Penyokong Arsenal bengang dengan pengadil perlawanan ketika aksi pertemuan bertemu Wolverhampton Wanderers awal pagi tadi, kerana menafikan hak mereka untuk dihadiahkan sepakan penalti.
Mereka merasakan yang Gunners sepatutnya dihadiahkan dengan sepakan penalti selepas Nelson Semedo mengasari Gabriel Martinelli secara terang-terangan di dalam kotak penalti.
Martin Odegaard memintas bola di kawasan Wolves dan kemudian melorongkan bola tersebut kepada Alexandre Lacazette.
Pure drama, pure emotion 😍#ARSWOL #PL pic.twitter.com/0MRcSNxOzL
— Premier League (@premierleague) February 24, 2022
Lacazette kemudiannya bermain dengan Bukayo Saka yang kemudiannya mengumpan bola cantik mencari Gabriel Martinelli.
Martinelli kemudiannya telah dikasari oleh Semedo ketika beliau sedang dalam usahanya untuk melakukan percubaan.
Pengadil perlawanan, Martin Atkinson merasakan yang kekasaran itu tidak cukup kuat untuk menghukum Wolves dan menolak untuk menghadiahkan sepakan penalti kepada Arsenal.
Apa yang membuatkan para penyokong semakin bengang adalah VAR sendiri tidak mahu campur tangan dan terus menafikan hak Arsenal untuk mendapatkan sepakan penalti.
Arsenal fans left fuming after being denied pen as Gabriel gifts Wolves lead https://t.co/XXq4FZrHob
— Sun Sport (@SunSport) February 24, 2022
Para penyokong kemudiannya meluahkan rasa kecewa mereka dengan keputusan pengadil perlawanan, dan yakin yang kekasaran Semedo itu seharusnya dihukum.
“Kenapa setiap perlawanan kita kena berdepan situasi macam ni? Setiap perlawanan akan ada keputusan yang tak memihak kita. Kualiti pengadilan sampah.”
“Saya rasa kita dah lebih dari lima kali dizalimi oleh pengadil dengan hak kita untuk dapatkan sepakan penalti dinafikan.”
“Saya lebih kecewa bila dia langsung tak cuba untuk rujuk semula insiden itu, jelas sekali ia adalah penalti, kenapa mesti Arsenal jadi mangsa?”
“Kalau insiden sama berlaku pada Liverpool, Man City, Man Utd atau Chelsea sudah tentu mereka akan terus dapat penalti. Tiada bantuan dari VAR pun mereka akan dapat penalti. Kenapa susah untuk bagi Arsenal?”
“Ini memang lawak. Saya dah terbiasa dengan perasaan ni, boleh kata setiap minggu kita akan berdepan situasi ini.”
Criminal how they’ve denied Arsenal another blatant penalty
— Bhavs (@bhavss14) February 24, 2022
Arsenal penalty appeal no VAR.
Wolves goal clearly offside long look by VAR before given. 🤔— Renato (@rehnato) February 24, 2022
How is that not a penalty for Arsenal lol
— Mark Goldbridge (@markgoldbridge) February 24, 2022
Arsenal screaming for a penalty after just 20 seconds after Martinelli goes down.
Martin Atkinson is the ref and he says no.
— Charles Watts (@charles_watts) February 24, 2022
Wolverhampton Wanderers berjaya mendahului permainan seawal minit ke-10 menerusi Hwang Hee-chan.
Ia merupakan gol kelima bintang Korea Selatan itu dalam saingan Premier League musim ini dan gol beliau itu berjaya membantu Wolves untuk mendahului perlawanan 1-0.
Arsenal kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-82 permainan menerusi Nicolas Pepe yang menyempurnakan hantaran dari Eddie Nketiah.
Gol sendiri jaringan Jose Sa di minit-minit akhir membantu Arsenal untuk mencatatkan kemenangan 2-1 seterusnya membawa pulang tiga mata berharga.
Skuad kendalian Bruno Lage itu tidak dinafikan lagi sememangnya sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka pada ketika ini, dan turut dianggap sebagai calon kegemaran yang akan bersaing untuk merebut kedudukan empat teratas.
Arsenal sendiri turut sedang bersaing dalam merebut tempat untuk layak ke saingan Champions League musim hadapan, dengan kedua-dua mereka sedang intai peluang untuk pintas Man Utd.
Super sub 🦸#ARSWOL #PL pic.twitter.com/VyQM1V0CCB
— Premier League (@premierleague) February 24, 2022
Pengurus pasukan, Mikel Arteta telah ditanya tentang usaha pasukan pelawat yang turut sedang mencabar kedudukan empat teratas dan aksi hebat mereka musim ini.
Beliau mendedahkan kepada laman rasmi Arsenal bahawa:
“Mereka nampak seperti itu, cara mereka bermain dan mendapatkan keputusan yang baik, konsistensi yang mereka tunjukkan, sudah tentu mereka pencabar yang hebat.”
“Kamu lihat pada dua perlawanan terakhir juga dan bagaimana mereka bermain dalam perlawanan tu, mereka berpotensi untuk naik ke atas dalam carta liga.”
Arsenal ketika ini berada di kedudukan kelima dengan mengumpul 45 mata, satu mata dibelakang Manchester United yang sedang berada di kedudukan keempat dalam carta saingan liga.
Arsenal walau bagaimanapun memiliki kelebihan dua perlawanan yang masih belum dimainkan dan mereka jelas sekali sangat berpotensi untuk memintas skuad setan merah itu.
Sumber: SPORTbible