakan langkah untuk mendapatkan pemenang enam kali gelaran Ballon D’or itu.

Lionel Messi sendiri dilaporkan sudah bersetuju dengan tawaran yang diberikan oleh Paris Saint Germain, dan bersedia untuk menandatangani perjanjian bersama gergasi Perancis itu.

Walau bagaimanapun, bekas majikan Messi telah berusaha sedaya upaya mereka, untuk memastikan usaha PSG untuk mendapatkan bintang Argentina itu menemui kegagalan.

Gergasi Catalan itu telah menuduh PSG tidak boleh menandatangani Messi memandangkan kedudukan ekonomi kelab mereka juga sangat teruk pada ketika ini.

Peguam Barcelona telah mengemukakan aduan kepada mahkamah rayuan Eropah, supaya menghalang PSG dari menandatangani Messi kerana masalah kedudukan ekonomi mereka yang bermasalah.

Juan Branco memuat naik status di laman media sosial untuk menggariskan aduan yang telah mereka lakukan terhadap PSG.

“Bagi pihak rakan kongsi FC Barcelona, ​​firma saya telah membuat aduan dengan Suruhanjaya Eropah dan menuntut penangguhan sementara di mahkamah sivil dan pentadbiran di Perancis untuk mencegah Paris-Saint Germain dari menandatangani Lionel Messi,”

Tulis Juan Branco di laman media sosial miliknya.

“Nisbah PSG dari segi ‘Financial Fair Play’ adalah jauh lebih teruk berbanding FC Barcelona.”

“Pada musim 2019/20, struktur gaji PSG dan pendapatan mereka adalah nisbah 99%, sementara Barcelona pula hanya 54%. Perbezaan yang sangat ketara.”

Mampukah peguam Barcelona menghalang PSG dari menandatangani Lionel Messi? Sukar untuk dapatkan jawapannya pada ketika ini.

Selain PSG, Tottenham Hotspur juga dengan tiba-tiba dilihat bersungguh-sungguh memburu Lionel Messi dan mahu mendapatkan khidmat bintang Argentina itu.

Jendela perpindahan sudah semakin tiba ke penghujungnya, dengan para peminat masih berteka-teki tentang ke mana destinasi Lionel Messi selepas ini.

Sepertinya Paris Saint Germain adalah destinasi yang sudah hampir pasti untuk beliau pilih, namun semuanya bergantung kepada keadaan.

Apa yang pasti, mana saja pasukan yang berjaya menandatangani Messi, mereka tentunya akan memperoleh hasil yang memuaskan.

Pemenang enam kali gelaran Ballon D’or itu tentunya akan memberikan impak yang cukup positif untuk mana-mana pasukan yang beliau sertai selepas ini.

Neymar dan Messi merupakan sahabat karib

Neymar sudah tidak sabar menanti kehadiran sahabat karibnya ke Paris dan mereka tentunya mahu kembali membentuk gandingan yang boleh mendominasi bola sepak Eropah.

Dengan pemain sedia ada PSG, ditambah dengan penandatanganan baru seperti Hakimi, Ramos, Wijnaldum dan Donnarumma, kehadiran Messi tentunya akan menggerunkan pasukan lawan.

Tidak keterlaluan untuk menganggap yang Paris Saint Germain akan mempunyai pasukan serba lengkap seandainya mereka berjaya mendapatkan Messi nanti.

Mungkin kerana itulah Barcelona bersama peguam mereka sedaya upaya mahu memastikan usaha PSG untuk menandatangani Messi akan berakhir dengan kegagalan.

Ke mana destinasi Messi selepas ini? Paris Saint Germain? Tottenham Hotspur? Inter Miami? Manchester United? Manchester City? Bayern Munich? Kembali ke Argentina? Bincangkan di ruangan komen.

Sumber: SB

BACA:  Messi Mendedahkan Enam Pemain Kesukaan Anaknya