Pemain Sasaran Arsenal Kutuk Keraian Arsenal Dah Macam Orang Menang EPL

Pemain tengah Wolves yang pernah membuatkan peminat Arsenal stim agar kelab sign dia iaitu, Ruben Neves membuat komen tidak masuk akal.

Ini apabila dia triggered melihat Arsenal meraikan kemenangan 1-0 menentang Wolves seperti menang Liga Perdana Inggeris.

Pasukan tunggal dengan trofi emas EPL itu berjaya meraih 3 mata dan menendang pasukan ehem ehem ke tangga keenam.

Arsenal beraksi dengan 10 pemain pada 20 minit terakhir. Selepas Martinelli dibuang padang selepas menerima 2 kad kuning serentak.

Neves menyatakan dia tak sangka sama sekali Arsenal meraikan kemenangan itu seperti menang liga dan tak pernah melihat orang meraikan 3 mata seperti itu dalam 10 tahun terakhir kariernya.

Bercakap kepada BBC Sport, Neves berkata: “Kami melakukannya dengan baik cuma kami sukar dalam situasi bola mati dan melepaskan bola dari set piece.”

“Dengan gol mereka pun diragui, sama ada berlaku foul atau tak, tapi itulah bpla sepak. Kami dah lali dah dengan perkara seperti ini.”

“Kami harus memperbaiki ketajaman kami di hadapan gol kerana kami mencipta peluang yang cukup di depan gol lawan, cuma masih ada kekurangan dalam beberapa aspek permainan.”

“Saya boleh terima keputusan pengadil untuk gol mereka. Sebab ada perlawanan gol macam tu diberikan, ada perlawanan pula tidak diberikan. Mereka harus membuat keputusan yang konsisten untuk setiap perlawanan sebab benda benda macam ni membuatkan kami sangat kecewa.”

“Kami tengok cara mereka meraikan kemenangan itu, dan itu menunjukkan di mana ‘level’ mereka,” kata Neves memandang keraian itu penuh keji.

“Dulu, saya tak nampak Arsenal meraikan macam ni, 10 tahun lalu – dah macam orang menang liga dah gamaknya.”

Ruben Neves sebelum ini dianggap pemain tepat untuk Arsenal oleh para peminat. Namun selepas komen ini, dia kini menjadi musuh mereka.

Boleh dilihat pada jendela perpindahan lalu, penyokong Arsenal berkeliaran di akaun media sosial Neves dan meminta pemain itu datang ke Emirates.

Apa yang penting Arsenal menang dan naik ke tangga kelima untuk mengekori rapat West Ham United. Hanya beza 1 mata je dari top 4. Dengan 2 baki perlawanan dalam tangan. Sementara pasukan yang ehem ehem tu, kini ditolak sikit.

Jenis tak relaks pulak si Neves ni. Cuba tengok macam penyokong Liverpool, layankan je Arsenal raikan seri macam menang UCL.

Detik ‘Pelik’ dan Kelakar Gabriel Martinelli Dilayangkan Dua Kad Kuning Dalam Sekelip Mata

Arsenal berjaya naik ke tangga kelima liga, satu mata di belakang West Ham United yang berada di tangga keempat selepas menewaskan Wolverhampton Wanderers di tempat lawan.

Perlawanan bermula dengan agak sengit dan rancak dengan kedua-dua pasukan dilihat bernafsu untuk menjaringkan gol awal. Pada minit ketujuh, hantaran Ruben Neves ke dalam kotak penalti kepada Leander Dendoncker ditampan oleh Thomas Partey dan hampir menghadiahkan gol sendiri kepada Wolverhampton.

Nasib baik penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale dilihat cukup fokus dan mudah menangkap bola tersebut.

Pada minit ke-25, sepakan percuma Arsenal disepak lemah oleh Neves dan bola melantun ke arah Ben White yang kemudiannya menanduk bola kepada Alexander Lacazette di tengah kotak penalti.

Penjaga gol Wolverhampton, Jose Sa, telah melakukan kesilapan apabila dia mencabar bola yang menuju ke arah Lacazette namun tidak berjaya menyentuh bola walau sedikit, lantas bola bergolek ke hadapan Gabriel yang kemudiannya mudah menolak masuk dari kotak enam ela.

Cuba bangkit, Wolves melancarkan serangan balas dan pada minit ke-36, Raul Jimenez menanduk bola hantaran silang dari sebelah kanan padang namun tandukan lemah tersebut dengan mudah ditangkap oleh Ramsdale.

Pada penghujung separuh masa pertama, Bukayo Saka bermain satu dua dengan Martin Odegaard sebelum menolak bola ke tengah kepada Lacazette yang kemudiannya melakukan satu rembatan ke arah gol lawan.

Tapi sayang, rembatan tersebut tepat ke arah Jose Sa.

Pada minit ke-68, detik pelik bercampur kelakar terjadi. Gabriel Martinelli pada mulanya cuba untuk menggelecek Chiquinho namun apa yang dia mampu buat adalah sekadar berpusing-pusing di tempat sama sebelum bola keluar ke tepi padang.

Daniel Podence yang berada berhampiran dengan pantas mengambil bola untuk melakukan hantaran ke dalam bagi memulakan serangan balas ke kubu Arsenal. Ketika Podence melakukan lontaran, Martinelli telah menolak muka pemain tersebut lantas membuatkan dia terjatuh sambil menjerit “adoi!”.

Selepas menolak Podence, Martinelli berlari mengejar Chiquinho yang mendapat bola daripada lontaran ke dalam tersebut, dan tanpa membuang masa sebaik sahaja tiba berdekatan dengan pemain Wolves tersebut, Martinelli bertindak menolak Chiquinho sehingga terjatuh.

Tanpa teragak-agak, pengadil meniup wisel permainan di atas kekasaran tersebut.

Kelakarnya, sebaik tiba di depan Martinelli, pengadil melayangkan kad kuning dua kali tanpa menyimpan kad ke dalam poket terhadap pemain Arsenal tersebut, sekaligus membawa kepada penganugerahan kad merah.

Mengulas tentang insiden ini, pengurus Arsenal, Mikel Arteta, mengatakan dia berasa agak terkejut dan pelik melihat anak buahnya dilayangkan dua kad kuning sebegitu rupa.

“Aku tak pernah tengok apa-apa yang macam ni,” ujarnya seperti yang dipetik dari The Sun.

“Aku tak pernah tengok kejadian tu sepanjang karier aku. Peraturan kata memang boleh, tapi kau [pengadil] nampak beria sangat nak buat macam tu.

“Kita letakkan pasukan kita dalam bahaya dengan kad merah tu dan kita terpaksa berusaha keras.

“Kita kena bermain dengan 11 orang untuk baki 16 perlawanan, untuk menang perlawanan dalam Liga Perdana ni sangatlah susah, apatah lagi nak menang dengan 10 pemain.”

Sebenarnya tindakan pengadil, Michael Oliver, adalah tepat.

Kad kuning pertama adalah hadiah buat Martinelli yang bertindak menolak Podence ketika lontaran ke dalam tersebut. Dia tidak menghentikan perlawanan selepas tindakan keji Martinelli itu kerana Wolverhampton sedang memulakan serangan lantas diberikan advantage.

Pengadil memberikan advantage kepada Wolverhampton.

Akan tetapi, tindakan bodoh Martinelli melakukan tolakan berlebihan ke atas Chiquinho lima saat kemudian, telah memaksa Oliver untuk menghentikan perlawanan dan melayangkan kad kuning dua kali.

Pertama, Oliver qada’ kad kuning Martinelli menolak Podence, dan kedua terjahan keras ke atas Chiquinho.

Bagi orang yang tidak tahu peraturan perlawanan, insiden ini mungkin agak pelik tetapi Oliver bertindak di dalam bidang kuasanya sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan Law of the Game daripada FIFA.

Selepas kad merah tersebut, Arsenal menerima asakan demi asakan daripada Wolverhampton, namun nasib menyebelahi mereka apabila Ramsdale sekali lagi beraksi bagaikan penjaga gol terbaik dunia dalam menyelamatkan pintu golnya daripada dibolosi, terutamanya pada minit ke-73 apabila Wolves melakukan cubaan menerusi Roman Saiss yang merembat kencang dari garisan kotak penalti menerusi kaki kirinya.

BACA:  Premier League 2020/21: Arsenal 0-3 Aston Villa