Sheikh Jassim Jumpa Levy Pertimbang Beli Tottenham Dan Balas Dendam Terhadap MU

Sheikh Jassim dilaporkan melakukan kejutan dengan melakukan tawaran untuk membeli Tottenham selepas kecewa gagal mendapatkan pemilikan Manchester United.

Sheikh Jassim menarik diri daripada membeli United pada minggu lalu, selepas tawaran untuk mendapatkan pegangan secara minoriti oleh pengasas INEOS Sir Jim Ratcliffe lebih menarik minat keluarga Glazer.

Tawaran oleh Ratcliffe dikatakan sekitar £1.4 juta untuk mendapatkan 23% pegangan, yang merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperolehi pemilikan penuh di dalam United pada masa hadapan.

Dan selepas gagal mendapatkan United, Sheikh Jassim kini mengalihkan fokusnya untuk membeli pesaing United di Premier League, Tottenham dalam usaha beliau menapak di dalam industri bola sepak Inggeris.

Menurut laporan The Mirror sebelum ini, Tottenham turut pernah berbincang dengan Nasser Al-Khelaifi daripada Qatar Sports Investment (QSI) untuk penjualan kelab itu pada awal tahun ini.

Bagaimanapun niat Nasser yang juga pemilik Paris Saint-Germain terhalan selepas UEFA memperketatkan peraturan pemilikan yang tidak membenarkan dua pasukan berbeza (daripada pemilik sama) bersaing di pertandingan yang sama.

Walaupun demikian QSI dilaporkan bersedia untuk membanti Sheikh Jassim untuk mendapatkan Tottenham atas kapasiti penasihat, sepertimana yang mereka lakukan ketika cuba membida untuk mendapatkan pemilikan Manchester United sebelum ini.

Sheikh Jassim melalui yayasannya, Nine Two Foundation sebelum ini dikatakan sanggup membida sehingga £5.5 billion untuk Manchester United.

Pelaburan itu tidak termasuk tambahan £1 billion untuk membangunkan Old Trafford dan mendapatkan pemain baharu.

Berbeza dengan United, Spurs tidak mempunyai isu infrastruktut selepas Stadium Tottenham Hotspur bernilai £1 billion siap pada 2019.

Nilai kelab itu yang kini sedang gah berada di persada liga turut lebih rendah berbanding Manchester United – yang lebih menguntungkan Sheikh Jassim.

Langkah Sheikh Jassim untuk mendapatkan kelab Premier League lain sebaik sahaja tawarannya mendapatkan United ditolak dilihat sebagai usaha untuk membuktikan sesuatu kepada Glazer dan pihak berkaitan mereka telah melakukan kesilapan besar.

Sheikh Jassim sebelum ini turut bertegas tidak akan mengubah fikirannya untuk kembali mendapatkan Manchester United.

Jassim turut dikaitkan dengan Liverpool selepas Fenwat Sports Group mengakui mereka terbuka untuk menjual kelab itu pada November lalu.

BACA:  Man Utd Masih Dominasi Top 6 Perpindahan Termahal Di Dalam Sejarah EPL