Sehingga kini, para peminat masih psrcaya yang Brock Lesnar sememangnya gergasi dalam dunia gusti profesional.
Beliau terus menerus memukau peminat dengan kekuatan dan kemampuan beliau di atas gelanggang, baik dalam dunia WWE, mahupun MMA.
Kemampuan fizikal dan kekuatan yang beliau miliki tidak boleh dinafikan lagi dengan Lesnar jelas antara atlet yang paling digeruni.
Brock Lesnar hates Charles Robinson. π#WWECrownJewel pic.twitter.com/mlh5QRZlr7
β Fiending For Followers βΌοΈ (@Fiend4FolIows) October 21, 2021
Kemarin, Lesnar membuat kemunculan dengan wajah baru yang lebih ganas dan beliau telah turun beraksi buat pertama kalinya bersama WWE sejak dua tahun yang lalu.
Selepas lama berehat, Brock Lesnar membuat kemunculan semula untuk beraksi bertemu Roman Reigns dalam merebut gelaran Universal Champion di acara Crown Jewel.
Brock Lesnar lifted up the referee like he was a handbag π±
He was 80kg and Lesnar did it without even breaking a sweat. He is freakishly strong π³https://t.co/boOjBDhX71
β SPORTbible (@sportbible) October 23, 2021
Lesnar dikejutkan dengan kekalahan yang agak kontroversi dalam perlawanan tersebut selepas Roman Reigns menewaskan beliau hasil bantuan dari The Usos.
Perlawanan tersebut benar-benar mencuri perhatian peminat dengan kedua-dua Roman dan Brock telah mempamerkan aksi yang sangat menarik untuk ditonton.
Walau bagaimanapun, antara aksi paling menarik dari perlawanan tersebut adalah ketika melihat bagaimana Lesnar mengangkat pengadil dengan menggunakan sebelah tangan sahaja.
Charles Robinson tumbang di atas gelanggang selepas gerakan F5 Brock Lesnar ke atas Roman Reigns berakhir dengan melanggarnya.
Brock Lesnar picking up Charles Robinson with one hand. π #WWECrownJewel pic.twitter.com/AfKXnDNDqh
β CONNERπ¨π¦ (@VancityConner) October 21, 2021
Melihat pengadil tumbang, Lesnar mencekak belakang Robinson dan mengangkat beliau dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.
Bayangkan saya Brock Lesnar mengangkat Robinson seperti manusia biasa mengangkat bag galas, dengan beliau turut menghentak-hentak pengadil beberapa kali agar kembali bangun dan mengadili perlawanan.
Apa yang menariknya, pada tahun 2012 yang lalu, berdepan pengadil sama, Lesner turut melakukan hal yang hampir sama seperti apa yang berlaku dalam perlawanan ini.
Beliau ketika itu membuat kemunculan semula untuk beraksi bertemu John Cena di acara Extreme Rules, dan ketika Robinson tumbang, bekas Juara heavyweight dunia NCAA dan UFC itu tenang sahaja mengangkatnya untuk kembali masuk ke gelanggang.
Brock Lesnar is a Freaking Beast lol
Sorry Charles Robinson π€#WWECrownJewel #Smackdown #SurvivorSeries pic.twitter.com/iKo5RgmNPzβ Adesh Ajju (@AjjuAdesh1) October 22, 2021
Lesnar memegang rekod 106 kemenangan dan lima kekalahan ketika kariernya dalam gusti amatur, dan beliau dianggap atlet tempur yang sangat sempurna.
Beliau juga pernah bermain American Football secara profesional sebelum ini dan Lesnar walau mempunyai tubuh yang besar, namun beliau tetap seorang manusia yang aktif.
Beberapa tahun lalu, beliau dirakam serang bermain timbang bola dengan berapa orang penggusti lain seperti Randy Orton dan Cesaro menjelang acara Greatest Royal Rumble.
Brock Lesnar, Cesaro , Randy Orton Playing Football in Saudi Arabia#GRR #GreatestRoyalRumble pic.twitter.com/UgqrfcJ2rM
β Pro Wrestling Worldwide π€Ό (@ProWrestlingWW) April 27, 2018
Bola sepak nampak seperti bola ping-pong sahaja ketika dipegang oleh Lesnar, dan begitu jugalah bagaimana beliau melihat Robinson ketika mengangkat pengadil berpengalaman WWE itu.
Sumber: SPORTbible