Peminat Man United: Quadruple Terlepas Tak Apa, Kita Akan Menang Treble

Peminat tegar Manchester United termasuk Trey, telah menyatakan bahawa dia tetap yakin kelabnya akan menamatkan musim ini dengan treble.

Man United sebelum ini dalam pemburuan quadruple, dengan 1 piala sudah ditapau mereka iaitu Piala Carabao.

Legenda kelab, Paul Scholes dan pemain Man United hari ini, Luke Shaw antara yang lantang menyuarakan perjuangan mereka untuk meraih 4 piala ataupun quadruple.

Beberapa minggu lalu, Paul Scholes telah mendakwa bahawa impian quadruple Manchester United masih ‘menyala,’ selepas mereka seri dengan Barcelona dalam Liga Europa.

Scholes: Impian quadruple United kekal hidup!

Paul Scholes antara pundit yang kerap mengkritik Man United. Sama juga seperti mana Roy Keane.

Scholes menjadi antara pundit yang kurang disenangi pengurus Man United sebelum ini kerana dia sangat lantang mengkritik pasukan kesayangannya itu.

Namun dia akhirnya melihat sinar harapan. Dan mulai yakin kelab itu di landasan tepat menyapu kesemua 4 kejuaraan musim ini.

Dia menegaskan dia bukan bergurau tentangnya, tetapi dia serius. Mahu semua peminat Man United membawa semangat yang sama dalam jiwa mereka dan menyokong pasukan dengan aura yang hebat.

Scholes sangat gembira melihat prestasi Man United yang berjaya mengikat Barcelona di Nou Camp dengan gaya permainan memberangsangkan.

Dan kemudian bertemu dengan Newcastle di final Piala Carabao. Di mana United menang dan juara piala minuman tenaga kepala kerbau itu.

Dan Scholes adalah salah seorang yang percaya sebagai seorang yang berjiwa Red Devils sejati, “Ianya hidup! (impian memenangi kesemua piala). Quadruple masih diteruskan,” katanya di BT Sport.

Penyampai Jules Breach bertanya sama ada bekas bintang England itu bergurau, yang dia menjawab, “Tidak, saya tidak bergurau, tidak sama sekali.”

Namun ramai juga mengingatkan Scholes ianya bukan ‘The Quadruple,’ yang memerlukan pasukan untuk memenangi Liga Perdana, Piala FA, Piala Carabao dan Liga Juara-Juara.

Tetapi Scholes tetap mengiktiraf Europa League sama darjat dengan UCL untuk layak digelar quadruple.

Manchester United mahu menamatkan kemarau 5 tahun tanpa sebarang piala. Dan musim ini adalah musim terbaik buat mereka melakukannya.

Scholes tidak mahu penyokong United merasa tidak yakin kerana semangat percaya kepada pasukan itu perlu ada sebagai penyokong Manchester United.

Scholes bukanlah yang pertama melaungkan semangat pemburuan Quadruple. Ini kerana pemain Manchester United sendiri pun pernah melakukannya.

Shaw: Kami mahu memenangi Quadruple

Beberapa bulan lalu, Luke Shaw menyatakan pasukannya dalam landasan untuk mengejar kejuaraan quadruple musim ini.

Shaw ketika itu berkata: “Sekarang ini, kita harus memastikan kita konsisten sebagai satu pasukan. Dari segi persembahan dan juga keputusan.”

“Ianya sentiasa tentang kemenangan. Jika kamu main bagus atau tidak, kamu harus menang, itu penting. Dan dalam ketika ini, kami sedang melakukannya.”

“Kami masih bersaingn dalam 4 pertandingan. Kami adalah Manchester United. Kami sentiasa meletakkan sasaran tinggi.”

“Dan tentu sahaja kami mahu memenangi kesemua 4 piala itu, namun apa yang akan berlaku selepas ini, semuanya bergantung kepada kami sendiri.”

“Cara kami bertindak, cara kami berehat dan kemudian bersedia untuk perlawanan berikutnya.”

Nampaknya Erik Ten Hag benar benar sudah menyemai semula mentaliti kemenangan dalam Manchester United. Bukan sahaja dalam diri pemain, tetapi penyokong dan legenda kelab mereka pun sudah merasai kembali semangat itu.

Berdasarkan prestasi semasa, mereka benar benar kelihatan berpotensi besar untuk melakukannya.

Beberapa pemain mereka berada dalam prestasi terbaik termasuk Rashford, Casemiro, De Gea dan Lisandro Martinez.

Tetapi kekalahan terbaru di tangan Liverpool membuatkan mereka sangat jauh di belakang Arsenal dalam carta liga.

Jadi penyokong Man United, Trey menegaskan bahawa: “Tak guna menangisinya. Saya tahu Ten Hag akan membuatkan pemain pemain ini menderita sebab benda ni.”

“Kita harus menamatkan musim ini dengan treble sekarang ni.”

Manchester United mara ke suku akhir Piala FA menentang Fulham. Dan kemudian sudah sah mara ke 16 akhir Liga Europa.

Impian untuk meraih treble cup competitions benar benar realisitik buat mereka.

Kekalahan di tangan Liverpool ini akan menjadi pemangkin kepada kejayaan lebih besar. Mereka juga pernah memenangi piala stadium kipas USB dengan lampu RGB.

Seorang lagi berkata: “Hek eleh, ingat mereka boleh masuk top 4 ke tu? Saya akan gelakkan mereka apabila kita memenangi treble nanti. Kita adalah Manchester United.”

Amy berkata: “Sangat sedih Manchester United tak dapat menang quadruple, tapi treble masih ada, kita move on.”

Jika Man United memenagi 3 piala tanpa kejuaraan liga atau UCL, adakah mereka akan mengiktirafnya treble? Kerana sebelum ini mereka pernah mempersoalkan ketika Liverpool mengklaim mereka memenangi treble antara benua dengan piala UCL, Piala Super Eropah dan Piala Dunia Kelab.

Menurut peminat Man United, treble itu cumalah dikira mengikut apa yang mereka pernah capai. EPL ditambah piala domestik dan 1 UCL.

BACA:  Preview Final Piala FA Crystal Palace vs Manchester United