Peminat Benfica Suruh Enzo Fernandez Berambus Ke Neraka Selepas Kantoi Berparti Di Argentina

Peminat Benfica nyata berang dengan pemain muda sensasi Enzo Fernades dan menyuruhnya berambus ke neraka selepas kantoi berparti di Argentina bagi menyambut tahun baharu.

Pemain muda terbaik Piala Dunia 2022 itu yang dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Premier League iaitu Chelsea juga dilaporkan ponteng latihan untuk pulang ke Argentina.

Tindakan Enzo Fernandez ini juga bukan sahaja membuatkan peminat marah tetapi kelab juga naik angin dan telah mengarahkan pemain itu supaya tidak pulang ke Argentina.

Sportsmail mendedahkan bahawa The Blues bersedia membayar £112 juta untuk tandatangannya – £6 juta lebih tinggi daripada klausa pembeliannya – dalam usaha untuk mendapatkan perjanjian itu mendahului pesaing mereka, dengan perpindahan ditetapkan dibayar dalam tiga ansuran tahunan sebanyak £37.3 juta.

Enzo Fernandez telah kembali ke Benfica pada 30 Disember lalu selepas 12 hari bergelar juara dunia bersama Argentina dan telah bermain 89 minit dalam kekalahan kepada Braga.

Dia kemudiannya memilih untuk kembali ke Argentina sempena sambutan tahun baru yang jelas telah melanggar kehendak kelab yang mahukannya terus berada dan berlatih. Cuti sudah habis bro.

Lebih bangang apabila Enzo Fernandez kantoi selepas ejennya yang boleh tahan bangang memuat naik gambar pemain itu masih lagi bersukaria dan berparti pada 2 Januari sehingga terlepas sesi latihan.

Outlet Portugal Record melaporkan bahawa Enzo Fernandez tidak hadir untuk dua sesi latihan Benfica pada hari Isnin dan malah boleh dikenakan ‘denda berat’ kerana melanggar peraturan disiplin.

Fernandez juga telah diberikan kata dua untuk kembali ke kelab, tambah laporan itu, dan penyokong telah melepaskan kemarahan mereka terhadapnya dengan komen pada foto Instagram Perez – yang kini telah ditutup ruangan komentar.

Kemarahan ini juga menyebabkan sesetengah pihak telah menggesa kelab untuk ‘mengambil yuran perpindahan bernilai £105 juta dari Chelsea yang sanggup membayar.

Pengurus kelab Rodger Schmidt mengesahkan ‘tiada pengecualian’ untuk pemain yang melakukan perjalanan semasa Tahun Baru selepas Fernandez pulang ke tanah air.

Jurulatih itu menegaskan skuadnya akan kekal di Portugal untuk berehat di antara perlawanan.

“Kami adalah pasukan bola sepak profesional, peraturan adalah untuk semua pemain,” kata Schmidt.

“Adalah sangat penting untuk semua pemain berehat di antara perlawanan, untuk bersedia untuk perlawanan seterusnya. Tiada pengecualian untuk itu.”

Benfica telah menegaskan selama ini mereka tidak mahu menjual Fernandez semasa jendela Januari dan juga telah menawarkan kontrak yang lebih baik.

Kelab itu telah sedar bahawa pemenang Piala Dunia itu telah berubah angin oleh tarikan berpindah ke London dalam perjanjian yang menguntungkan.

Berita perpindahan Enzo Fernandez ke Chelsea bukan lagi satu rahsia dan pemain itu telah bersetuju dengan terma yang ditetapkan oleh Chelsea minggu lalu dan secara lisan perjanjian telah dimeterai.

Satu perbincangan baru akan diadakan hari ini bagi memuktamadkan perjanjian antara Benfica dan Chelsea, kini hanya menunggu kelulusan akhir dari Rui Costa yang merupakan langkah terpenting.

Selain Chelsea, Liverpool juga dilaporkan berminat untuk Enzo Fernandez namun dengan tanda harga sebegitu sudah pasti Liverpool tidak mahu lagi mendapatkan pemain muda yang berpotensi untuk terus diasuh.

Anugerah Best Young Player di Piala Dunia 2022 menjadi milik pemain muda Argentina, Enzo Jeremias Fernandez yang bermain di posisi tengah yang terus melonjakkan sahamnya sehingga menjadi rebutan

Dengan usia muda dan menjadi tonggak Piala Dunia pasti akan menjadi rebutan namun jika tiada disiplin ke laut jawabnya.

BACA:  Selepas Berjam-Jam Main Tarik Tali Chelsea Berjaya Dapatkan Enzo Fernandez