Selepas Berjam-Jam Main Tarik Tali Chelsea Berjaya Dapatkan Enzo Fernandez

Selepas hampir 24 jam Chelsea bermain tarik tali dengan Benfica bagi mendapatkan Enzo Fernandez akhirnya perjanjian berjaya dimeterai pada saat akhir di mana-mana kedua-dua belah pihak berjaya mencapai kata sepakat.

Enzo Fernandez seperti mana diketahui sudah berhajat untuk keluar dari Benfica selepas Piala Dunia, dikaitkan dengan beberapa kelab besar termasuklah Liverpool yang semakin noob.

Yang menjadikan banyak pasukan menarik handbreak dari mendapatkan Enzo Fernandez adalah klausa pelepasannya yang bernili £105 juta namun Benfica mahukan yurang perpindahan setinggi £120 juta.

Enzo Fernandez diikat dengan kontrak selama 8.5 tahun yang akan mengekalkannya di Chelsea sehingga tahun 2031 sama seperti kontrak yang ditawarkan kepada Mykhailo Mudryk.

Pada awal Jendela perpindahan Januari Chelsea sudah pun menghantar rombongan meminang Enzo Fernandez dan bersedia membayar £112 juta untuk tandatangannya – £6 juta lebih tinggi daripada klausa pembeliannya.

Ketika itu peminat Benfica mula menyampah dengan pemain Argentina itu apabila telah ponteng latihan dan lebih teruk lagi kantoi pergi berparti di tanah airnya, Argentina.

Satu urusan perniagaan yang sangat menguntungkan Benfica apabila membeli Enzo Fernandez pada harga £9 juta pada Jun 2022 dan dijual mengikut laporan tidak rasmi sekitar £112-120 juta kepada Chelsea.

Hanya selepas 6 bulan, Benfica mendapat keuntung bersih £100 juta yang sebelum itu telah menjual Andy Carroll 2.0 Darwin Nunez pada harga £64 juta yang dibeli dari Almeria pada harga £21 juta.

Harga Enzo Fernandez mencanak-canak naik dan menjadi rebutan selepas membantu Argentina menjulang Piala Dunia 2022 dan nilai Enzo Jeremias Fernandez yang bermain di posisi tengah makin meningkat apabila dipilih sebagai pemenang Anugerah Best Young Player kejohanan.

Anugerah Pemain Muda FIFA telah dianugerahkan buat kali pertama pada Piala Dunia 2006 di Jerman dan diberikan kepada Lukas Podolski dari Jerman.

Anugerah itu diberikan kepada pemain terbaik dalam kejohanan yang berusia paling lama 21 tahun.

BACA:  Peminat Benfica Suruh Enzo Fernandez Berambus Ke Neraka Selepas Kantoi Berparti Di Argentina