Premier League 2019/20: Manchester City 3-0 Arsenal

Saingan Liga Perdana Inggeris kembali bersambung selepas digantung hampir tiga bulan ekoran dari penularan wabak Koronavirus.

Perlawanan pembukaan semula saingan premier league telah menemukan pasukan Sheffield United menentang Aston Villa yang berkesudahan dengan keputusan seri 0-0.

Arsenal turun ke Etihad Stadium dengan harapan untuk menang dan memastikan tempat mereka layak ke kejohanan Eropah musim hadapan.

Gawang Arsenal diuji beberapa kali pada awal minit perlawanan dan the Gunners terpaksa melakukan dua pertukaran awal kerana kecederaan pemain.

Granit Xhaka terpaksa dikeluarkan seawal minit ke-8 perlawanan dan tempatnya digantikan oleh Dani Ceballos.

Pada minit ke-24 perlawanan pula, Mikel Arteta terpaksa mengeluarkan Pablo Mari yang mengalami kecederaan dan memasukkan David Luiz.

Bintang Brazil itu masuk sebagai pemain simpanan dan telah melakukan dua kesilapan hingga menyebabkan pasukannya dibolosi dan beliau dibuang padang.

Ketika masa kecederaan babak pertama, hasil hantaran lintang dari Kevin De Bruyne, Raheem Sterling berjaya membuka tirai jaringan untuk pasukan Manchester City.

De Bruyne menghantar bola ke arah kotak penalti pasukan Arsenal dan bola itu melintas betul-betul dihadapan David Luiz. Sayangnya beliau tidak dapat mengeluarkan bola tersebut dari kawasan bahaya dan beliau sama sekali gagal untuk menahan kemas bola tersebut.

Sterling yang berada dibelakang David Luiz, menerima bola muntahan hasil hantara De Bruyne, lalu beliau melepaskan rembatan padu untuk menewaskan Leno.

David Luiz mengakui kesilapan beliau kerana gagal untuk mengawal bola hantara De Bruyne hingga menyebabkan gawang pasukannya dibolosi.

Tamat separuh masa pertama, City mendahului Arsenal dengan keputusan 1-0, masuk saja babak kedua perlawanan, David Luiz sekali lagi melakukan kesilapan dengan mengasari Riyad Mahrez di dalam kotak penalti pasukannya.

Manchester City dihadiahkan sepakan penalti dan David Luiz pula dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan.

Kevin De Bruyne tenang untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut untuk memastikan jaringan kedua buat pasukannya.

Bermain dengan 10 pemain, Arsenal cuma mampu untuk bertahan dan mereka gagal untuk menghasilkan sebarang cubaan tepat kearah gawang gol City.

Pada minit-minit akhir perlawanan, hasil dari permainan satu dua antara Sterling dan Aguero, gawang Arsenal di uji dan bola rembatan Aguero muntah lalu singgah ke kaki Phil Foden yang menolak bola masuk ke gawang the Gunners.

Perlawanan tamat dengan kemenangan berpihak kepada Manchester City dengan keputusan 3-0, maka sekiranya Liverpool menang ke atas Everton hujung minggu nanti, mereka masih belum boleh ditabalkan sebagai Juara musim ini.

Kesebelasan Utama Manchester City VS Arsenal

Manchester City

Ederson, Kyle Walker, Benjamin Mendy, Aymeric Laporte, Eric Garcia, David Silva, IIkay Gundogan, Kevin De Bruyne, Riyad Mahrez, Gabriel Jesus, Raheem Sterling.

Arsenal

Bernd Leno, Kieran Tierney, Pablo Mari, Shkodran Mustafi, Hector Bellerin, Granit Xhaka, Matteo Guendouzi, Joseph Willock, Bukayo Saka, Pierre Emerick Aubameyang, Edward Nketiah

BACA:Β  "Barca Mana Ada Duit Beli Saya"- Haaland Label Barcelona Kelab Miskin