Peminat Man United Menitis Air Mata Kegembiraan Melihat Aksi Berkelas Dunia Setan Merah

Peminat Manchester United akui menangis kegembiraan melihat aksi berkelas dunia ditunjukkan Manchester United ketika melihat aksi berkelas dunia Manchester United ketika mengalahkan Southampton.

Manchester United bangkit daripada kekalahan tidak disangka sangka di tangan Liverpool sebelum ini. Liverpool menang nasib 3-0 ke atas United di Old Trafford sebelum minggu rehat antarabangsa.

Kini Red Devils kembali ke landasan persaingan kejuaraan. 3 gol oleh Matthijs de Ligt dan penerima darjah kebesaran, Marcus Rashford, serta Alejandro Garnacho sudah cukup untuk United pulang dengan 3 mata berharga.

Manchester United menguasai lebih 55% perlawanan ke atas bekas kelab Van Dijk itu. Dengan melakukan 20 percubaan ke arah gol dan 10 percubaan tepat.

Andre Onana turut berjaya menyelamatkan penalti. Di kala VAR cuba sedaya upaya mahu melihat United keciciran mata. Kehebatan Man United jelas membuatkan teknologi VAR pun tak berdaya untuk menafikan 3 mata mereka.

De Ligt membuka tirai jaringan pada minit ke-35 selepas menerima hantaran oleh Bruno Fernandes. Lebih manis apabila gol itu terhasil hanya 2 minit selepas Southampthon dihadiahkan sepakan penalti. Di mana Onana melakukan penyelamatan berkelas dunia menafikan penalti oleh Cameron Archer.

Man United menambah 1 lagi gol sebelum rehat menerusi Marcus Rashford pada minit ke-41. Pemain itu membalas kepercayaan daripada Erik Ten Hag yang sentiasa percaya dengan kemampuannya. Walaupun dia banyak menerima ejekan daripada peminat sendiri dan dituduh ada menyimpan gambar Ten Hag tanpa seurat benang.

Man United melakukan serangan bertali arus yang menghiburkan. Ianya aksi terbaik mereka musim ini.

Ketika Soton kelihatan sudah redha dengan kekalahan 2-0, Garnacho menambah satu lagi gol pada masa kecederaan minit ke-90+6.

Tamat perlawanan Southampton 0 Manchester United 3. Ianya kemenangan sebenar daripada pasukan yang sarat bintang berkelas dunia.

United kembali ke landasan kemenangan selepas permulaan 3 perlawanan yang kurang meyakinkan sebelum ini. Kemenangan kali ini benar benar amaran kepada pasukan lain bahawa pasukan Man united kian serasi dan bakal sukar untuk dikekang oleh mana mana musuh mereka.

Di media sosial peminat mereka akui menitiskan air mata kegembiraan melihat aksi cemerlang Manchester United.

UnitedLad berkata: “Man United bermain bola sepak yang cantik. Gol pertama De Ligt bersama United. Rashford dan Garnacho menjaringkan gol. Fernandes assist. Onana pula menyelamatkan penalti dan clean sheet, Manuel Ugarte debut. Amad Diallo, Kobbie Mainoo dan Zirkzee beraksi luar biasa.

“Menitis air mata, hari yang indah sekali.”

BACA:  Mourinho: Panggil Saya Ketua Jurulatih, Bukan Pengurus