Everton berjaya melakukan comeback yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika beraksi bertemu Crystal Palace di Goodison Park awal pagi tadi.
Kejayaan mereka mencatatkan kemenangan dalam perlawanan itu secara tak langsung membantu Everton untuk terus kekal beraksi dalam saingan Premier League musim ini.
Walau bagaimanapun, banyak kontroversi yang tercetus selepas tamat perlawanan tersebut dan hal itu masih hangat dibincangkan sehingga ke hari ini.
A 3-point deduction, and 3 home games played behind closed doors would suffice as punishment for Everton’s pitch invasion and onfield altercations. pic.twitter.com/dNuT2cpzEp
— Dave Kaká (@edgeofcoaching) May 19, 2022
Penyerang Everton, Dominic Calvert Lewin berjaya menanduk masuk gol untuk skuad kendalian Frank Lampard itu pada minit ke-85 permainan seterusnya mengesahkan kemenangan 3-2 berpihak kepada The Toffees.
Gol tersebut diraikan penuh meriah oleh para penyokong dan kesemua kem Everton turut dilihat benar-benar bergembira meraikan gol itu di tepi padang.
Melihat kepada keraian itu sahaja ramai sudah boleh menjangkakan apa yang akan berlaku selepas wisel penamat dibunyikan.
Sebaik pengadil perlawanan, Anthony Taylor meniupkan wisel penamat, para penyokong di Goodison Park meluru masuk ke padang dan meraikan kejayaan mereka bersama para pemain.
Jelas sekali ia satu kelegaan untuk kem Everton kerana mereka berjaya mengelak dari berada di zon penyingkiran dan akan terus kekal dalam saingan Premier League.
This completely exonerates Viera. No one can be expected to tolerate this level abuse where the perpetrator is also filming their behaviour to further goad. I would be happy to see a points deduction for Everton following this. Only way we can stop it. https://t.co/WSZY5SLfCV
— The Last Blairite #TrueLabour (@LastBlairite) May 20, 2022
Ketika para penyokong mula memenuhi padang, ada penyokong Everton yang telah bertindak di luar kawalan dengan menganjing Patrick Vieira di depan mukanya.
Vieira jelas sekali hilang sabar dengan hal tersebut dan beliau kemudiannya dilihat menendang penyokong Everton itu kerana tidak gembira dengan tindakannya.
Dion Dublin says there must be firm action taken against pitch invaders after Crystal Palace manager Patrick Vieira was confronted by Everton fans as he was walking off the pitch at full time. pic.twitter.com/FFDhfSqFgv
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) May 19, 2022
Hal itu jelas sekali tidak disenangi oleh para peminat seluruh dunia dan menganggap tindakan penyokong Everton itu sudah keterlaluan.
Salah seorang penyokong Manchester United telah menghubungi talkSPORT dan menggesa agar tindakan undang-undang perlu diambil pada Everton.
“Ini tak boleh dibiarkan, saya maksudkan mereka perlu lakukan sesuatu dengan segera kerana seseorang boleh tercedera kerana itu dan hal itu sangat memalukan.”
❌ “If any fan invades the pitch, your clubs gets a deduction.”
⬇️ “Therefore, you tell #EFC fans they you wasn’t relegated but now you are.”
This #MUFC fan wants clubs deducted 10 points if their fans run on the pitch. pic.twitter.com/WGUHARkkfD
— talkSPORT (@talkSPORT) May 20, 2022
Beliau kemudiannya tampil mencadangkan agar pihak FA mengenakan tindakan pemotongan mata ke atas kelab yang gagal mengawal penyokong mereka.
“Antara cara yang saya nampak, yang mana ia boleh mengguris hati mereka yang kononnya penyokong ini adalah, pemotongan 10 mata andai ada penceroboh padang seperti itu.”
“Itu memang menyakitkan, kerana ia boleh beri kesan kepada kedudukan dalam saingan Champions League dan ia boleh melukakan hati semua, elok kamu tak tersingkir tapi sebab hal ini kamu tersingkir.”
Pemotongan 10 mata itu mungkin tidak akan berlaku, namun sesuatu sememangnya perlu dilakukan untuk mengelak dari berlakunya hal seperti ini di masa hadapan.
Patrick Vieira tendang penyokong Everton yang menganjing beliau di depan mukanya
Pengurus Crystal Palace, Patrick Vieira terlibat dengan satu insiden panas di Goodison Park hingga menyebabkan salah seorang penyokong Everton makan penendang legenda Arsenal itu.
Tular satu rakaman di media sosial pada ketika ini yang mana Patrick Vieira dilihat menendang seorang penyokong Everton, yang menceroboh masuk ke padang dan mengganggu beliau.
Skuad kendalian Patrick Vieira itu tewas 3-2 di tangan Everton walau mereka pada awalnya sudah mendahului perlawanan dengan keputusan 2-0.
Patrick Vieira kicks Everton fan to ground in shock video https://t.co/M5uVb9TmDI pic.twitter.com/81qowDtQiU
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) May 19, 2022
Untuk Everton sendiri, kemenangan itu jelas sekali sangat bermakna untuk mereka kerana ia telah menyelamatkan mereka dari berada di zon penyingkiran.
Kerana itulah para penyokong Everton terlalu teruja dan gembira hingga mereka menceroboh masuk ke padang selepas tamat perlawanan.
Walau bagaimanapun, dari ramai-ramai penyokong yang menceroboh masuk ke padang, ada seorang penyokong mereka yang telah menunjukkan sikap tidak bermoral.
Salah seorang penyokong Everton dilihat menganjing Vieira secara berlebih-lebihan dan hasilnya beliau makan penendang pengurus Crystal Palace itu.
Ketika Patrick Vieira sedang berjalan keluar meninggalkan padang, penyokong Everton itu menghampiri beliau dan menganjing beliau di depan muka.
Patrick Vieira kicking an Everton fan to the floor tonight
pic.twitter.com/4gncryw62X— Football Fights (@footbalIfights) May 19, 2022
Legenda Arsenal itu jelas sekali tidak gembira dengan hal tersebut dan beliau segera bertindak menghukum penyokong tak bermoral itu.
Jika dilihat pada rakaman yang sedang tular itu, jelas sekali penyokong Everton itu yang mencari pasal terlebih dahulu hingga menyebabkan beliau makan penendang.
Selepas Vieira menendang penyokong Everton itu, datang lagi beberapa orang penceroboh padang lain yang turut mahu bergaduh dengannya.
Pengurus Crystal Palace itu langsung tidak berundur dengan beliau tetap tenang berdiri di sana berdepan dengan ramai penyokong Everton.
Pegawai-pegawai bertugas kemudiannya menghampiri dan meleraikan kekecohan di antara kedua-dua pihak itu.
Ketika ditanya tentang insiden itu selepas tamat perlawanan, legenda Perancis itu menyatakan bahawa:
“Saya tak ada apa yang mahu dikatakan tentang itu.”
Dion Dublin says there must be firm action taken against pitch invaders after Crystal Palace manager Patrick Vieira was confronted by Everton fans as he was walking off the pitch at full time. pic.twitter.com/FFDhfSqFgv
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) May 19, 2022
Pengurus Everton, Frank Lampard turut bercakap tentang isu penceroboh padang itu ketika sesi sidang media beliau selepas tamat perlawanan.
“Saya dapat rasa apa Patrick rasa.”
Jelas Frank Lampard.
“Saya tak jumpa dia lepas perlawanan. Saya akan kata, ‘mari masuk sini dengan kami’, walaupun beliau mungkin tidak mahu itu. Sudah tentu memenatkan untuk dia berjalan 80 ela sekitar padang dan situasi seperti itu bukan mudah.”
“Itu betul-betul satu cara menunjukkan kelegaan oleh peminat selepas berjaya mengelak dari penyingkiran. Jika mereka buat dengan cara betul, saya rasa biarkan saja mereka di atas padang, biarkan mereka dapat detik yang mereka mahu. Asalkan saja mereka behave tiada masalah.”
Menurut sumber laporan dari The Daily Mail, Vieira kini mungkin akan disiasat oleh Persatuan Bola Sepak berkait insiden tersebut.
Malang sekali ini bukanlah kali pertama insiden melibatkan penyokong tak bermoral berlaku pada minggu ini yang menjejaskan keindahan dalam dunia bola sepak.
Salah seorang penyokong Nottingham Forest telah ditangkap selepas beliau berlari masuk ke padang dan menganjing bintang Sheffield United, Billy Sharp ketika meraikan kejayaan mereka di peringkat separuh akhir play-off untuk ke Premier League.
Patrick Vieira reacting to a Everton fan winding him up. 😳pic.twitter.com/zippYvgdIR
— AfcVIP⁴⁹ #PukkiParty (@VipArsenal) May 19, 2022
Dalam saingan League 2 juga turut berlaku insiden sama dengan penyokong Northampton dilihat melempar flares ke arah pemain Mansfield.
Hal-hal seperti ini sebenarnya tak sepatutnya berlaku dengan mereka seharusnya tidak mengganggu pemain atau pengurus pasukan lawan andai mahu menceroboh masuk ke padang.
Sumber: SPORTbible