Penyokong Ini Cedera Parah Selepas Terjatuh Dari Stand Di Wembley Ketika Aksi England Bertemu Croatia

Salah seorang penyokong mengalami kecederaan agak parah selepas beliau terjatuh dari stands di Wembley ketika aksi pertemuan antara England bertemu Croatia.

Saksi mata yang melihat kejadian tersebut, menyatakan bahawa penyokong itu jatuh sebaik sepak mula perlawanan pada jam 2.00 petang.

Pihak media stadium kemudiannya mengesahkan yang individu yang jatuh itu telah dikejarkan ke hospital dengan keadaan yang agak parah.

Salah seorang penyokong England yang juga merupakan saksi mata kejadian tersebut telah mendedahkan kepada The Evening Standard bahawa:

“Kami lihat kaki dia melepasi kawasan penghalang dan kemudian dia jatuh dan terus tersembam di lantai, dan dia tak bergerak.”

“Ia sepertinya semua orang menunggu staff stadium untuk pergi padanya. Salah seorang lelaki yang ada disekitar kami melihat semua kejadian itu, dan dia menangis di situ.”

Terdapat saksi lain yang berada di tempat kejadian itu turut menyatakan bahawa:

“Saya tak nampak waktu dia jatuh, tapi saya berborak dengan mereka yang ada di situ pada rehat separuh masa. Mereka semua nampak trauma. Dia jatuh dari atas terus ke tempat duduk dan jatuh ke lantai batu.”

Pihak Wembley Stadium kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan yang menyatakan:

“Kami boleh mengesahkan yang ada seorang penonton jatuh dari stands ketika sepak mula perlawanan antara England bertemu Croatia di Wembley Stadium.”

“Penyokong itu telah diberikan rawatan awal di tempat kejadian dan melihat kepada keadaannya yang makin parah, beliau dikejarkan ke hospital.”

“Kami akan terus bekerjasama dengan UEFA untuk memastikan hal ini disiasat sepenuhnya dan kami akan terus memantau situasi sebenar kejadian itu.”

Semoga saja tidak ada hal yang tak diingini berlaku pada penyokong tersebut dan didoakan beliau kembali sembuh.

England berjaya memenangi aksi perlawanan pembukaan kumpulan D dengan menewaskan Croatia 1-0.

Raheem Sterling menjadi satu-satunya pemain yang menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut selepas menerima bola umpanan yang cukup cantik dari Kalvin Phillips.

Finalis Piala Dunia 2018, Croatia berasa kecewa dengan keputusan perlawanan tersebut, namun mereka berjaya memberi saingan yang sengit kepada England sehingga tamat perlawanan.

The Three Lions berkesempatan untuk membuka tirai jaringan ketika awal aksi babak pertama permainan, namun sayangnya percubaan Phil Foden sekadar terkena palang gol.

England kemudiannya berjaya melancarkan beberapa siri serangan yang benar-benar menguji gawang gol Croatia, namun tiada jaringan yang berjaya dihasilkan, selain dari gol yang dijaringkan oleh Sterling.

Selain dari kesemua percubaan dan gerakan bahaya yang direncanakan oleh England, aksi sepakan percuma Mason Mount merupakan antara yang terbaik dalam perlawanan ini.

Walau bagaimanapun, Gareth Southgate tetap berbangga dengan kemenangan tersebut dan merasa lega dengan tiga mata yang diperoleh.

Kemenangan ini juga merupakan kemenangan pertama skuad The Three Lions ketika aksi pembukaan dalam sejarah saingan European Championship.

England akan kembali beraksi pada hari Jumaat ini untuk bertemu Scotland dan perlawanan itu juga akan dilangsungkan di Wembley.

BACA:  Kerana 'Stream Delay', Kumpulan Penyokong Ini Tertipu Dengan Jeritan Palsu Meraikan Gol Dari Jirannya