Ejekan Dan Kritikan Ibarat Pengorbanan Besar Maguire Untuk Pasukan

Harry Maguire mengakui dirinya tidak mempunyai masalah dan kental berhadapan kritikan dan cemuhan penyokong dan pemerhati bola sepak di negaranya selepas melalui detik sukar untuk England dalam pertemuan menentang Scotland.

Dalam perlawanan tersebut Maguire dimasukkan pada permulaan babak kedua perlawanan dan menerima cemuhan penyokong yang hadir di Hampden Park sebelum menjaringkan gol sendiri – perlawanan berakhir dengan kemenangan 3-1 kepada England dalam perlawanan persahabatan tersebut.

Layanan buruk oleh penyokong sendiri terhadap pemain itu membuatkan pengurus England tampil mempertahankan pemain pertahanan tersebut dan menyifatkan perbuatan sedemikian ibarat jenaka.

“Saya tidak sifatkan diri saya adalah jenis pemain yang boleh terkesan secara mental. Saya telah melalui perkara sedemkian secara kerap sejak beberapa tahun lalu, dan bergelar kapten Manchester United selama 4 tahun.

“Ini bermakna anda perlu mengambil tanggungjawab dan kesan sampingan yang datang bersamanya, tak kira ia perkara baik atau buruk.

“Saya bukan nak kata saya biasa dengan perkara demikian, tetapi saya mampu menanganinya. Perkara sedemikian akan mengurangkan tekanan kepada rakan sepasukan yang lain dan kerana ia hanya akan tertumpu kepada saya.

“Sudah pasti ia membuatkan mereka bermain lebih baik. Ia hanya gurau kasar dan persekitaran yang hangat apabila bermain di Scotland.

“Kami memberikan mereka satu gol, dan situasi itu kurang bernasib baik. Kami tahu perlawanan akan menjadi tegang dan pada babak kedua saya menjadi sasaran utama. Saya gembira dengan semua itu, jadi jangan risauan perkara yang berlaku.”

Dalam perlawanan tersebut Maguire turut menerima pujian daripada penyokong pasukan lawan sepanjang babak kedua dan berkata tiada perkara yang lebih berharga daripada diiktiraf (menerima standing ovation) daripada penyokong England.

“Mereka sudah lihat apa yang saya sumbangkan untuk England melalui 59 penampilan selama ini,” komen Maguire mengenai reaksi positif penyokong.

“Saya sudah beraksi dalam tiga kejohanan utama untuk mereka, dan mereka telah mengikuti pasukan dengan penuh rasa bangga.

“Saya membesar sebagai penyokong England, dan tida ada perkara paling utama apabila diberikan sambutan setiap kali beraksi untuk negara saya,” tambahnya lagi.

Selepas tumpuan bersama England tamat buat sementara waktu, tumpuan Maguire kini beralih kepada Manchester United dimana beliau kurang mendapat minit perlawanan yang boleh menjejaskan kedudukannya bersama skuad England di Euro 2024.

Namun bagi Maguire perkara itu jauh daripada merisaukan dirinya. Sebelum ini West Ham menawarkan peluang untuk beraksi setiap minggu untuk Maguire.

Tetapi pemain pertahanan itu mendedahkan dirinya dan West Ham akhirnya gagal mencapai persetujuan untuk perpindahan tersebut menjadi realiti, dan Manchester United pula gembira untuk melihat pemain itu kekal.

“Sudah tentu karier bersama England adalah keutamaan saya. Begitu juga dengan karier di peringkat kelab,” ujar Maguire mengulas mengenai perkara tersebut.

“Saya mempertimbangkan setap perkara dan buat masa ini saya belum bermain dari permulaan dalam semua empat perlawanan musim ini. Dan cerita [peluang bersama England] mulai timbul.

“Saya menamatkan saingan musim lalu dengan prestasi yang baik dalam dua perlawanan bersama England, dan saya telah beraksi dalam semua lima perlawanan untuk membantu England layak [ke Euro 2024].

“Jadi sekarang saya hanya perlu bermain dengan baik setiap kali mendapat peluang untuk beraksi.

“Di peringkat kelab saya juga mahu bermain, saya mahu bermain bola sepak. Empat minggu pertama ini agak sukar kerana hanya berlangsung satu perlawanan setiap minggu.

“Pengurus [Erik ten Hag] tidak menurunkan saya sekarang tetapi akan ada lebih banyak perlawanan yang perlu dilalui dan saya pasti akan bermain banyak perlawanan bersama United selepas ini.”

BACA:  Chelsea Mahu Tukar Suka Sama Suka Christian Pulisic Dengan Harry Maguire