Penyerang Sensasi Jerman Lebih Berminat Menyertai Manchester United Dari Liverpool

Penyerang RB Leipzig, Timo Werner mengakui beliau lebih berminat untuk menyertai Manchester United dari Liverpool jika diberi peluang untuk berpindah ke Liga Perdana Inggeris pada masa hadapan.

Pemain muda berusia 22 tahun ini mengharungi musim yang prolifik di Bundesliga setakat ini, dimana beliau berjaya menjaringkan 10 gol dan mencatatkan 3 assissts selain mencipta 16 peluang menjaringkan gol untuk rakan sepasukannya.

Werner berjaya membantu Leipzig layak ke pusingan 16 terakhir Europa League, mengenepikan cabaran Napoli.

Werner berpindah ke RB Leipzig pada tahun 2016 dari Vfb Stuttgard dan memainkan peranan penting ketika Leipzig mengakhiri musim lepas di tangga ke-2 Bundesliga, di belakang Bayern Munich dalam musim pertama mereka sejak meraih promosi.

Werner juga telah membuat 10 penampilan bersama skuad senior Jerman dan dijangka akan menjadi pemain penting untuk skuad Jochim Loew dalam usaha Jerman mempertahankan Piala Dunia yang dimenangi mereka pada edisi 2014 di Brazil.  Beliau juga seorang pemain yang prolifik bersama skuad kebangsaan dimana 7 gol telah berjaya dijaringkannya dalam 10 perlawanan.

Prestasi baik Werner musim ini telah menarik minat beberapa kelab besar Eropah seperti Barcelona dan Real Madrid. Walaubagaimanapun, Werner membesar dengan meminati dua kelab terbesar Liga Perdana Inggeris iaitu Manchester United dan Liverpool.

Ketika ditemuramah majalah FourFourTwo, Werner telah ditanya kelab manakah pilihan beliau jika diberi peluang berpindah ke England pada masa hadapan.

7 gol dari 10 perlawanan bersama Jerman. Impressive

“Benar, impian saya adalah untuk bermain di Liga Perdana Inggeris suatu hari nanti. Saya berminat untuk bermain dengan beberapa buah kelab dan Manchester United meruapakan salah sebuah kelab tersebut.”

“Tetapi saya mungkin tidak akan berpindah keluar dari Leipzig untuk beberapa tahun yang akan datang. Mungkin selepas saya menguasai English dengan lebih baik ! Saya sangat selesa bermain dengan RB Leipzig buat masa sekarang.”

“Manchester United dan Liverpool merupakan dua kelab England yang saya sering tonton. Saya merupakan peminat kepada kedua-dua buah kelab ini kerana sejarah yang dimiliki mereka. Ketika Sir Alex Ferguson menjadi pengurus di sana, Manchester United berjaya memenangi segalanya dan bermain dengan cukup cemerlang.”

Werner turut menyatakan sebab mengapa beliau lebih berminat untuk menyertai Manchester United dari Liverpool kerana kemampuan skuad Jose Mourinho memenangi trofi.

“Liverpool mempunyai stadium dan atmosphera yang cukup hebat. Tetapi jika saya terpaksa membuat pilihan di antara dua kelab ini, saya akan pilih Manchester United berbanding Liverpool. Pada satu tahap karier saya di masa hadapan, saya perlu bermain dengan pasukan yang mampu memenangi trofi secara konsisten.”

Rakan sepasukan Werner di RB Leipzig, Naby Keita bakal menyertai Liverpool musim panas nanti dalam perjanjian bernilai £50juta yang telah dipersetujui di antara kedua-dua buah kelab pada Ogos tahun lepas.

BACA:  Senarai Terkini 50 Kelab Terhebat Di Benua Eropah