Gaji Para Pemain Man Utd Terjejas Kerana Gagal Ke Saingan Champions League

Cristiano Ronaldo dan rakan sepasukannya berpotensi untuk berdepan pemotongan gaji bermula musim hadapan selepas kegagalan skuad setan merah untuk layak ke pentas saingan Champions League.

Skuad setan merah baru sahaja dibelasah 4-0 oleh Brighton & Hove Albion pada hujung minggu lalu dengan mereka kini secara matematiknya sudah sah bakal terlepas kesempatan beraksi di pentas saingan Champions League musim hadapan.

Dek kerana kegagalan mereka layak ke pentas saingan Champions League, maka beberapa pemain bakal berdepan pemotongan gaji yang agak tinggi selepas mereka melalui musim yang mengecewakan.

The Daily Mail ada melaporkan yang kini semuanya terserah kepada pimpinan kelab tentang bagaimana mereka mahu menstrukturkan semula kontrak para pemain.

Hal ini kerana penghasilan pihak kelab akan berkurangan dek kerana mereka tidak beraksi di pentas saingan Champions League dan kerana itulah mereka terpaksa memotong gaji beberapa pemain dari skuad utama.

Menurut laporan sama, para pemain mungkin akan berdepan pemotongan gaji sehingga 25% dari gaji sedia ada mereka pada ketika ini.

Man Utd akan terima hadiah kemenangan yang lebih rendah kerana mereka hanya beraksi di pentas Europa League atau Europa Conference League.

Manchester United pada musim 2022/23 berpotensi untuk beraksi di pentas saingan Europa League atau Conference League namun mereka juga turut berpotensi untuk tidak membuat sebarang kemunculan di pentas Eropah.

Gaji para pemain juga akan dikurangkan bergantung kepada di mana mereka beraksi musim hadapan sama ada Europa League, Conference League atau langsung tidak beraksi di pentas Eropah.

Cristiano Ronaldo kembali menyertai Man United pada musim panas lalu dengan beliau pada ketika ini dilaporkan menerima gaji tertinggi dalam skuad.

Gaji beliau pada ketika ini dilaporkan bernilai £385,000 seminggu dan mencecah £500,000 seminggu termasuk bonus.

Gaji beliau dilaporkan akan dikurangkan kepada £288,000 seminggu dan ia bakal menjadi pendapatan tahunan terendah yang akan beliau terima dalam tempoh sedekad lebih ini.

Penjaga gol setan merah, David De Gea juga merupakan antara penerima gaji tertinggi skuad dengan beliau dilaporkan menerima £375,000 seminggu dan akan dikurangkan kepada £281,000 seminggu.

Ketika aksi bertemu Brighton kemarim, Cristiano Ronaldo dilihat hanya mampu ketawa sahaja melihat bagaimana teruknya skuad beliau dibelasah.

Ronaldo hanya mampu ketawa melihat Brighton ‘tibai’ Man Utd

Cristiano Ronaldo dah tak mampu berbuat apa-apa melainkan hanya ketawa sahaja melihat mudahnya Brighton meledak gol ketika beraksi bertemu setan merah malam kemarin.

Ketika Brighton memperoleh gol keempat mereka dalam perlawanan ini, Cristiano Ronaldo hanya mampu berdiri di tengah padang sambil ketawa melihat keadaan sekeliling.

The Seagulls berjaya membelasah Manchester United 4-0 dan kekalahan itu menyebabkan skuad setan merah sudah pasti tidak akan mampu mengakhiri saingan musim ini dikelompok empat teratas.

Moises Caicedo membuka tirai jaringan untuk skuad kendalian Graham Potter itu pada aksi babak pertama permainan sebelum mereka peroleh tiga lagi gol pada aksi babak kedua.

Marc Cucurella, Pascal Gros dan Leandro Trossard meledak gol untuk Brighton pada aksi babak kedua dan selepas pasukan tuan rumah peroleh gol keempat mereka, Ronaldo dilihat hanya mampu ketawa sahaja di tengah padang.

Pemenang lima kali anugerah Ballon D’or itu ketawa dan seolah-olah tak percaya dengan keadaan pada ketika itu.

Beliau dilihat bingung memikirkan mengapa Man Utd boleh bolos empat gol dan gagal untuk menjaringkan sebarang gol bertemu kelab bawahan seperti Brighton.

Ronaldo kembali ke Old Trafford pada musim panas lalu dan beliau merupakan penjaring terbanyak Manchester United sepanjang musim ini.

Beliau setakat ini sudah berjaya menjaringkan 24 gol dari semua pertandingan dan jelas sekali beliau merupakan watak penting untuk skuad setan merah itu.

Melihat beliau ketawa, pelbagai andaian telah dibuat oleh para peminat dan rata-rata dari mereka percaya itu tanda beliau sudah penat dengan keadaan kelab.

“Manchester United berada di tahap yang sangat teruk, bahkan pemain terbaik mereka sendiri ketawakan mereka.”

“Bayangkan betapa teruknya Manchester United, dengan Ronaldo sendiri tak mampu buat apa-apa melainkan hanya ketawa. Pasukan pelawak.”

“Dia tak biasa ketawa seperti itu, ia jelas menunjukkan yang dia sendiri tak tahu apa berlaku pada Man Utd.”

“Ketika melihat Ronaldo sendiri boleh ketawa seperti itu, ia jelas menunjukkan yang Man Utd pada ketika ini sedang benar-benar berada di era kejatuhan mereka.”

“Adakah ketawa itu bakal jadi tanda perpisahan dia dengan kelab hujung musim ini? Kita dah tentu tak akan beraksi di pentas Champions League, jadi adakah Ronaldo sanggup kekal?”

Manchester United sepanjang musim ini sudah merekodkan 11 kekalahan dalam saingan Premier League dan kutipan mata yang berjaya mereka kutip juga antara yang paling rendah dalam sejarah kelab.

Bahkan andai mereka berjaya menewaskan Crystal Palace pada perlawanan terakhir mereka dua minggu lalu, ia masih tak cukup untuk perbaiki rekod tersebut.

Erik Ten Hag bakal mengambil alih kelab pada musim panas ini dan beliau jelas sekali bakal berdepan tugasan berat untuk mengubah keadaan di Old Trafford.

Melihat kepada keadaan Man Utd pada ketika ini, jelas sekali tak mudah untuk Ten Hag memperbaiki keadaan, apa lagi mahu membawa United menjuarai sesuatu.

Pengurus interim kelab, Ralf Rangnick turut mengakui yang aksi anak-anak buahnya dalam perlawanan tersebut tersangatlah teruk.

Ketika ditanya adakah ia persembahan yang buruk dari kem United, beliau menjawab:

“Ya, ia sangat teruk. Dari minit pertama hingga minit terakhir semuanya tak cukup di semua tempat.”

“Kami terlalu teruk. Saya hanya mampu meminta maaf kepada penyokong kita. Ia merupakan persembahan yang sangat teruk dan kekalahan yang memalukan.”

Beberapa pemain akan tamat kontrak pada penghujung musim ini seperti Juan Mata, Edinson Cavani, Jesse Lingard dan Paul Pogba.

Nemanja Matic juga turut sudah mengesahkan yang beliau akan meninggalkan kelab pada penghujung musim ini.

Kekalahan itu secara tak langsung telah menguburkan harapan Man Utd untuk merebut slot ke saingan Champions League.

Mereka kini berkemungkinan hanya akan mampu beraksi di pentas saingan Europa League sahaja dan turut berpotensi untuk beraksi di pentas UEFA Europa Conference League.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Sheikh Jassim Jumpa Levy Pertimbang Beli Tottenham Dan Balas Dendam Terhadap MU