Giroud Dedahkan Punca Sebenar Beliau Sertai Chelsea

Penyerang baru Chelsea, Olivier Giroud berkata keputusan Arsene Wenger merekrut Pierre-Emerick Aubameyang memainkan peranan penting dalam perpindahannya ke Chelsea.

Pemain antarabangsa Perancis ini berkata keputusan beliau memilih Chelsea adalah untuk memberikan halatuju baru dalam kariernya.

Giroud keluar bukan kerana wang, tapi demi peluang bermain di Piala Dunia

Tambah Giroud lagi, Didier Deschamps (pengurus pasukan Perancis) menggesanya keluar dari Arsenal untuk mencari peluang bermain yang lebih kerap di kelab lain.

Penyerang berusia 31 tahun ini juga berkata beliau ada menerima tawaran dari Borussia Dortmund. Selain itu, ejennya juga telah dihubungi Sevilla dan AS Roma.

“Seminggu sebelum jendela perpindahan pemain ditutup, saya perlu mendengar pendapat Deschamps.”

“Beliau tidak menggalakkan saya supaya menyertai Chelsea. Tetapi beliau mahu saya menyertai kelab lain.”

“Dortmund sangat berminat tetapi hanya mahu mendapatkan saya secara pinjaman. Ejen saya ada menerima panggilan daripada Sevilla dan AS Roma.”

Next game ko ganti Morata. Harga je mahal, main macam pindey

“Tetapi, pilihan saya menjadi jelas selepas mengetahui Antonio Conte mahu bekerjasama dengan saya.”

“Chelsea sekarang mempunyai dua penyerang tengah. Kami akan bersaing untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama secara sihat.”

Musim panas lalu menyaksikan Giroud menolak tawaran dari West Ham dan Everton untuk terus kekal di Emirates.

Giroud mahu terus berjuang mendapatkan tempat di Arsenal walaupun Arsene Wenger memberitahu Alexander Lacazette akan menjadi pilihan utamanya.

Selepas Arsenal melepaskan Alexis Sanchez dan Theo Walcott pada jendela perpindahan Januari, ketibaan Aubameyang merupakan isyarat yang jelas buat Giroud untuknya berpindah.

“Saya bertekad untuk terus kekal di Arsenal bagi mencuba nasib saya, walaupun dengan ketibaan Lacazette. Keadaan berubah apabila Wenger cuba merekrut seorang lagi penyerang tengah (Aubameyang).”

3 penyerang is too much for me. Time to move on

“Apabila Aubameyang tiba, Arsenal bakal mempunyai 3 orang penyerang tengah. Jadi saya mengambil keputusan untuk berpindah.”

“Tindakan saya untuk mencari halatuju baru adalah perkara yang logik. Saya berasa sedikit kecewa walaupun saya meluangkan 5 tahun setengah yang menakjubkan di Arsenal.”

“Saya masih lagi boleh kekal di Arsenal tetapi saya perlukan pelan backup. Saya mahu terus bermain di Liga Perdana Inggeris dan Chelsea menawarkan peluang terbaik kepada saya.”

Walaupun keputusan Arsenal memperkuatkan seteru utama Chelsea dikhuatiri peminat, Wenger berkata beliau membenarkan ia berlaku sebagai tanda terima kasihnya terhadap Giroud yang telah memberikan segala-galanya kepada Arsenal sejak menyertai kelab ini pada tahun 2012.

BACA:  Carabao Cup 2020/21: Liverpool 0-0 Arsenal* (Penalti 4-5)