Manchester City Hampir Pasti Dapatkan Rice

Manchester City selama ini hanya memerhatikan dari kejauhan, proses bidaan oleh Arsenal dalam usaha mereka mahu membeli Declan Rice daripada West Ham.

Bukan sekali tawaran rasmi Arsenal ditolak, namun dua kali. Dengan tawaran terakhir kelab itu bernilai keseluruhan £90 juta termasuk bonus.

Namun West Ham tetap menolak tawaran itu. West Ham sebenarnya hampir berlembut hati dengan angka £90 juta itu selepas meminta harga yahudi mabuk £100 juta untuk pemain tersebut.

Namun masalahnya, West Ham tak gembira dengan bonus £15 juta yang dianggap tidak realisitik dan tak boleh dicapai itu.

Kini Manchester City dilaporkan oleh media pakar perpindahan dari Itali, Gianluca Di Marzio sedang mendahului persaingan mendapatkan Declan Rice.

Man City sedia menawarkan angka yang sama dengan bonus yang sama. Namun membayar dengan 2 kali ansura aeon. Tetapi West Ham dikatakan lebih yakin dengan pakej bonus diberikan Man City kepada mereka.

Man City mahu memastikan Rice sedia menyertai mereka barulah mereka akan membuatkan rundingan ini ke tahap advance.

Dilaporkan Rice yang sudah berjanji dengan Arteta dia akan menyertai pasukan itu, telah berpaling tadah dan membuka pintu hatinya juga untuk Man City.

Ibarat trofi EPL yang melekat lebih 240 hari bersama Arsenal, namun akhirnya cuma menjaga jodoh orang lain.

Adakah itu akan menimpa Arsenal sekali lagi?

Gianluca Di Marzio tanpa risaukan perasaan penyokong Arsenal malah memberitahu bahawa Manchester City yakin bahawa Rice akan memilih Manchester City berbanding Arsenal.

Dan kini kem Arsenal mulai resah. Dalam proses mereka menyediakan bidaan ketiga, mereka sedang diganggu oleh Man City.

Jika sebelum ini Arsenal selalu stay humble, kali ini, mereka kelihatan agak tidak begitu selesa jika disailang Man City sekali lagi.

Arsenal telah menghabiskan masa mereka sepanjang jendela perpindahan ini hanya untuk Rice. Dan kini boleh berpotensi melopong melihat pemain itu menyertai Man City.

Arsenal yang sudah membenarkan Granit Xhaka meninggalkan kelab itu, kemudian sudah memberitahu Thomas Partey pemain itu tak diperlukan lagi di Arsenal dan mahu dijual ke Arab Saudi.

Mereka terdesak mahukan pemain tengah berkualiti untuk mencabar kejuaraan liga sekali lagi. Dan berusaha membawa Liga Juara Juara Eropah ke Emirates dengan kualiti skuad yang ada.

Declan Rice dianggap penyelesaian masalah tengah Arsenal. Dia memiliki kualiti sebagai pemain tengah dan merupakan pemimpin sejati ketika di West Ham.

Selain daripada Rice, The Gunners turut berminat mendapatkan Moises Caicedo. Namun mereka akan disaingi oleh Chelsea.

Manchester City turut berusaha keras mencari pengganti Ilkay Gundogan yang rasmi dilepaskan secara percuma selepas kontraknya berakhir.

Declan Rice yang digelar Safiq Rahim England itu menjadi sasaran Guardiola pada kali ini.

Mengambil kira hakikat bahawa dia pemain kebangsaaan England yang masih muda dan juga berstatus homegrown. Itu yang membuatkan Guardiola terliur mahukannya.

David Ornstein juga menyatakan bahawa Arsenal kini bersaing dengan kelab terkaya dan paling berjaya di dunia dalam beberapa musim ini. Mereka hanya berharap kepada Declan Rice untuk memberikan kata putus bahawa dia benar benar mahu bermain di bawah Mikel Arteta.

Amat sukar untuk Arsenal bersaing dengan Man City pada masa ini. Namun kem Arsenal kekal percaya mereka masih boleh memujuk Declan Rice untuk menyertai mereka.

Kerana mereka kelab yang stay humble dan boleh menjanjikan pemain itu minit permainan yang banyak. Serta seorang pengurus yang berdedikasi tinggi.

BACA:  Premier League 2019/20: Manchester City 3-0 Arsenal