Peminat Sedih Melihat Layanan Yang De Beek Terima Sebelum Aksi Bertemu Spurs

Terdapat laporan terbaru yang menyatakan bahawa Donny Van de Beek sudah melantik ejen baru dalam usahanya untuk keluar dari Old Trafford secepat yang mungkin.

Situasi Van de Beek semakin memburuk di Old Trafford pada ketika ini, dan beliau sepertinya sangat perlu untuk keluar dari kelab secepat mungkin untuk menyelamatkan kariernya.

The Daily Mail melaporkan berkait situasi terkini Van de Beek dengan mereka mendakwa yang pemain berusia 24 tahun itu mahu meninggalkan ejen lamanya, Guido Albers dan mahu bekerjasama dengan ejen Lindelof, Ali Dursun.

Beliau mahu meminta Ali Dursun untuk membantunya keluar dari Manchester United secepat mungkin dalam usahanya untuk menyelamatkan kariernya sendiri.

Van de Beek menandatangani perjanjian bersama Manchester United pada musim panas tahun lalu, namun kariernya di Old Trafford sangat mendukacitakan.

Beliau hanya sempat membuat empat penampilan sahaja sebagai kesebelasan utama dalam saingan Premier League dan pada musim ini, beliau sangat jarang digunakan.

Lebih teruk lagi, walaupun United sepertinya perlukan sesuatu yang baru dan berbeza di posisi midfield, namun khidmat Van de Beek masih lagi tidak diperlukan.

“Mengapa Donny Van de Beek tidak diberikan kesempatan?”

Soal Gary Neville baru-baru ini.

“Ada sesuatu tentang itu. Dia tidak diberikan kesempatan sejak tempoh 18 bulan jadi kamu sudah boleh buat kesimpulan sendiri yang Ole tak mahu tandatangani dia atau Ole tak suka dia.”

Peminat sedih lihat cara Van de Beek digunakan

Bekas bintang Ajax itu boleh meninggalkan kelab pada jendela perpindahan Januari nanti, dan beliau sepertinya memang patut untuk meninggalkan Old Trafford.

Terbaru, tular satu video yang memperlihatkan bagaimana Van de Beek seolah-olah digunakan sebagai pembantu jurulatih sahaja sebelum sepak mula Manchester United bertemu Tottenham Hotspur malam semalam.

Video tersebut menunjukkan de Beek berdiri di tengah-tengah sambil menjadi setter untuk pemain lain berlatih merembat bola.

Adakah setakat itu sahaja yang layak untuk de Beek? Itu saja yang mampu beliau lakukan berbanding membenarkan beliau turut sama berlatih menyepak bola.

Pemain kebangsaan Belanda dikatakan sedang memanaskan badan bersama barisan pemain simpanan, namun beliau dipanggil untuk bantu pemain utama.

Wajarkah ia dianggap sebagai menganjing? De Beek sering meminta untuk mendapatkan minit permainan dan berjuang untuk dapat beraksi dalam kesebelasan utama, namun yang beliau dapat hanyalah menjadi pembantu untuk pemain utama.

Sangat menyedihkan!

Peminat yang merakam video tersebut jelas sekali sangat sedih melihat situasi Van de Beek, dan kecewa melihat bintang Belanda itu sekadar menjadi pembantu jurulatih.

Para penyokong Manchester United sendiri kecewa

Para penyokong setan merah sendiri kecewa melihat bagaimana layanan yang diterima oleh Van de Beek dan tidak sanggup untuk melihat masa depan pemain muda itu dimusnahkan.

Ramai yang meninggalkan komen di video tersebut dan menganggap ia satu hal yang sangat memalukan.

“Saya tak rasa yang kita pernah layan pemain lain seteruk ini sejak dulu. Ia sangat menjijikan dan sangat memalukan untuk dia.”

“Saya boleh faham kalau dia pemain bermasalah dan disingkirkan, tapi Fred sudah diberikan terlalu banyak peluang dan dia sentiasa mengundang kemarahan semua orang dalam setiap perlawanan.”

“Van de Beek boleh capai macam-macam lagi bersama Ajax. Kenapa kita perlu beli dia?”

Van de Beek sebenarnya masih menanti peluang untuk diturunkan sebagai kesebelasan utama, dengan beliau sebenarnya sudah mahu meninggalkan kelab pada musim panas lalu, namun dihalang oleh Solskjaer.

Pengurus dari Norway itu berjanji kepada de Beek yang beliau kononnya sudah ada perancangan untuk pemain Belanda itu, dan kerana itulah beliau memintanya agar kekal bersama kelab.

Dek kerana termakan dengan kata-kata manis dari pengurusnya itu, De Beek memilih untuk kekal bersama kelab, namun sayangnya sehingga kini beliau masih belum diberikan peluang untuk buktikan sesuatu.

Jadi apa perancangan yang Solskjaer maksudkan? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: GMS

BACA:  Pemain Manchester United Ejek Jurulatih Pasukan Seperti Watak Komedi Dalam TV