Soutgate Pertahan Maguire Walaupun Setelah Jaring Gol Sendiri

Harry Maguire melalui detik memalukan apabila menjaringkan gol sendiri dalam perlawanan di antara England dan Scotland di Hampden Park.

Pemain pertahanan Manchester United itu digugurkan daripada kesebelasan utama tetapi tampil dari bangku pemain simpanan menggantikan Marc Guehi.

Maguire sepatutnya bersukacita diberikan peluang beraksi, setelah gagal mendapatkan minit perlawanan mencukupi bersama United namun penampilannya tidak seperti yang dirancang.

Ini kerana Maguire dengan cemerlangnya menewaskan penjaga gol pasukanya sendiri Aaron Ramsdale setelah menyempurnakan hantaran rendah Andy Robertson untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Sebelum itu Phil Foden dan Jude Bellingham meletakkan England di kedudukan selesa dengan kedudukan 2-0.

Wajah Maguire kelihatan terkejut apabila menolak masuk bola ke gawang sendiri sebelum menoleh kepada rakan sepasukan yang lain, dan memujuk mereka untuk bertenang.

Maguire hanya berada di dalam padang selama 22 minit sebelum gol sendiri itu dihasilkan. Pengurus England Gareth Southgate meletakkan Maguire di bangku simpanan dan memilih untuk memulakan perlawanan dengan menggandingkan Guehi dan Lewis Dunk di posisi pertahanan tengah.

Mujurlah gol sendiri itu tidak memalukan England setelah Bellingham cemerlang mencipta peluang untuk Harry Kane menjadikan kedudukan 3-1.

Namun demikian ia akan menjadi satu lagi momen malang buat Maguire yang bergelut dengan prestasinya sejak beberapa musim lalu.

Pemain itu hampir meninggalkan United pada musim panas lalu setelah West Ham bersetuju memenuhi yuran perpindahan bernilai £30 juta.

Perpindahan tersebut bagaimanapun tidak menjadi kenyataan kerana Maguire bertekad untuk memenangi tempat dan terus bersaing dengan Lisandro Martinez, Raphael Varane dan Victor Lindelof di United.

Walaupun berhadapan detik sukar di Old Trafford, Maguire tetap mendapat kepercayaan daripada Southgate yang terus memilih pemain itu di dalam skuad The Three Lions.

Pemain pertahanan itu beraksi menentang Ukraine di pusingan kelayakan Euro 2024 pada Sabtu lalu, dan berhandingan dengan Guehi dalam ketika diikat Poland 1-1.

“Dia adalah pemain yang berpengalaman dan prestasi ketika latihan juga menakjubkan. Harry [Maguire] bagaimana sokongan kami kepadanya,” kata Southgate mengenai Maguire sebelum ini.

“Dia tahu bahawa dia harus sentiasa bermain dengan baik untuk kami dan saya berpendapat dalam beberapa minggu akan datang dan situasi kecederaan di United, dia akan mendapat minit perlawanan yang diperlukan.”

Southgate turut membidas pengkritik Maguire yang dianggapnya sebagai keterlaluan. Walaupun memahami sentimen oleh penyokong, Southgate tidak senang dengan kritikan di kalangan pundit dan penganalisis terutamanya daripada bekas pemain terhadap pemain itu.

BACA:  Scholes Dan Ferdinand Tunjuk Reaksi Berbeza Melihat Ronaldo Jaringkan Gol Penyamaan