Lima Pemain Terbaik Dunia Kini Pilihan Messi

Lionel Messi telah menamakan lima pemain terbaik dunia pilihannya dan telah mengecualikan dirinya sendiri serta Cristiano Ronaldo dari pilihannya.

Messi mendedahkan kepada media Sepanyol, Marca, tentang lima pemain terbaik dunia pilihannya sekiranya beliau harus mengecualikan dirinya sendiri dengan Cristiano Ronaldo.

Dengan Ronaldo yang kini sudah tidak lagi beraksi dalam saingan La liga, Messi tetap yakin dan percaya pemain kebangsaan Portugal itu masih dua pemain terbaik dunia bersamanya.

Walaupun sukar sebenarnya untuk melihat Ronaldo mengalahkan Messi dalam perebutan Piala Liga ketika kedua-dua mereka beraksi di La Liga untuk tempoh sembilan tahun.

“Sangat menarik apabila melihat Cristiano Ronaldo berada di La Liga kerana beliau menjadikan saingan liga semakin berprestij walaupun sukar untuk beliau memimpin pasukan menjuarai liga.”

Walaupun terpaksa mengasingkan dirinya dan Cristiano Ronaldo, pemenang enam kali Ballon d’or itu tetap menamakan lima pemain yang boleh dikatakan bakat terbaik dunia pada ketika ini.

Pemain yang dipilih oleh Messi adalah Neymar, Sergio Aguero, Kylian Mbappe, Eden Hazard dan Luis Suarez.

Messi merupakan salah seorang dari trio terbaik Barcelona, ‘MSN’, trio serangan gandingan Messi, Neymar dan Suarez yang membantu kelab gergasi Sepanyol itu memenangi treble pada tahun 2015.

Trio serangan MSN ketika itu antara yang paling digeruni lawan dengan gandingan serba menjadi antara tiga pemain terbaik dunia itu.

Selepas Neymar meninggalkan pasukan, Messi masih mempamerkan gandingan menarik antaranya dengan Suarez namun kekosongan yang ditinggalkan oleh Neymar masih tidak terisi oleh mana-mana pemain hingga sekarang.

Penyerang Manchester City, Sergio Aguero pula telah bergandingan dengan Messi dalam banyak perlawanan untuk pasukan kebangsaan Argentina.

Aguero adalah seorang penyerang terbaik dunia menurut Lionel Messi dan beliau juga merupakan gandingan paling disukai oleh ketua pasukan Barcelona itu.

Aguero jelas membuktikan ketajamannya sebagai seorang penyerang terbaik dengan menjadi penjaring terbanyak untuk pasukan City sepanjang kariernya Etihad.

Sementara Mbappe dan Hazard pula sehingga kini belum pernah beraksi bersama Messi dalam satu pasukan yang sama.

Hazard beraksi dalam liga yang sama dengan Messi selepas menandatangani perjanjian bersama Real Madrid pada Julai tahun lalu.

Mbappe pula hanya boleh beraksi bertemu Messi sekiranya PSG bertemu Barcelona dalam saingan Liga Juara-juara.

Beliau juga sering dikaitkan bakal menandatangani perjanjian bersama Real Madrid dan ketika itu mungkin semua peminat akan disajikan dengan perlawanan yang menarik antara Mbappe dan Messi.

“Jika saya mengecualikan diri saya dan Cristiano Ronaldo, lima permain terbaik dunia ketika ini adalah Mbappe, Neymar, Hazard, Suarez dan Kun Aguero.”

Jelas Messi kepada Marca.

BACA:  Lionel Messi Teruk Dihentam Selepas PSG Tersingkir Dari Saingan Champions League