Penyokong City Gelar Guardiola ‘ Si Bodoh’ Kerana Kritik Atmosfera Sunyi Di Etihad Dan Tak Tahu Fakta Sebenar

Seorang penyokong Manchester City menyelar Pep Guardiola dan memanggil pengurus dari Sepanyol itu Si Bodoh kerana mengkritik atmosfera di Etihad yang tidak cukup meriah ketika perlawanan menentang Liverpool pada Sabtu lalu.

Guardiola cuba untuk mendorong penyokong City untuk membuat lebih banyak bising dalam perlawanan yang berkesudahan dengan keputusans seri 1-1 di Etihad itu.

Ketika itu Guardiola dilihat mencekupkan telinganya dengan tangan, sambil sebelah lagi tangannya menunjuk ke arah penyokong.

Dan selepas perlawanan, Guardiola turut berkata atmosfera di Etihad sangat sunyi dan statik selepas perlawanan.

Ini bukan kali pertama Guardiola mengkritik penyokong Man City. Perkara sama juga berlaku selepas Citu mencatatkan kemenangan 4-2 ke atas Tottenham pada Januari lalu.

Pada ketika itu Guardiola menuntut penyokong City membuat atmosfera lebih meriah. “Saya mahukan penyokong [pasukan] saya di sini,” kata pengurus itu.

Tindakan dan komen terbaru daripada Guardiola bagaimanapun dilihat sebagai satu kontroversi kerana membuatkan segelintir penyokong pasukan itu marah.

Salah seorang daripada mereka dikenali sebagai Ged menghubungu Radio 5 BBC secara siaran langsung untuk memarahi Guardiola.

“Saya berpendapat pengurus pasukan kami ni adalah si bodoh, bongkah, dan langsung tidak mempunyai perasaan hormat dalam komennya pada hari ini,” kata Ged.

Ged kemudiannya menyampaikan hujah dan fakta perlawanan tersebut diadakan pada jam 12:30pm, dan yakin tidak ada stadium di Enland yang mampu menghasilkan atmosfera gempita untuk perlawanan Premier League pada waktu sedemikian.

“Stadium mana yang atmosfera perlawanan sangat hebat pada jam 12:30pm pada hari Sabtu” Persoal Ged.

Robbie Savage dan Chris Sutton yang mengacara rancangan radio tersebut menafikan dakwaan Ged dengan berkata Tottenham mampu melakukannya.

“Tidak sama sekali. Itu mengarut dan anda tahu itu tidak benar,” jawab Ged untuk mempertahankan pendapat dan pediriannya.

Sutton kemudiannya menamakan Emirates, St James’ Park, Anfield dan Goodison Park juga mempunyai atmosfera perlawanan lebih meriah berbanding Etihad untuk sepak mula pada tengah hari.

“Anda bercakap sampah…saya pernah menyaksikan perlawanan jam 12:30pm di stadium-stadium itu dan suasananya seperti ada orang mati. Atmosferanya mati, atmosferanya mati,” ujar Ged lagi.

Sutton kemudiannya menyenaraikan kejayaan yang dibawa Guardiola untuk City dan meminta Ged menunjukkans sekurang-kurangnya menunjukkans sekelumit rasa hormat kepada pengurus itu.

Sejak menyertai City, Guardiola telah memenangi lima kejuaraan Premier League, dua Piala FA, dan empat Piala Liga. City turut memenangu dua Piala Komuniti, Champions League dan Piala Super Eropah di bawah kendalian bekas pengendali Barcelona dan Bayern Munich itu.

Ged bagaimanapun berdegil, dan sebaliknya terus cuba meyakinkan Guardiola tidak tahu fakta sebenar perlawanan yang sepak mulanya bermula tengah hari di England.

“Perlawanan pada 3 petang akan membawa perbezaan yang ketara kerana ramai orang lebih bersemangat waktu itu, bukankah ia sentiasa demikian?”

Ged turut mendakwa perlawanan Champions League seperti kemenangan 3-0 ke atas Young Boys pada awal bulan ini turut mempunyai atmosfera yang padu walaupun diadakan di sebelah malam di Etihad.

BACA:  Salah Terlepas Dari Hukuman FA, Bebas Untuk Diturunkan Menentang Arsenal