Peminat Tertarik Dengan Nama Anjing Phil Foden

Bintang Manchester City, Phil Foden mencuri perhatian peminat selepas nama anjing peliharaannya tersebar di media sosial pada ketika ini.

Ramai yang percaya beliau sebenarnya sangat bijak dan kreatif dalam memilih nama anjingnya selepas beliau menamakan anjingnya bersempena nama penaja League Cup, ‘Carabao’.

Menurut laporan dari The Athletic, pemain midfield kelahiran Stockport itu telah membeli seekor anjing French bulldog sehari selepas kejayaan Manchester City menjuarai gelaran League Cup pada tahun lalu selepas menewaskan Aston Villa.

Sejak beliau berjaya masuk ke dalam skuad utama Man City pada tahun 2017 yang lalu, Foden tidak dinafikan telah memenangi pelbagai kejuaraan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Antara yang paling cemerlang adalah beliau berjaya menjulang empat kejuaraan League Cup secara berturut-turut.

Beliau juga turut tersenarai dalam senarai penjaring gol untuk Manchester City ketika menewaskan Wycombe Wanderers 6-1 di Etihad.

Foden bukanlah satu-satunya bintang Premier League yang mempunyai anjing peliharaan. Danny Ings, Jesse Lingard dan Marcus Rashford juga dikenali sebagai pencinta anjing dengan mereka mempunyai satu ke dua ekor setiap seorang.

Media UK turut melaporkan pada tahun lalu yang ramai bintang bola sepak yang melabur untuk membeli anjing penjaga, Chaperone K9 dengan Paul Pogba, John Terry, Jermaine Jenas dan Mark Noble antara yang memilikinya.

Sepertinya Foden terlalu selesa dengan Carabao Cup hingga memilih untuk menamakan anjing beliau dengan nama tersebut.

Marcos LIorente sebelum ini turut mencuri perhatian peminat selepas beliau memberi nama indah untuk anjing kesayangan beliau.

LIorente menamakan anjingnya dengan nama ‘Anfield’

Pencapaian Terbaik Marcos LIorente sepanjang kariernya adalah ketika aksi beliau bersama Atletico dalam saingan Champions League bertemu Liverpool pada musim lalu.

Bahkan, LIorente sebelum bertemu sang penakluk dunia itu, beliau tidak pernah menjaringkan sebarang gol dan assist dalam saingan Champions League.

Ketika aksi pertemuan bertemu Liverpool musim lalu, LIorente berjaya menjaringkan dua gol dan mencatatkan satu assists dalam membantu skuadnya menewaskan The Reds 3-2.

Beliau begitu gembira sehingga menamakan anjing peliharaannya ‘Anfield’.

Beliau telah memuat naik gambar anjingnya kelaman Instagram miliknya. Dan di dalam gambar tersebut, terlihat anjingnya sedang merenung keluar jendela.

Dengan tertera ucapan tertulis:

“Anfield sedang melihat dunia.”

Ini bermakna Anfield ditujukan kepada anjingnya yang berada didalam gambar. Sungguh hebat nama yang dipilih untuk anjingnya ya.

Marcos LIorente sememangnya seorang lelaki yang sangat menyukai anjing.

Jika dilihat di Instagramnya, selain gambar keluarga, beliau hanya akan muat naik gambar latihan, gambar berkaitan bola sepak dan gambar anjingnya.

Dari kesemua anjing yang beliau miliki, hanya seekor itu sahaja yang didedahkan nama gelarannya. Jika dilihat dari gambar, anjing itu berkemungkinan jenis baka bulldog.

Kini Marcos LIorente sudah mempunyai sesuatu untuk beliau terus mengimbau kembali detik indah ketika beraksi di Anfield.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Bukti Nyata Liverpool Dan City Terlalu Mendominasi Premier League Sejak Empat Musim Terakhir Ini