Pengadil Kontroversi VAR Batalkan Gol Luis Diaz Dipilih Bertugas Kendali Perlawanan Liverpool vs Man Utd

Liverpool akan melayan kunjungan Manchester United di Anfield pada Ahad ini namun penyokong kelab Merseyside itu kini merasa jelek dengan pemilihan pengadil oleh Premier League untuk perlawanan tersebut.

Penyokong Liverpool sudah pasti berada di dalam mood penih keyakinan menentang seteru mereka itu pada musim ini berdasarkan prestasi semasa skuad kendalian Jurgen Klopp dan masalah prestasi yang membelengu Manchester United.

The Reds kini menduduki tangga teratas Premier League selepas 16 perlawanan, dengan kelebihan satu mata di atas Arsenal dan dua mata di atas Aston Villa di kedudukan ketiga.

Kemenangan ke atas United juga akan memastikan Liverpool terus mempunyai kelebihan ke atas Man City yang kini ketinggalan empat mata di kedudukan keempat.

United pula kini berada di kedudukan keenam dan 10 mata di belakang Liverpool setelah tewas tujuh perlawanan pada musim ini.

Skuad kendalian Klopp kini sudah tidak tewas dalam sembilan perlawanan Premier League, dan satu-satunya kekalahan yang dihadapi pasukan itu setakat ini adalah ketika kontroversi VAR dalam perlawanan menentang Tottenham pada 30 September lalu.

Perlawanan yang menyaksikan Liverpool mengakhiri perlawanan dengan sembilan pemain itu dipalit dengan kontroversi keputusan VAR yang memadam gol Luis Diaz yang didakwa offside.

Pada ketika itu penyerang antarabangsa Colombia itu menjangkakan dirinya berjaya menjaringkan gol pertama pasukannya – hanya untuk dibatalkan penjaga garisan.

Pegawai VAR bertugas diketuai oleh Darren England dan pembantunya Dan Cook menyemak rakaman jaringan tersebut menggunakan teknologi VAR namun kesilapan komunikasi menyebabkan pengadil di atas padang, Simon Hooper mengekalkan keputusan tersebut.

Mereka kemudiannya memaklumkan kepada Hooper untuk mengekalkan keputusan membatalkan jaringan itu, dan perlawanan dimulakan semula oleh Tottenham dengan sepakan percuma.

Kedua-duanya menyedari kesilapan yang mereka lakukan selepa itu, tetapi protokol sememangnya mengatakan keputusan tidak lagi boleh diubah sebaik sahaja perlawanan telah dimulakan semula.

Insiden tersebut mencetuskan kritikan terhadap kemampuan VAR sehingga Klopp mencadangkan agar perlawanan tersebut diadakan semula.

Terkini, penyokong Liverpool pastu tidak gembira apabila mendapat perkhabaran Cook akan kembali bertugas membabitkan perlawanan pasukan mereka pada Ahad ini.

Walaubagaimanapun penyokong Liverpool boleh menarik nafas lega kerana Cook tidak akan mengendalikan VAR kali ini sebaliknya telah dilantik sebagai salah seorang pembantu pengadil untuk perlawanan menentang United.

England dan Cook sebelum ini digugurkan daripada mengendalikan perlawanan Premier League untuk satu perlawanan sebelum dipanggil kembali untuk menyambung tugas.

BACA:  FA Cup Suku Akhir: Leicester City 3-1 Manchester United