Pengurus Sebuah Pasukan Di Serie C Digantung 5 Bulan Gara-Gara Meniru Aksi ‘Zidane’

Masih kah anda ingat apa yang berlaku dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2006 yang menemukan Perancis dan Itali ?

Walaupun Itali muncul juara dalam Piala Dunia tahun tersebut, perlawann itu juga diingati jutaan peminat bola sepak seluruh dunia kerana aksi ‘headbutt’ Zinedine Zidane terhadap pemain pertahanan Itali, Marco Materazzi pada masa tambahan.

Gambar paling ikonik pada tahun 2006. Padan muka kau Materazzi

Zidane dilayangkan kad merah atas perbuatan tersebut dan Materazzi diingati sebagai pemain bermulut ‘celupar’ sehingga ke hari ini.

Tapi kita bukan ingin bercakap mengenai Zidane atau Materazzi dalam artikel ini. Dalam satu perlawanan Serie C yang menemukan Lucchese menentang Alessandria hujung minggu lalu, satu insiden yang hampir sama seperti Piala Dunia 2006 telah berlaku.

Pengurus Lucchese, Giancarlo Favarin telah ‘menanduk’ pembantu pengurus Alessandria, Gaetano Mancino sehingga menyebabkan mangsa jatuh dan tidak bangun-bangun.

Akibat insiden tersebut, Favarin menerima hukuman penggantungan selama 5 bulan atas tindakannya menanduk pembantu pengurus pasukan Alessandria.

Favarin bukan satu-satunya individu yang dihukum akibat kejadian tersebut. Mangsa ‘headbutt’, Mancino turut menerima hukuman penggantungan sebanyak 2 perlawanan kerana mengeluarkan kata-kata berbentuk provokasi terhadap pengurus pasukan lawan.

Menurut Football Italia, Favarin mendakwa Mancino memprovokasi beliau ketika berada di tepi padang. Favarin juga berkata beliau ‘menanduk’ Mancino selepas pembantu pengurus itu meludah ke arahnya.

Padu betul tandukan Favarin.  Memang puas hati

BACA:  Kapten Fiorentina, Davide Astori Mati Mengejut Pada Usia 31 Tahun