Given: Bukan Salah, Tetapi De Bruyne Lebih Berhak Dinamakan Pemain Terbaik Liga Musim Ini

Bekas penjaga gol Manchester City, Shay Given mendakwa Kevin De Bruyne lebih berhak dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Liga Perdana Inggeris berbanding Mohamed Salah.

Given berkata lagi De Bruyne berhak memenangi anugerah tersebut kerana sumbangan beliau dalam membantu Manchester City menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini.

Bakal juara Liga Perdana Inggeris 2017/2018

Pemain antarabangsa Belgium ini merupakan watak penting dalam skuad Pep Guardiola dimana beliau berjaya menjaringkan 7 gol dan mencipta 15 bantuan gol.

Walaubagaimanapun, De Bruyne menerima saingan sengit daripada pencabar terdekatnya yang juga pemain Liverpool iaitu, Mohamed Salah. Dari segi statistik, Salah lebih unggul dengan mendahului senarai penjaring gol ketika ini dengan 29 gol dalam Liga Perdana Inggeris, 5 gol melebihi penyandang kasut emas, Harry Kane.

Salah berada dalam prestasi terbaiknya ketika ini dimana beliau berjaya menemui jaring sebanyak 11 kali dari 8 perlawanan terakhirnya. Disamping Sadio Mane dan Roberto Firmino, mereka bertiga berjaya membantu Liverpool merapatkan jurang dengan penghuni tangga ke-2, Manchester United dalam misi untuk meraih slot automatik ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Akan tetapi, Given yang pernah menyarung jersi Manchester City bermula dari tahun 2009 sehingga 2011 berkata De Bruyne lebih berhak dinamakan sebagai pemain terbaik musim ini berdasarkan sumbangan beliau untuk membantu City meraih gelaran juara liga musim ini.

King of Egypt. Bakal pemenang kasut emas Liga Perdana Inggeris musim 2017/2018

“Anda tidak boleh menggambarkan prestasi cemerlang yang dipamerkan Kevin De Bruyne musim ini. Beliau merupakan pemain yang serba lengkap. Ramai bercakap mengenai kebolehan individu yang dimiliki beberapa pemain Manchester City tetapi sumbangan De Bruyne dalam memberikan assists kepada rakannya merupakan aksi bertaraf dunia.”

“Sudah tentu beliau juga menjaringkan beberapa gol untuk pasukannya, tetapi visi dan hantaran yang dimiliki beliau merupakan sesuatu yang cukup hebat. Pemain ini mampu melihat perkara yang tidak mampu dilihat pemain lain.”

“Bagi saya, De Bruyne adalah pemain terbaik musim ini. Sudah tentu, penyokong Liverpool tidak bersetuju dengan pendapat saya kerana Salah juga menunjukkan prestasi yang cemerlang.”

“De Bruyne juga akan meraih medal juara Liga Perdana Inggeris hujung minggu ini, jika tidak berlaku Sabtu ini mungkin pada minggu hadapan. Saya rasa De Bruyne mempunyai sedikit kelebihan berbanding Salah kerana pasukan yang diwakilinya”

“Tetapi Salah akan memenangi anugerah tersebut sekiranya kita bercakap mengenai musim lain dengan persembahan yang ditampilkannya bersama Liverpool.”

City akan mengesahkan gelaran juara Liga Perdana Inggeris sekiranya mereka mampu mencatatkan kemenangan ke atas pasukan jiran, Manchester United di Etihad Stadium hujung minggu ini.

Pernah menjadi penjaga gol utama City buat seketika sebelum digantikan oleh Joe Hart

Peminat City sudah tentu terdesak untuk meraikan kejuaraan liga di hadapan peminat Manchester United tetapi Given berpendapat Guardiola mungkin merehatkan beberapa pemain utama bagi menghadapi Liverpool dalam perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara.

“Ia bakal menjadi pengalaman yang menakjubkan sekiranya mereka mampu mengesahkan kejuaraan liga dengan menewaskan musuh tradisi mereka.”

“Tetapi apa yang menjadi masalah buat City ketika ini adalah mereka perlu menghadapi Liverpool. Mereka perlu mengharungi perlawanan sukar di Anfield Khamis ini dan perlawanan timbal balik pada minggu hadapan.”

“Jika City berjaya menewaskanManchester United Sabtu ini, ia bakal menjadi pengalaman yang bermakna buat peminat mereka.Tetapi saya rasa Guardiola sudah mengalihkan fokusnya terhadap Liverpool dan mereka mungkin akan merehatkan beberapa pemain ketika bertemu United bagi memastikan mereka cergas untuk perlawannan timbal balik menentang Liverpool.”

BACA:  Ibrahima Konate Akui Kecewa Dengan Prestasi Bersama Liverpool Musim Lalu