Pemain Ini Baru Saja Menghasilkan Sepakan Percuma Paling Teruk Dalam Dunia Bola Sepak

Pemain pertahanan Sweden, Emil Holm telah mencuri perhatian ramai selepas beliau mengambil sepakan percuma yang dianggap antara yang terteruk dalam sejarah dunia bola sepak.

Menjadi salah seorang pakar bola mati bukanlah satu hal yang mudah, namun ketika seseorang pemain itu mempunyai keyakinan, peluang untuk beliau menjaringkan gol itu sangat tinggi.

Holm dipertanggungjawabkan untuk mengambil sepakan percuma ketika aksi kemenangan 1-0 SonderjyskE’s menewaskan Vejle Boldklub dalam saingan Danish League.

Bintang berusia 21 tahun itu merembat bola terbang tinggi ke udara, jauh melepasi gawang gol lawan, Bahkan bola itu dilihat terbang tinggi dan terus keluar dari kawasan stadium.

Lihatlah bagaimana kekuatan rembatan beliau hingga menyebabkan bola tersebut terkeluar terus dari kawasan stadium.

Holm sendiri jelas tak mampu untuk berbuat apa-apa melainkan sekadar senyum seperti kerang busuk sambil melihat bola rembatan beliau keluar dari stadium.

Mungkin Angkasawan seterusnya boleh jumpa bola rembatan Emil Holm

Video tersebut tular di media sosial dengan para peminat terhibur melihat bagaimana bola tersebut boleh terbang keluar dari stadium dan bersetuju bahawa ia merupakan antara sepakan percuma paling teruk dalam sejarah.

“Saya terkejut melihat bola itu boleh sampai keluar dari kawasan stadium, jarang berlaku hal seperti ini.”

“Kelab-kelab dari NFL harus beri perhatian pada pemain ini, bukan mudah untuk rembat bola sekuat seperti yang dia lakukan.”

“Macam mana bola tu boleh sampai terkeluar dari stadium? Kekuatan dia tentu luar biasa. Sejujurnya saya kagum dengan kekuatan dia.”

“Bukan saja teruk, saya rasa ia antara sepakan percuma paling aneh dalam dunia, bagaimana bola tu boleh tersasar sampai keluar terus dari stadium.”

Begitulah komen-komen dari para peminat yang terhibur melihat bagaimana Holm boleh merembat bola hingga keluar dari kawasan stadium.

Holm sebenarnya telah berjaya menjaringkan lima gol dari 20 perlawanan untuk SonderjyskE, bermaksud secara puratanya beliau berjaya menjaringkan satu gol dari setiap empat perlawanan.

Sepertinya beliau mempunyai kualiti penyudah yang agak baik melihatkan kepada rekod jaringannya bersama kelab.

Sudah menjadi kebiasaan untuk melihat para pemain mengambil sepakan percuma yang berakhir dengan hal-hal ajaib seperti ini.

Kisah Beckham Dan Giggs Ambil Sepakan Percuma Serentak

Kembali pada tahun 2001, David Beckham dan Ryan Giggs telah menyempurnakan satu sepakan percuma yang dianggap paling aneh dalam dunia bola sepak.

David Beckham dan Ryan Giggs merupakan pakar dalam set-pieces ketika karier mereka berdua bersama setan merah.

Tetapi mungkin ramai tidak sedar dan mungkin terlupa bahawa kedua-dua mereka pernah mengambil sepakan percuma bersama-sama secara serentak satu ketika dahulu.

Perkara itu berlaku ketika setan merah bertemu Aston Villa pada Ogos 2001 dan perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.

Beckham dan Giggs ketika itu mencuba satu aksi yang sangat menarik dan keputusan mereka untuk mengambil sepakan percuma secara serentak itu sungguh menakjubkan.

Dua atau beberapa orang pemain berada di hadapan bola sebelum sepakan percuma itu sememangnya perkara biasa.

Hanya seorang dari mereka akan menendang bola dan yang lain hanya akan mengacah atau sekadar untuk mengelirukan lawan sahaja.

Tetapi apa yang dilakukan oleh Beckham dan Giggs adalah, mereka berdua berdiri di hadapan bola dan menendang bola pada waktu yang sama secara serentak.

Salah satu cara sepakan percuma yang paling unik pernah terjadi dalam sejarah bola sepak dunia.

Teknik yang mereka berdua lakukan hampir saja mengelirukan bekas penjaga gawang United, Peter Schmeichel yang ketika itu menjadi penjaga gol Aston Villa.

Schmeichel hampir saja tertewas dengan gerakan mengelirukan itu namun mujur saja beliau sempat menolak bola keluar sebelum dirinya dikasari oleh Roy Keane dari belakang.

Salah satu teknik kreatif yang mungkin boleh menghasilkan jaringan luar biasa dan dikenang sepanjang zaman dilakukan oleh Beckham dan Giggs.

Sumber: SB

BACA:  Sepakan Percuma Super Padu Dari Hakan Calhanoglu