Pengurusan Tertinggi Man Utd Terpaksa Campur Tangan Redakan Ketegangan Di Antara Ten Hag Dan Sancho

Pengarah Bola Sepak Manchester United John Murtough dan Ketua Pegawai Eksekutif CEO Richard Arnold dilaporkan terpaksa masuk campur dan memainkan peranan penting untuk meleraikan ketegangan di antara pengurus pasukan Erik ten Hag dan pemain sayap pasukan itu Jadon Sancho.

Masih depan Sancho di Old Trafford masih belum lagi terjamin selepas pemain itu menafikan dakwaan Ten Had dirinya digugurkan daripada skuad menentang Arsenal disebabkan prestasinya ketika latihan tidak berada di tahap yang sepatutnya.

Pemain sayap itu kembali menyertai latihan pasukan pada awal minggu ini selepas pemain yang tidak terlibat dengan aksi antarabangsa diberikan cuti seminggu.

Sancho kemudiannya dilaporkan melakukan perbincangan dengan pegawai di kelab tersebut untuk mengelakkan pertelingkahan tersebut terus berterusan di mata umum.

Arnold dan Murtough dilaporkan terlibat secara aktif menjadi pendamai untuk meredakan ketegangan di antara pemain dan pengurus.

Difahamkan situasi membabitkan Sancho dan Ten Hag tidak semudah yang disangka sehingga memaksa Murtough campur tangan untuk menoktahkan perbezaan pendapat di antara kedua-duanya.

Sancho kemudiannya menurunkan hantaran yang menafikan dakwaan Ten Hag mengenai tahap dan prestasi dirinya ketika latihan.

Perkara itu dilihat sebagai langkah pertama untuk penyelesaian, tetapi sama ada Sancho akan diberikan kepercayaan oleh Ten Hag dan terlibat untuk perlawanan menentang Brighton pada Sabtu ini belum lagi dapat dipastikan.

Pada minggu lalu laporan media mendedahkan United tidak mendapat kebenaran daripada Sancho untuk mendedahkan secara terbuka mengenai isu kesihatan mental yang dialaminya pada musim lalu.

Terdapat kerisauan isu baru timbul selepas Ten Hag secara terbuka berbicara mengenai kesihatan mental pemain itu kepada umum.

BACA:  Solskjaer Akhirnya Diangkat Menjadi Pengurus Tetap Manchester United