Lionel Messi Teruk Dihentam Selepas PSG Tersingkir Dari Saingan Champions League

Lionel Messi teruk dihentam oleh para peminat selepas mempamerkan aksi persembahan yang sungguh mengecewakan ketika bertemu Real Madrid awal pagi tadi.

Serba tidak menjadi, Messi sekali lagi mempamerkan aksi persembahan yang sungguh mendukacitakan, seterusnya gagal bantu PSG untuk mara lebih jauh dalam saingan Champions League.

Skuad kendalian Mauricio Pochettino itu berdepan kekalahan memalukan 3-1 di tangan Real Madrid di Santiago Bernabeu awal pagi tadi.

Kekalahan itu menyebabkan mereka tersingkir dari kejohanan musim ini, seterusnya meranapkan harapan kelab yang terlalu mendambakan gelaran terbesar Eropah itu.

Penyokong PSG dapat rasa bergembira terlebih dahulu selepas Kylian Mbappe meletakkan gergasi Ligue 1 itu dihadapan pada aksi babak pertama permainan.

Tamat aksi babak pertama, PSG masih mendahului Real Madrid dengan keputusan 2-0 secara aggregate, dan tentunya para penyokong merasakan mereka bakal layak ke pusingan seterusnya.

Walau bagaimanapun, Karim Benzema berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan pada aksi babak kedua, dengan beliau cemerlang mencatat hat-trick bantu Real Madrid catat kemenangan 3-1 menewaskan PSG.

Pada minit ke-61 permainan, hasil kesilapan dari Gianluigi Donnarumma, Real Madrid berjaya menyamakan kedudukan menerusi Karim Benzema.

Bintang Perancis itu mengasak Donnarumma di dalam kotak penalti PSG dengan penjaga gol Itali itu kemudiannya mengeluarkan bola lemah ke dalam kawasan sendiri sahaja.

Vinicius Jr berjaya memenangi bola tersebut dan melorongkannya ke arah Karim Benzema yang sudah berada berseorangan diri di kawasan tengah dalam kotak penalti.

Dek kerana tiada tekanan dan tidak dikawal, Benzema cemerlang menolak bola hantaran dari Vinicius Jr itu untuk memadam gol pendahuluan Kylian Mbappe.

Minit ke-76 permainan, Karim Benzema meledak gol kedua peribadinya seterusnya membantu Real Madrid untuk mendahului perlawanan dengan keputusan 2-1.

Luka Modric membawa bola dari kawasan sendiri dan menghantar bola tersebut tepat ke arah Vinicius Jr yang kemudiannya bijak mengawal bola di kawasan PSG.

Vinicius kemudiannya menghantar semula bola ke arah Modric, yang kemudiannya bijak melorongkan bola mencari Benzema di dalam kotak penalti.

Karim Benzema tidak mensia-siakan peluang keemasan itu dengan percubaan beliau berjaya untuk menewaskan Donnarumma buat kali kedua.

Satu minit sahaja selepas itu gawang PSG sekali lagi dibolosi oleh Real Madrid dengan Karim Benzema cemerlang memanfaatkan kesilapan dari pertahanan lawan untuk menghukum pasukan pelawat.

Hasil serangan yang dilancarkan oleh Vinicius Jr, bola tertampan kaki pertahanan PSG sebelum singgah ke kaki Benzema.

Karim Benzema kemudiannya terus melepaskan rembatan ke gawang lawan dan bola rembatan beliau gagal diselamatkan oleh Gianluigi Donnarumma.

Kisah berulang dalam sejarah Champions League PSG selepas mereka sebelum ini menerima nasib sama ketika bertemu Barcelona dan Manchester United sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Tidak seperti Mbappe, bekas bintang Barcelona, Lionel Messi gagal untuk memberi impak seperti yang diharapkan dengan beliau pamer aksi hambar sepanjang perlawanan ini.

Antara kesempatan terbaik beliau untuk catat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan ini adalah menerusi sudut sepakan percuma yang hampir-hampir sahaja untuk tewaskan Thibaut Courtois.

Ketika aksi pertemuan di Parc des Princes sebelum ini, Messi gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti dan menyebabkan beliau teruk dikritik oleh para peminat.

“Terlepas peluang menjaringkan gol menerusi sepakan penalti, Messi hilang terus sepanjang 180 minit aksi bertemu Real Madrid.”

“Messi memang selalu hilang kalau dalam perlawanan besar sejak dari tahun 2005 lagi, tak ada sesiapa yang nak cakap apa-apa ke tentang ini?”

“Dia ditandatangani dan diberikan gaji besar kerana dia diharapkan dapat bantu PSG menjuarai saingan Champions League, tapi apa hasilnya?”

“Kalau dia Cristiano Ronaldo, sudah tentu sekarang semua orang tengah maki dia, tapi sebab dia Messi, semua orang sedang pura-pura tak tahu betapa teruknya aksi dia.”

“Persembahan yang sangat mengecewakan, Messi benar-benar gagal memberikan impak seperti yang diharapkan dan saya rasa zaman dia memang dah berakhir”.

Messi teruk dihentam kerana gagal membawa PSG mara lebih jauh dalam kejohanan pada musim ini, dan lebih teruk lagi beliau turut gagal pamer aksi terbaik dalam perlawanan terpenting kelab.

Kehebatan Karim Benzema mencatat hat-trick secara tak langsung terus meranapkan impian PSG untuk bawa pulang Piala Champions League musim ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Messi Berjaya Menyamai Rekod Ronaldo, Namun Ia Dipecahkan Selepas 24 Jam