Peminat Bingung Menonton Perlawanan Bola Sepak Tapi Suara Latar Orang Bertinju

Para peminat yang menonton perlawanan bola sepak Wanita di kejohanan Olimpik Tokyo, telah kebingungan kerana suara latar siaran tersebut berbeza dengan apa yang sedang disiarkan.

Mereka yang menonton perlawanan antara Sweden bertemu Australia merasa terganggu kerana bunyi latar yang didengari hanyalah bunyi orang sedang bertinju.

Kejohanan Olimpik Tokyo telah dirasmikan pada malam Jumaat lalu, selepas setahun tertangguh dek kerana penularan wabak C0V-19 di seluruh dunia.

Temasya kali ini juga berbeza dari yang sebelum-sebelumnya kerana mengikut garis panduan dan ketetapan baru sambil menjaga protokol C0V-19.

Kejohanan Olimpik sudah bermula sebelum acara pembukaan lagi pada awal minggu lalu, dengan sukan bola sepak dan softball sudah dimulai terlebih dahulu.

Sweden berjaya menewaskan Australia 4-2

Petang semalam telah bermulanya pusingan kedua untuk saingan bola sepak wanita dengan pemenang pingat perak pada 2016, Sweden turun bertemu pemenang pingat gangsa, Australia.

Para peminat yang menonton perlawanan tersebut menerusi siaran langsung yang disediakan oleh Eurosport berasa terkejut dan terganggu dengan bunyi latar yang mereka dengar.

Selain bunyi ulasan bola sepak yang diharapkan, para peminat disajikan dengan siaran langsung bola sepak dengan bunyi latar sukan tinju.

Yang mana ketika itu Eurosport turut menyiarkan perlawanan tinju secara langsung dan kesilapan audio menyebabkan bunyi orang bertinju didengar dengan jelas ketika menonton siaran langsung bola sepak.

Para peminat kemudiannya mengalihkan siaran untuk menonton perlawanan tersebut di saluran BBC, namun sayangnya mereka turut berasa kecewa.

Kebanyakan peminat di UK merasa terkilan dan kesal dengan kualiti siaran langsung yang disiarkan di negara mereka sepanjang tahun ini.

The Beeb hanya mampu menyiarkan dua sukan sahaja pada satu masa yang sama, dengan kebanyakan sukan lain hanya boleh ditonton di Eurosport.

Selain dari kesilapan teknikal yang melibatkan bunyi latar, para peminat turut menegaskan yang siaran sukan lain turut mengalami masalah kerana langsung tiada bunyi suara penyampai.

Kebanyakan penonton yang menonton Sukan Olimpik di siaran Eurosport tidak begitu faham dengan semua jenis sukan, jadi suara pengulas sangat membantu untuk mereka faham tentang sukan tersebut.

Banyak maklumat penting yang boleh peminat dapat dari pengulas dan kerana itu mereka kecewa menonton siaran langsung tanpa suara pengulas.

Eurosport turut mengejutkan peminat pada Jumaat lalu, yang mana dua penyampai dari dua negara berbeza didengari seperti mereka berada dalam studio yang sama ketika penonton menonton siaran langsung.

Jadi dari tak faham tentang sukan, penonton boleh jadi semakin tertekan kerana tak faham dengan suara gabungan dua bahasa dalam satu masa.

Semoga saja pihak Eurosport mampu memperbaiki kesilapan mereka dan para penonton boleh menonton Sukan Olimpik Tokyo dengan lebih tenang.

Mujur Astro Arena tak timbulkan masalah dengan mereka sering menyajikan siaran langsung serta lintas langsung yang cukup berkualiti untuk rakyat Malaysia.

Sumber: SB

BACA:  Empat Pemain Catat Hat-trick Bantu England Benam Latvia 20-0