Kejayaan Liverpool menjulang Perisai Komuniti membuatkan peminat Manchester United kehairanan. Mana tidaknya, dulang tersebut tidak bermakna langsung di mata mereka.
Ianya hanya piala pra musim yang setaraf denga Piala Bangkok Century yang ada replika stadium dengan kipas RGB dikuasakan teknologi terkini.
Malah mereka berpendapat Piala RGB tersebut lagi bagus daripada Perisai Komuniti yang dimenangi Liverpool.b
Bread Bitt tanpa ragu mengiktiraf bahawa piala dimenangi Manchester United jauh lebih baik.
United is still better. pic.twitter.com/c1aNmb92zi
— 𝕭𝖗𝖊𝖆𝖉 𝕻𝖎𝖙𝖙 (@BlvdTheGoat) July 30, 2022
Man Hag menegaskan bahawa Bangkok Century Cup lebih baik daripada apa yang dimenagi Liverpool malam tadi.
Bangkok Century Cup is better >>> pic.twitter.com/ygGOoUJtkz
— Man Hag 🇳🇱 (@_aimn_hziq) July 30, 2022
Lanree berkata: “Jika kamu menganggap Perisai Komuniti itu satu piala, maka kamu harus mengira Bangkok Century Cup sebagai piala juga,” kata beliau meminta agar piala RGB itu diletakkan sama darjatnya dengan Perisai Komuniti yang menemukan juara EPL musim lalu dengan juara 2 piala domestik.
Lol,if you are going to count Community shield as a trophy,then you should count Bangkok century cup
— L4nre🎭 (@lanrrrre) July 30, 2022
James menjelaskan: “Perisai Komuniti ni bagus, tapi masih tidak setanding Bangkok Century Cup.”
The Community Shield is good….but it's no Bangkok Century Cup. 🏆
— James O'Donoghue (@odonoghuejames) July 30, 2022
Alfonso Pippin mengingatkan kembali bahawa Manchester United sebelum ini menghalang Liverpool daripada menjuarai Bangkok Century Cup, itupun The Reds masih beriya nak celebrate Perisai Komuniti.
Liverpool celebrating the community Shield while we smashed them 4-0 in the Bangkok Century Cup #BangkokCenturyCup #MUFC #ManUtd #CommunityShield #ManchesterU #united #Ronaldo #TenHagRebuild #Darwin Nunez pic.twitter.com/ve4WkktRGF
— Alfonso Pippin (@Cherno_Samba10) July 30, 2022
Bangkok Century Cup lebih bergengsi dek https://t.co/zFUXsTaneT
— Mas Eye (@yeremiakrisanto) July 30, 2022
Community Shield 2022/23: Liverpool 3-1 Manchester City
Community Shield bagi musim 2022/23 telah pun berlangsung dengan menemukan pasukan juara Premier League. Manchester City menentang bakal juara semua piala musim ini, Liverpool yang merupakan juara Piala FA.
Berlangsung Community Shield atau Perisai Masyarakat ini menjadi satu perlambangan bahawasanya musim baharu Premier League akan bermula kurang seminggu lagi.
Bagi pasukan yang bertanding merebut perisai masyarakat, perlawanan ini boleh diangap sebagai penutup sebenar kepada jelajah pra-musim pasukan.
Perlawanan antara yang dinanti peminat bola sepak bagi melihat adaptasi Erling Braut Haaland bersama City dan juga Darwin Nunez yang memegang tanda harga yang tinggi.
9 – Both teams have scored in eight of the last nine meetings between Man City and Liverpool in all competitions, including each of the last five in a row. In the three games between the sides last season, both teams scored at least twice each time (2-2, 2-2, 3-2). Glut. pic.twitter.com/8GYsv0zais
— OptaJoe (@OptaJoe) July 30, 2022
Permainan pressing bertekanan tinggi dipamerkan menyaksikan tiada aksi menarik yang ditampilkan untuk tempoh 20 minit pertama.
Selepas perlawanan penuh membosankan akhirnya Liverpool mencipta bahaya namun mudah dipatahkan Manchester City.
Tidak lama selepas itu Liverpool berjaya di hadapan melalui jaringan Trent Alexander Arnold.
Liverpool saling bertukar hantaran dan berlegar di kawasan Manchester City, hantaran Mohamed Salah kepada Trent Alexander Arnold.
Tanpa berlengah Trent Alexander Arnold cuba melakukan hantaran namun terkena kepala Nathan Ake yang terus menerjah jaring.
Kemudian permainan kembali membosankan di mana Manchester City melakukan satu dua percubaan namun gagal menghasilkan gol.
10 – 10 of Trent Alexander-Arnold's 13 goals for Liverpool in all competitions have been scored from outside the box (77%). Since his club debut in October 2016, only Mo Salah (11) has scored more goals for the Reds from outside the box. Range. pic.twitter.com/f8x4XizWUY
— OptaJoe (@OptaJoe) July 30, 2022
Gol Trent Alexander Arnold pada minit ke-21 kekal hingga tamat 45 minit pertama.
Kemunculan yang dinanti tiba apabila Darwin Nunez dimasukkan menggantikan Roberto Firmino pada minit ke-59. Julian Alvarez membuat penampilan dengan masuk menggantikan Riyad Mahrez.
Manchester City berkerja keras mencari gol penyamaan, Erling Braut Haaland memperoleh beberapa peluang untuk menjaringkan gol tetapi gagal disudahkan.
Pada minit ke-70 Julian Alvare berjaya menyamakan kedudukan namun video assistant referee (VAR) campur tangan kerana ada unsur subahah untuk gol itu.
3 – Julián Álvarez is the third Argentinian to score in the Community Shield, after Sergio Agüero (x2) and Carlos Tevez, with all three players netting for Manchester City. Pathway. pic.twitter.com/QMi3R5LvPV
— OptaJoe (@OptaJoe) July 30, 2022
Selepas penelitian dilakukan maka VAR telah mengekalkan keputusan dan gol Julian Alvarez telah disahkan untuk kedudukan kembali seimbang.
Ketika perlawanan berbaki 7 minit, Liverpool memperoleh sepakan penalti yang pada mulanya tidak diendahkan pengadil namun campur tangan video assistant referee (VAR) telah mengubah keputusan awal pengadil.
Dalam pemerhatian lanjut VAR jelas kelihatan bola telah terkena tangan Ruben Dias untuk sepakan penalti buat Liverpool walaupun Dias membantah keras keputusan pengadil.
Mohamed Salah tiada masalah untuk menjaringkan penalti walaupun Ederson Morais hampir saja membuat penyelamatan namun sepakan Salah terlalu laju.
13 – Mo Salah has been directly involved in 13 goals for Liverpool against Manchester City (8 goals, 5 assists), his most against a single side for the Reds. His eight goals against Man City since 2017-18 is the most any player has scored vs the Citizens in this time. Nemesis. pic.twitter.com/d1z2xmggWa
— OptaJoe (@OptaJoe) July 30, 2022
Manchester City mula menekan butang panik untuk kembali menyamakan kedudukan dan berusaha keras untuk mencari gol yang diperlukan tetapi sebaliknya terjadi.
Darwin Nunez yang agak dipertikaikan prestasinya lantaran tanda harga yang tinggi membuktikan pembeliannya adalah tepat dengan menjaringkan gol ketiga.
Hantaran melalui sundulan dari Andrew Robertson berjaya disudahkan Darwin Nunez juga melalui kepala dan gol itu diraikan dengan bukaan baju mempamerkan susuk tubuh yang berketak-ketak.
Gol penghujung perlawanan dari Nunez ini terus membunuh perlawanan dan kerana keraiannya itu, Darwin Nunez telah dilayangkan kad kuning.
4 – Darwin Núñez is the fourth player to score on his debut for Liverpool under Jürgen Klopp, after Sadio Mané, Mo Salah and Virgil van Dijk. Fantastic. pic.twitter.com/xyHQcc8lIk
— OptaJoe (@OptaJoe) July 30, 2022
Darwin Nunez menjadi pemain keempat Liverpool yang menjaringkan gol dalam debut dibawah Jurgen Klopp selepas Sadio Mane, Mohamed Salah dan Virgil van Dijk.
Kemenangan mutlak buat Liverpool yang sememangnya memulakan musim 2022/23 dengan langkah kanan bagi menjadi juara semua kejohanan musim ini.
Kesebelasan utama Liverpool (4-1-2-3) Adrian; Trent Alexander-Arnold, Joel Matip, Virgil van Dijk, Andrew Robertson; Fabinho; Jordan Henderson, Thiago; Mohamed Salah, Roberto Firmino, Luis Diaz.
Pemain simpanan : Davies, Joe Gomez, Ibrahima Konate, James Milner, Naby Keita, Jones, Harvey Elliott, Darwin Nunez, Carvalho.
Kesebelasan utama Manchester City (4-1-2-3) Ederson; Kyle Walker, Dias, Ake, Cancelo; Rodri; De Bruyne, Bernardo; Mahrez, Haaland, Grealish.
Pemain simpanan : Ortega Moreno, Phillips, Stones, Gundogan, Alvarez, Foden, Mbete, Palmer, Wilson-Esbrand.