Pendapatan Kelab-Kelab Liga Perdana Inggeris 2023-24

Manchester City Raih £175.9 Juta Selepas Menjuarai Liga Perdana Inggeris Buat Kali Keempat Berturut-turut

Pada musim lepas Manchester City telah berjaya meraih gelaran Liga Perdana Inggeris untuk kali keempat berturut-turut. Kelab itu membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak £175.9 juta.

Pasukan kendalian Pep Guardiola sekali lagi menamatkan musim di puncak liga dan memastikan dominasi mereka diterjemahkan ke dalam pulangan kewangan yang besar.

Laporan tahunan Liga Perdana yang diterbitkan pada minggu ini menunjukkan jumlah yang diperoleh City sedikit kurang berbanding musim sebelumnya (£176.2 juta pada 2022-23) tetapi masih tinggi daripada mana-mana kelab lain.

Arsenal, yang menamatkan saingan di tempat kedua, memperoleh £175.5 juta manakala Liverpool di tempat ketiga menerima £171 juta.


Bagaimana Hadiah Wang Liga Perdana Diagihkan?

Pembayaran merit Liga Perdana menetapkan bahawa setiap kedudukan di liga bernilai sekitar £2.8 juta. Namun jumlah akhir yang diterima setiap kelab turut dipengaruhi oleh jumlah perlawanan yang disiarkan secara langsung kepada penonton domestik.

Sebagai contoh, Tottenham, yang menamatkan musim di tempat kelima memperoleh £164.6 juta, lebih tinggi daripada Aston Villa (£162.4 juta) yang berada di tangga keempat kerana Spurs mempunyai 6 perlawanan tambahan yang disiarkan secara langsung.

Everton yang berada di kedudukan ke-15 juga memperoleh lebih banyak (£132.2 juta) berbanding 3 kelab di atasnya iaitu Wolves (£130 juta), Fulham (£128.6 juta) dan Bournemouth (£131.5 juta) kerana perlawanannya disiarkan secara langsung sebanyak 23 kali sepanjang musim itu.

Manchester United yang menduduki tempat kelapan memperolehi £156.2 juta manakala Chelsea yang menamatkan musim di tangga keenam menerima £159.2 juta, peningkatan ketara daripada musim sebelumnya (£137.7 juta).

Menamatkan liga di kedudukan tercorot juga lebih menguntungkan berbanding musim sebelumnya. Sheffield United yang hanya mengutip 16 mata sepanjang musim tetap membawa pulang £109.7 juta dalam tempoh singkatnya di liga utama.


Pendapatan Liga Perdana 2023-24

Musim 2023-24 merupakan tahun kedua dalam kitaran hak penyiaran 3 tahun Liga Perdana. Secara amnya ia mencerminkan musim sebelumnya dan memberikan gambaran tentang pendapatan kelab pada musim ini.

Setiap kelab akan mendapat wang sebanyak £86.9 juta daripada hak penyiaran domestik dan antarabangsa serta tambahan £8.2 juta daripada pendapatan komersial. Selebihnya ia akan bergantung kepada kedudukan liga dan bayaran fasiliti yang diberikan setiap kali perlawanan ditayangkan secara langsung kepada penonton domestik.

Jadual di bawah menunjukkan jumlah pendapatan merit bagi setiap pasukan. Kiraan dibawah tidak termasuk bahagian sama rata (£86.9 juta setiap kelab), pendapatan komersial (£8.2 juta setiap kelab) dan bayaran fasiliti (berubah-ubah mengikut jumlah siaran langsung).

  1. £33.8 juta, £175.9 juta; Manchester City
  2. £32.1 juta, £175.5 juta; Arsenal
  3. £30.4 juta, £171.0 juta; Liverpool
  4. £28.7 juta, £162.4 juta; Arsenal
  5. £27.0 juta, £164.6 juta; Tottenham
  6. £25.3 juta, £159.2 juta; Chelsea
  7. £23.6 juta, £154.7 juta; Newcastle
  8. £22.0 juta, £156,2 juta; Manchester Utd
  9. £20.3 juta, £147.4 juta; West Ham
  10. £18.6 juta, £139.6 juta; Crystal Palace
  11. £16.9 juta, £136.8 juta; Brighton
  12. £15.2 juta, £131.5 juta; Bournemouth
  13. £13.5 juta, £128.6 juta; Fulham
  14. £11.8 juta, £130.0 juta; Wolves
  15. £10.1 juta, £132.2 juta; Everton
  16. £08.4 juta, £124.3 juta; Brentford
  17. £06.8 juta, £123.3 juta; Nott’m Forest
  18. £05.1 juta, £115.4 juta; Luton
  19. £03.4 juta, £110.1 juta; Burnley
  20. £01.7 juta, £109.7 juta; Sheff United

*Kedudukan liga, Pendapatan merit, jumlah hasil keseluruhan, kelab

Pendapatan ini menunjukkan betapa pentingnya hak penyiaran dalam menentukan jumlah yang diperoleh setiap kelab di samping prestasi mereka di atas padang.

BACA:  Guardiola Berjaga-Jaga Dengan Ancaman Yang Dibawa Vardy