Harry Maguire Dianggap Penandatanganan Paling Gagal Dalam Sejarah Dunia Bola Sepak

Para penyokong Manchester United membantai Harry Maguire tanpa belas selepas pertahanan England itu sekali lagi mempamerkan aksi dungu yang menyebabkan gawang gol setan merah dibolosi.

Para penyokong bengang melihat aksi huru hara dan hambar Maguire ketika bertemu Atalanta dalam saingan Champions League awal pagi tadi.

Beliau turut dipersalahkan menjadi punca mengapa Atalanta berjaya menjaringkan gol kedua mereka dalam perlawanan ini.

Bekas bintang Leicester City itu bermain high line ketika Atalanta sedang mahu melakukan serangan balas, dan kerana itu beliau secara tidak langsung telah meletakkan Zapata di posisi onside.

Apa yang lebih teruk lagi, beliau gagal untuk mengejar Zapata dan menyebabkan gawang gol Manchester United dibolosi buat kali kedua dalam perlawanan ini.

Pemain kebangsaan England itu dilihat masih huru hara dan gagal untuk mempamerkan aksi persembahan terbaiknya dalam perlawanan ini.

Melihat kepada aksi buruk dan dungu beliau, Maguire teruk kena bantai dengan para penyokong di media sosial yang tidak henti-henti memaki hamun pemain pertahanan termahal dunia itu.

“Saya rasa Maguire merupakan penandatanganan paling teruk dalam dunia bola sepak.”

“Saya tak rasa dia ni pandai main bola, kalau Ole dianggap tak ada perancangan, Maguire ni kita boleh anggap dia langsung tak berguna.”

“Bukan satu dua perlawanan, tapi hampir setiap perlawanan dia akan buat benda macam ni, tolong jangan bagi dia terus jadi ketua pasukan.”

“Dia tak layak untuk jadi ketua pasukan, adakah kita sanggup untuk tengok kelab kesayangannya kita diketuai oleh pemain macam Maguire?”

“Saya rasa Leicester City sendiri pun tak sudi terima Maguire semula walau kita bagi secara percuma. Pemain paling teruk dalam skuad ketika ini.”

Apa yang menariknya, Maguire dalam perlawanan ini nampak semakin dungu selepas Eric Bailly mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan.

Bailly membuktikan yang beliau lebih berhak untuk diturunkan sebagai kesebelasan utama berbanding Maguire dengan mempamerkan aksi persembahan yang sungguh mengagumkan.

Highlights Aksi Manchester United Bertemu Atalanta

Perlawanan wajib menang buat Manchester United menentang Atalanta bukan sahaja untuk mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati tetapi untuk meneruskan kelangsungan hidup Ole Gunnar Solskjaer.

Pengurus dari Norway itu terus mengekalkan formula terbaru dengan bermain dengan menggunakan tiga pertahanan di mana Victor Lindelof digantikan dengan Eic Bailly.

Harapan untuk melihat gandingan Cristiano Ronaldo dan Edison Cavani tidak kesampaian apabila Marcus Rashford diturunkan. Fred direhatkan dan Paul Pogba bermula dari kesebelasan utama.

Cristiano Ronaldo tidak menunggu lama, usai perlawanan bermula terus melakukan percubaan jarak jauh tetapi mudah buat penjaga gol Atalanta, Juan Musso untuk menangkap kemas.

Pada minit ke-4 cubaan Scott McTominay untuk melencongkan bola telah dihadang pemain Atalanta dan bola terbias ke gawang yang terbuka di mana penjaga gol sudah mati langkah.

Namun bola yang meleleh itu dilihat oleh semua pemain tidak mahu menerjah gawang dan terkena tiang.

Pada minit ke-10 Atalanta terlebih dulu membuka tirai jaringan dengan satu penyudah penuh ketenangan dari Josip Ilicic yang menerima hantaran cantik Duvan Zapata.

Kesilapan dari De Gea?

Pengadil kemudian merujuk kepada Video Assistant Referee (VAR) untuk meneliti kembali jaringan Josip Ilicic yang disyaki ada kecurangan.

Selepas pemeriksaan lanjut dilakukan VAR tiada sebarang keraguan dalam gol tersebut dan disahkan.

Manchester United kemudiannya cuba mencari gol penyamaan dengan mengasak ke kubu Atalanta namun kegarangan semakin kendur selepas perlawanan menghampiri 30 minit.

Duvan Zapata telah melakukan satu percubaan selepas kesilapan Paul Pogba yang menghantar kepada lawan namun Eric Bailly pantas melakukan hadangan penting.

VAR sekali lagi mengesyaki kecurangan di mana Zapata mendakwa bola terkena tangan Eric Bailly, selepas penelitian tiada kesalahan dan bola terkena bahu Bailly.

Permainan Manchester United semakin berterabur dan tidak jelas apabila mudah ditembusi, rembatan Zapata sekali lagi dihadang oleh Bailly.

Perlawanan dihentikan seketika kerana Raphael Varane yang baru kembali dari kecederaan tiba-tiba terduduk sendirian di padang tanpa ada sesiapa yang berdekatan.

Pada minit ke-38 Raphael Varane terus dikeluarkan dan agak mengejutkan apabila Mason Greenwood menjadi pengganti. Setan Merah bermain dengan 4 pertahanan.

Atalanta bermain dengan padat memenuhkan segenap ruang bagi menutup peluang hantaran yang cuba dilakukan oleh Manchester United yang garang menyerang kembali.

Akhirnya di penghujung babak pertama gol penyamaan hadir melalui siapa lagi kalau bukan Cristiano Ronaldo dari satu permainan yang genius.

Ronaldo menghantar bola kepada Mason Greenwood yang terus melorongkan bola kepada Bruno Fernandes yang berada di kedudukan yang sedap untuk menjaringkan gol.

Bruno Fernandes berjaya lolos dan seakan cuba merembat namun Bruno Fernandes membuat hantaran backheel mencari Ronaldo yang pantas datang merembat.

Ada mata ke kat belakang kepala Bruno?

Garang permainan separuh masa kedua Setan Merah, rembatan Bruno Fernandes berjaya dihadang sejurus selepas itu percubaan Mason Greenwood terkena tiang sebelum disahkan offside.

Eric Bailly yang merungut tidak dapat bermain dengan pemain tidak cergas diberi peluang menunjukkan bukti kenapa beliau layak beraksi apabila terus menjadi penghalang percubaan Atalanta.

Pada minit ke-57 Duvan Zapata menggandakan kedudukan dengan satu penyudah yang tidak boleh bawa bincang membuatkan David De Gea dan Harry Maguire kelam kabut.

VAR segera dirujuk pengadil kerana ada unsur offside dan jelas dari ulang tayang tiada keraguan dan agak lama VAR menilai sebelum gol itu dibenarkan.

Tanpa Raphael Varane dan selepas gol kedua Atalanta Harry Maguire semakin kelakar seperti sebelum-sebelum ini.

Manchester United semakin berterabur dan tidak jelas apa yang mahu mereka lakukan dan Atalanta semakin garang mengambil peluang yang terhidang.

Selain Bailly yang cemerlang, David De Gea juga melakukan beberapa kerja menyelamat bagi menghalang Atalanta melebarkan kedudukan.

Donny Van De Beek akhirnya mendapat peluanga untuk beraksi pabila masuk mengantikan Scott McTominay. Ada impak yang ditunjukkan Van De Beek walaupun lama tidak beraksi

Cristiano Ronaldo sekali lagi menjadi penyelamat apabila hadir dengan gol penyamaan apabila merembat cantik tolakan Mason Greenwood. Satu teknik yang padu.

Sekali lagi Manchester United melakukan kebangkitan sensasi ke atas Atalanta dan kali ini gol minit akhir bukan gol kemenangan. Ronaldo sekali lagi menjadi watak utama.

Kesebelasan Utama Atalanta: Musso, de Roon, Demiral, Palomino, Zappacosta, Freuler, Koopmeiners, Maehle, Ilicic, Pasalic, Zapata.

Pemain simpanan: Muriel, Pezzella, Malinovsky, Djimsiti, Scalvini, Sportiello, Miranchuk, Lovato, Piccoli, Rossi.

Kesebelasan Utama Manchester United: David de Gea, Aaron Wan Bissaka, Eric Bailly, Raphael Varane, Harry Maguire, Luke Shaw, Bruno Fernandes, Scott McTominay, Paul Pogba, Marcus Rashford, Cristiano Ronaldo.

Pemain simpanan: Juan Mata, Abthony Martial, Mason Greenwood, Jessy Lingard, Fred, Diogo Dalot, Edison Cavani, Jadon Sancho, Dean Henderson, Alex Telles, Nemanja Matic, Donny van de Beek.

Pengadil: Slavko Vincic (Slovenia).

BACA:  Ten Hag Cabar Maguire Buktikan Kemampuan Diri Atau Berambus Sahaja Dari Man Utd