Peminat Terkesan Melihat Blind Menangis Ketika Meninggalkan Padang

Daley Blind mendedahkan beliau menganggap dirinya tidak bermain ketika aksi perlawanan pembukaan yang menemukan Netherlands bertemu Ukraine awal pagi tadi.

Beliau rasa seperti itu kerana memikirkan tentang insiden yang berlaku kepada bintang Denmark, Christian Eriksen semalam.

Bintang berusia 31 tahun itu dilihat sangat beremosi ketika awal sepak mula perlawanan hingga tamat permainan yang dilangsungkan di Johan Cruijff ArenA.

Blind sendiri menggunakan sebuah alat eletronik yang dipanggil cardioverter-defibrillator selepas beliau menderita masalah jantung ketika sedang beraksi sebelum ini.

Beliau pernah rebah dua kali sepanjang musim 2019/20, dan pada Disember 2019, beliau telah disahkan mengalami masalah keradangan otot jantungnya, selepas mengadu pening ketika beraksi bertemu Valencia dalam aksi saingan Champions League.

Pada Ogos 2020, dengan berbaki 10 minit sahaja lagi aksi perlawanan pra musim bertemu Hertha Berlin, Blind sekali lagi mengalami masalah berkait kesihatannya.

Blind pada ketika itu tumbang mendadak dengan tiada sesiapa di sekitarnya, dan beliau terus menerima rawatan dari para petugas perubatan.

Seminggu selepas itu, beliau kembali menjalani sesi latihan penuh dan telah mempamerkan aksi persembahan yang mantap bersama Ajax dalam saingan Eredivisie.

Ekoran dari persembahan mantapnya, Blind telah dipanggil untuk sertai skuad 26 pemain Belanda pilihan Frank de Boer untuk aksi saingan Euro 2020.

Bekas pemain midfield Manchester United itu turun dalam aksi perlawanan yang sangat menghiburkan antara Netherlands bertemu Ukraine.

Walaupun berjaya membantu Belanda memenangi perlawanan itu dengan keputusan 3-2, Blind mendedahkan yang beliau merasakan seolah dirinya tidak bermain selepas melihat insiden yang berlaku pada Christian Eriksen.

Eriksen ketika aksi pertemuan antara Denmark bertemu Finland telah tumbang dengan tiba-tiba di penghujung aksi babak pertama permainan.

Pemain midfield berusia 29 tahun itu tidak sedarkan diri ketika petugas kesihatan datang memberikan rawatan, dan beliau dengan segera diberikan bantuan CPR sebelum dikejarkan ke hospital.

Selepas menerima rawatan di atas padang dan dikejarkan ke hospital, Eriksen disahkan berada dalam keadaan stabil.

Blind yang dilihat sangat beremosi ketika keluar meninggalkan pada kerana ditukarkan pada minit ke-64 permainan, telah cuba ditenangkan oleh pengurus pasukan De Boer.

Beliau telah mendedahkan tentang bagaimana impak insiden yang berlaku pada Eriksen itu terhadapnya sebelum turun beraksi bertemu Ukraine.

“Semalam ia memberi impak yang sungguh besar pada saya.”

Jelas Blind pada media Belanda, NOS.

“Selain dari kerana saya kenal Christian dengan sangat rapat sebagai sahabat, saya tahu situasi dia sangat teruk. Sudah tentu, saya sendiri pernah merasakan beberapa hal yang hampir sama seperti itu, jadi dek kerana itu saya perlu lawan pemikiran yang ada untuk terus bermain.”

“Saya mengalami banyak masalah kerana itu, tapi saya bangga yang saya mampu lakukannya. Dan kemudian semua perasaan itu timbul buat seketika.”

“Saya sejujurnya tidak fikirkan tentang hal itu. Tapi situasi dan insiden itu banyak beri kesan pada saya dan saya tak boleh tidur nyenyak kerana itu. Saya benar-benar perlu kuat untuk tidak memikirkan semua itu.”

Belanda walau bagaimanapun berjaya mencatatkan kemenangan 3-2 menewaskan Ukraine dalam aksi perlawanan yang dianggap sungguh menakjubkan itu.

Gini Wijnaldum, Wout Wehorst dan Denzel Dumfries berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol yang membantu skuad kendalian Frank de Boer mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan ini.

BACA:  Ole Gunnar Solskjaer Sebenarnya Terlalu Dimanjakan Ole Manchester United