Penyokong Timnas Indonesia nyata panas hati dan terluka dengan ramalan jujur Safee Sali yang menebak bahawa pasukan Indonesia tidak akan lepas ke separuh akhir Piala AFF Suzuki.
Safee Sali yang pernah berkelana di Indonesia hanya memberikan pandangannya mengenai peluang pasukan di kumpulan B untuk mara ke pusingan seterusnya.
Pelatih timnas Indonesia, Shin Tae-yong, optimistis timnya bisa tampil maksimal di Piala AFF 2020. Hal itu menjawab keraguan legenda Malaysia, Safee Sali, yang menyebut skuat Garuda kurang pengalaman.
Baca selengkapnya: https://t.co/E94bvHMtFC
— INDOSPORT (@indosportdotcom) December 9, 2021
Kumpulan B dihuni oleh Malaysia, Vietnam, Indonesia, Kemboja dan Laos. Safee Sali telah membuat prediksi bahawa Vietnam dan Malaysia akan ke separuh akhir.
“Ini adalah kumpulan yang sukar, kerana Vietnam dan Malaysia berada dalam kumpulan yang sama dengan Indonesia, Laos dan Kamboja. Ujar Safee Sali, ketika berakap kepada salah sebuah media tempatan baru-baru ini.”
“Untuk mengungguli dua kedudukan teratas ia bukan hanya memerlukan kepakaran, tetapi juga semangat juang.”
Terus dipandang sebelah mata, ayo tunjukkan INDONESIA BISA!
"Ini adalah grup yang sulit ketika Vietnam dan Malaysia berbagi grup dengan Timnas Indonesia, Laos, dan Kamboja," kata Safee Sali dinukil dari media Vietnam, Zing. pic.twitter.com/wQYDMy9yYp
— BOLA.COM (@bolacomID) December 9, 2021
Safee Sali turut menjelaskan kerapa beliau memilih Vietnam dan Malaysia. Ini kerana pada pandangan Safee Sali pasukan Indonesia merupakan pasukan dibarisi pemain muda dan kurang pengalaman.
“Saya berharap Vietnam dan Malaysia akan terus [ke peringkat seterusnya]. Indonesia membawa pasukan muda yang berpotensi ke kejohanan ini. Tetapi dibandingkan dengan pesaingnya, pemain muda ini masih kurang pengalaman.”
“Tidak kira berapa besar cita-cita [Shin Tae-yong], dia harus menerima kenyataan bahawa Piala AFF 2020 bukanlah waktu terbaik untuk mengharapkan sesuatu yang besar daripada pasukan ini.”
Legenda sepak bola Malaysia, Safee Sali, memberikan pandangannya terkait kekuatan tim-tim yang satu grup dengan Malaysia di Piala AFF 2020, yakni Indonesia, Vietnam, Kamboja, dan Laos. #TopNews https://t.co/RQ4gSLLbrh pic.twitter.com/i5mk34RRw2
— kumparan (@kumparan) December 9, 2021
Kenyataan dari Safee Sali ini telah dimainkan di media Indonesia dan telah menyebabkan penyokong Timnas Indonesia panas hati dan terluka mengetahui pandangan Safee Sali.
Pada tanggapan mereka, Safee Sali yang pernah menafikan kejuaraan mereka di Piala AFF Suzuki seperti meremehkan dan memandang rendah kepada Timnas Garuda di saingan Piala AFF Suzuki kali ini.
Lantaran kenyataannya yang memanaskan hati dan kepala penyokong Garuda, Safee Sali tampil memberi penjelasan melalui satu video di laman Youtube rasminya. APA LAGI SUBCRIBE LA!
Safee Sali muncul dalam video berjudul ‘Safee Sali Klarifikasi!! Hanya Prediksi Mas Brooo Jangan Marah-Marah’ bagi menenangkan keadaan kerana prediksinya dianggap kasar dan keras.
“Saya hendak menjelaskan tentang apa yang sebenarnya tentang tulisan wartawan dari [media] Vietnam,”
“Dari situlah banyak suporter dari Indonesia, terutamanya, membuat kesimpulan begini, begitu, untuk Timnas Indonesia. Ada banyak yang negatif dan mengundang provokasi,”
Eks pemain Timnas Malaysia, Safee Sali, meminta netizen untuk tak berkomentar negatif dan provokatif. #kumparanBOLA https://t.co/5qvwm2xTzq
— kumparan (@kumparan) December 9, 2021
Safee Sali menyatakan bahawa itu hanya satu prediksi berdasarkan pengalaman dan pengamatan beliau. Perkara ini belum tentu benar sambil turut menegur penyokong Timnas yang toksik melempar kata-kata tidak enak dibaca.
“Kenapa kalian selalu menebarkan kata-kata yang tidak enak didengar, walau di media sosial. Buatlah hal yang positif. Saya hanya prediksi, entah itu benar atau tidak. Yang tahu hanya Allah,” kata Safee menjelaskan.
“Harusnya kalian bangga dong, saya sebagai pemain timnas Malaysia memperhatikan sepak bola Indonesia. Harusnya yang positif dong, jangan memprovokasi antara Indonesia dan Malaysia. Kalian dapat apa sih? Jangan memecah belah kedua negara,” ujarnya.
Klarifikasi Safee Sali Indonesia Tak Lolos Fase Grup Piala AFF: Hanya Allah yang Tahu https://t.co/wY5Nul1TvR
— suaradotcom (@suaradotcom) December 10, 2021
Pemain kebangsaan itu telah menyeru semua supaya tidak melakukan sebarang provokasi kerana itu hanya perbuatan sia-sia yang membawa kepada pergaduhan dan perpecahan.
Sememangnya pertemuan dan perseteruan antara Malaysia dan Indonesia sentiasa panas dan tidak berkisar kepada bola sepak sahaja malah melibatkan makanan dan budaya.
Indonesia Raja Naib Juara Piala AFF
Kalau Thailand dianggap Raja di rantau Asia Tenggara, Indonesia pula bolehlah dianggap sebagai timbalan Raja dek kerana rekod mereka yang sering menjadi naib juara.
Thailand merupakan Juara lima kali Piala AFF, diikuti Singapura empat kali, Vietnam dua kali dan Malaysia turut pernah sekali memenangi kejohanan tersebut.
Indonesia merupakan antara pasukan paling kerap layak ke perlawanan akhir, namun mereka tidak pernah sekalipun muncul sebagai Juara saingan Piala AFF.
Negara jiran kita hanya mampu muncul sebagai naib juara sahaja sebanyak lima kali, namun berita gembira untuk mereka, rekod lima kali itu merupakan yang tertinggi berbanding mana-mana pasukan.
Tidak ada pasukan lain yang paling kerap muncul sebagai naib juara dalam pertandingan ini melainkan Indonesia.
Bermula pada tahun 2000 dan 2002 ketika tewas di tangan Thailand, Indonesia kemudiannya tewas kepada Singapura pada tahun 2004.
Mereka kemudiannya menjadi mangsa kepada skuad Harimau Malaya pada tahun 2010, sebelum sekali lagi dikecewakan oleh Thailand pada tahun 2016.
Dari kesemua lima aksi perlawanan akhir, Indonesia tidak pernah muncul sebagai Juara namun mereka sering menjadi calon kegemaran untuk muncul sebagai Juara.
Sumber: Wikipedia