Ultras Itali Vs Hooligans England: Kisah Musuh Tradisi Paling Dasyat

Mungkin ramai yang sudah tahu tentang permusuhan antara Itali dan England dalam kancah dunia bola sepak ini.

Kedua-dua pasukan itu mempunyai sejarah permusuhan yang telah mengorbankan banyak nyawa dan mengakibatkan ramai yang trauma.

Ya, mereka bukan hanya berbalas maki di media sosial sahaja, penyokong kedua-dua pasukan ini sebenarnya pernah bertumbuk, berperang dan saling berbunuh-bunuhan satu ketika dahulu.

Pergaduhan penyokong Roma dan Liverpool

Menurut sedikit kajian yang tidak begitu terperinci, awal pergaduhan yang melibatkan kedua-dua buah negara ini adalah berpunca dari Champions League 1984.

Bermula dengan pergaduhan besar antara penyokong Liverpool dan AS Roma, telah berlaku peperangan yang melibatkan dua buah negara.

Ia berlaku kerana wujudnya sentimen Anti-Inggeris di Itali dan Anti-Itali di England yang menyebabkan mereka menjadi seperti anjing dan kucing.

Kisah awal pergaduhan Liverpool dan AS Roma

Ketika itu merupakan aksi perlawanan akhir Champions League yang menemukan antara Liverpool bertemu AS Roma di Rome dengan The Reds pada ketika itu berada di bawah kendalian Joe Fagan.

Perlawanan akhir Champions League 1984 merupakan kali terakhir Roma mara ke final dan selepas dari itu mereka tak pernah mara lebih jauh dalam pertandingan tersebut.

Dan pada tahun 2018, itu merupakan kali pertama Roma mara ke peringkat separuh akhir saingan Champions League sejak 1984 dan ketika itu juga mereka bertemu Liverpool.

Roma pada aksi perlawanan akhir 1984 itu turun sebagai pasukan pilihan utama kejohanan, dengan mereka ketika itu sangat optimis untuk memenangi Piala Champions League pertama kelab.

Apa yang membuatkan mereka semakin bersemangat pada ketika itu adalah perlawanan akhir tersebut dilangsungkan di halaman mereka sendiri iaitu di Stadio Olimpico.

Seluruh bandar sudah membayangkan Piala UCL akan bertapak di bumi Rome tahun itu. Seluruh bandar Rom menjadi warna Merah dan Kuning. Kereta dan motosikal diwarnakan warna keramat Roma.

Seluruh bandar Rom dipenuhi gambar dan poster Piala Eropah itu. Begitulah pasukan yang kurang berpengalaman memenangi Piala, mereka akan berasa teruja.

Liverpool seperti biasa, sentiasa tenang. Berpengalaman memenangi UCL sebanyak 3 kali sebelum itu menjadikan perwatakan peminat Liverpool semakin matang.

Sebanyak 8000 penyokong Liverpool di Stadio Olimpico yang hadir sebagai tetamu yang tidak diundang. Perlawanan itu berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Dek kerana terikat, perlawanan dilanjutkan sehingga ke penentuan sepakan penalti dengan Liverpool berjaya menewaskan Roma untuk menjulang Champions League keempat mereka.

Penyokong Roma hilang pertimbangan selepas melihat pasukan mereka tewas di tangan Liverpool, mereka seolah menganggap yang dunia mereka sudah kiamat.

Piala yang begitu diidamkan oleh seluruh bandar terlepas ke tangan pasukan pelawat dan menyebabkan mereka semua hilang pertimbangan.

Ultras Roma mula bertindak liar, mereka memulakan serangan dengan menyerang penyokong Liverpool yang ada di Stadio Olimpico itu.

Menurut Brian Glanville dari akhbar The Sunday Times:

โ€œlebih kurang 100 orang samseng mengejar penyokong Liverpool. Mereka dikejar di lorong-lorong, dipukul, ditikam dan ditendangโ€

Didalam pergelutan itu, Polis hadir untuk melindungi penyokong pasukan pelawat dan mereka menambahkan lagi panik dengan menembak gas pemedih mata kepada penyokong yang merusuh.

Hasil daripada pergelutan itu, seorang lelaki bernama George Sharp hampir mati apabila beliau ditikam dibahagian badan beliau.

UEFA telah mendenda kedua-dua kelab sebanyak ยฃ1,270 kerana kekacauan yang berlaku, denda itu sebenarnya boleh dianggap agak besar juga pada ketika itu.

HEYSEL 1985

Walaupun ia tidak melibatkan pasukan Roma, tetapi ia merupakan dendam penyokong Liverpool kepada ultras Itali. Jadi peminat The Reds sememangnya menanti saat untuk mereka bertemu semula dengan mana-mana pasukan dari Serie A.

Pada tahun 1985, Liverpool bertemu dengan Juventus di Belgium. Seperti yang dijangka kekacaun berlaku di sana.

Ia terbawa-bawa daripada dendam penyokong Liverpool terhadap Ultras dari Itali. Akibat dari pergelutan itu, hampir 39 orang mati pada hari pertumpahan darah yang bersejarah itu.

Kenny Daglish sendiri pada ketika itu pernah berkata:

โ€œHeysel bermula di Rome. Tanpa apa yang berlaku di Rome, Heysel tidak akan berlaku seperti ini.โ€

Pergaduhan berlanjutan hingga melibatkan skuad kebangsaan

Selepas kekecohan melibatkan Liverpool dan dua pasukan dari Serie A itu, sentimen benci Inggeris semakin membuak-buak di kalangan peminat Itali.

Pada tahun 1990, hooligans England telah bertempur dengan ultras Itali di Cagliari dengan mereka bergaduh di jalanan hingga ada yang mengeluarkan pisau, rantai besi, kayu baseball dan pelbagai senjata lain lagi.

Apa yang menariknya, hooligans England sebenarnya ketika itu merancang untuk bergaduh dengan ultras Belanda, namun mereka memanaskan badan dengan mengajak ultras Itali bertumbuk.

Beberapa orang ditangkap dengan ada antara mereka yang mengalami kecederaan parah ekoran dari pergaduhan itu.

Permusuhan kedua-dua negara ini berterusan dengan mereka sekali lagi bergaduh besar pada tahun 1997 ketika penyokong England berkunjung ke Rome.

Media dan pihak berkuasa sememangnya sudah jelas yang hooligans England datang ke Rome bukan semata-mata untuk menonton aksi kelayakan Piala Dunia pada ketika itu, sebaliknya mereka hanya mahu bergaduh.

Ia benar-benar berlaku dengan penyokong kedua-dua pasukan sekali lagi terlibat dalam satu pergaduhan besar pada ketika itu.

Pasukan Premier League lain turut jadi mangsa

Pada tahun 2001, pasukan Liverpool dan Roma sekali lagi bertemu dan telah bergaduh besar selepas The Reds menewaskan mereka 2-0 di Rome.

Selepas itu, Roma menjadi semakin benci dengan wakil dari Inggeris dan hasilnya mereka telah menyerang penyokong pasukan Middlesbrough dan Manchester United.

Pada tahun 2006, ada beberapa orang penyokong Middlesbrough telah mengalami kecederaan parah selepas mereka diserang oleh Ultras Roma, dengan ada yang turut ditikam.

Setahun selepas itu, insiden yang sama berlaku kepada penyokong Manchester United pula selepas mereka diserang oleh kumpulan penyokong ganas dari Roma.

10 orang penyokong Manchester United terpaksa dikejarkan ke hospital selepas diserang oleh ultras Roma dan yang paling teruk ada antara mereka yang ditikam berkali-kali.

Keratan akhbar penyokong United di serang

Liverpool Dan Roma bergaduh lagi

Pada tahun 2018 yang lalu, Liverpool dan AS Roma sekali lagi bertemu dan seperti biasa, setiap kali pertemuan antara kedua-dua pasukan ini tentunya akan berakhir dengan pergaduhan.

Pergaduhan ketika itu yang awalnya hanya melibatkan ultras Liverpool dan Roma berubah menjadi lebih besar selepas ultras Itali turut campur tangan.

Roma ketika itu berjaya menewaskan Liverpool namun mereka tersingkir selepas The Reds mempunyai kelebihan gol yang dibawa dari Anfield.

Final Euro 2020

Untuk saingan Euro 2020 ini pula, Itali akan dipertemukan dengan England di Wembley pada hujung minggu nanti.

Dengan penonton sudah dibenarkan masuk dan ada laporan yang menyatakan 90,000 penyokong akan memenuhi setiap ruang di Wembley Stadium, pihak keselamatan tentunya akan mengambil langkah berjaga-jaga supaya tiada pergaduhan yang berlaku.

Di stadium mungkin boleh dikawal dan kemungkinan besar tidak akan ada sebarang masalah, namun di bar-bar sekitar mungkin akan memberi sedikit masalah.

Para penyokong mungkin akan memilih bar atau kawasan jalanan sebagai gelanggang untuk mereka melepaskan dendam dan saling bertumbuk.

Semoga saja tiada hal tidak diingini akan berlaku dan perlawanan akhir kali ini boleh berlangsung dengan aman dan damai tanpa ada pertumpahan darah.

Sumber: The Independent

BACA:ย  Ibu Maguire Terkilan Cemuhan Melampau Diterima Anaknya